Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Nyaris kena tinggal bas!!

Nyaris kena tinggal bas!! Bas dah gerak dah! Tanya kaunter sambil tunjuk tiket. Kat tiket tulis kmk coach. Tapi masa sampai kat putrajaya sentral takde pun bas kmk. Kaunter kata tu bas kuning tu yang jalan tu! Pi seberang jalan sana kat teksi lalu tu nanti bas lalu situ! Abah pun terkedek kedek bawa beg kejar bas kuning tuh. Nasib sempat tahan. Berpeluh ketiak kejar bas! Huhuhu.... Bas tu nama dia Jasmine. Patut laa tak perasan. Masa sampai tu ada laa perasan bas nih parking tapi tak terfikir pula bas nih yang kena naik. Huhuhu... Sebab dalam kepala otak nih cari bas kmk coach jer! Huhuhu Hari tu Abah ada minta tolong kawan abah hantarkan ke putrajaya sentral. Dia kata ok. Jadi hari ni Abah ingatkan dia ingat laa. Rupanya masa abah call kawan Abah tu, dia pergi cycling. Nasib tak jauh dia cycling. Dia patah balik dan amik kereta hantar Abah. Sebab tu terlambat sampai ke putrajaya sentral. Abah berterima kasih sangat kat kawan Abah tu sebab tolong hantar. Nasib baik sempat sampai. Cuma…

Rumah Impian Abang vs Kak Ngah

Imej
Cerita nih dari mama, Abah update jer kat blog! Tinggi sungguh imaginasi anak-anak Abah nih! Hehehehe



Cerita tgh ari tadi.
Build ur dream house challenge.
Beza rumah budak lelaki n budak pompuan. Obvious isn't it.

Angah : rumah angah ada swimming pool, ada gelongsor, nti angah nk main dgn amni. Bilik mama kt sini. Bilik kacik, kakak, kak ngah kt sini.. bila. bla bla bla.... (real life imagination)
Aqil : rumah abg masuk ikut bwh tanah, haa org tak kenal tak tau jalannye, kereta parking kt atas, yg lain parking kt bawah..
Mama: mana? Tak nmpk pun..
Aqil: ye la.. Memang la tak nmpk.. Kan parking bawah tanah..


Happy Anniversary Mama!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, dengan izinNya perkahwinan kami dah cecah angka lapan. Cabaran berumahtangga nih tak semudah seindah dalam novel dan drama kat tv. Ada manis ada masin ada masam ada pahit ada segala-galanya. Tapi dengan ada segala macam nih lah membuatkan kami lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dugaan berumahtangga nih.

Alhamdullillah kami dikurniakan lima orang cahaya mata selama lapan tahun perkahwinan nih, err... cara ekpress hehehehe... rezeki dari Allah. Tiba-tiba teringat bila berjumpa dengan orang yang baru kenal, bersembang dan bertanyakan jumlah anak, bila Abah jawab lima orang, muka yang bertanya tuh nampak macam terkejut tapi kontrol! hehehe Lepas tuh baru Abah beritau, ada anak kembar. Ooo jawab orang tuh.. kembar dua ya?! tanya dia lagi.. Tak!! kembar tiga! Jawab Abah! Haaa... lagi laa terlopong orang tuh! Hehehe orang tu kata bukan senang nak jumpa kembar tiga nih! Rezeki Allah bagi kata Abah pada orang tuh. Eh!! Tercerita lari tajuk pula!

Moga…

Selamat hari lahir kembar 3 Auni Auni Auni!!

Imej
Alhamdulilah hari nih masuk tahun ke 5 kelahiran anak-anak kembar Abah. Masih teringat lagi saat-saat menunggu kelahiran diorang di dewan bedah, berulang alik dari rumah ke wad NICU, menjaga diorang, berjaga malam dn banyak lagi kenangan yang tak mungkin berulang. Melainkan lepas nih dapat kembar lagi! HeheheSelamat Hari Lahir yang ke 5 buat Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah!Semoga anak-anak Abah menjadi anak yang solehah, membesar menjadi orang yang berguna, beriman, murah rezeki dan diberkati Allah.Abah, Mama, Abang Aqil dan adik Amni, sayang sangat-sangat kat Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik! Rindu sayang buat semua!

Grrrr!!! Doktor nih nak kena dengan Abah nih!!

Imej
Pagi kelmarin Abah ada appointment dengan Pakar kat hospital Putrajaya. Macam biasalah bila datang hospital mesti kena tunggu sebab ramai orang. Abah pun macam orang lain lepas ambil nombor giliran tunggu laa kat klinik pakar yang kita nak pergi tu.

Tengah dok menunggu tuh sambil tidur-tidur ayam, nombor giliran Abah pun dipanggil. Abah pun bergegas masuk ke bilik doktor pakar tu.

Bila dah masuk jururawat dalam bilik tu suruh Abah duduk di kerusi khas untuk pemeriksaan. Datang laa seorang doktor muda mengadap Abah depan-depan.

Doktor: Dah dapat alat tu tak?
Abah: Dah.
Doktor: Bulan berapa?
Abah: Rasanya dalam bulan 8
Doktor: Seminggu berapa kali pakai?
Abah: 3 4 kali seminggu
Doktor: Ada makan ubat?
Abah: Setiap hari.
Doktor: Haa... macam nih lah dengan alat nih, alat nih adalah ubat untuk penyakit pak cik nih! Kena pakai setiap hari! barulah sihat!
Abah: Ok doktor. (Abah tengok doktor tu kecil besar jer!) hahahaha

Oklah takde apa pun sebenarnya. Bukan ada dalam minggu nih dah 2 kali …

Wordless Wednesday: Kakak lagi!! Dah pandai main mekap mekap pula sekarang nih!!

Imej
Kakak!!! Suka hati kakak laa!! Hahahaha

The 1 Thing that Matters to You

Imej
Family!! Haa tu jawapan untuk tajuk entri Abah. Kali ini Abah dan beberapa rakan blogger akan sertai pertandingan Allianz Amazing Hunt 2014 anjuran Allianz Malaysia Berhad. Entri ini adalah salah satu tugas untuk pertandingan ini nanti! Jadi Abah nak cerita sikit pasal keluarga nih!

Tidak dapat dinafikan lagi keluarga adalah antara perkara paling penting buat Abah buat kita semua. Tanpa keluarga, siapalah kita kan?! Sebelum berkahwin Ibu Bapa dan adik beradik menjadi tempat kita mengadu dan bercerita dan berkongsi tentang suka duka yang kita alami dalam kehidupan ini. Dari kita kecil sampailah remaja, ibu bapa jadi rujukan utama kita. Macam Abah anak lelaki nih lebih rapat dengan mak, berani sikit nak mengadu dengan mak kalau buat nakal.. kalau anak perempuan biasanya akan rapat dengan Bapa pula! Garang-garang mak pun bila buat muka sedih mesti mak lembut hati! hehehe Garang garang bapa kita buat muka sedih lagi laa bertambah kena rotan! hahaha

Itu masa bujang, bila dah berkahwin lain…

Cess kakak! Kenakan Abah yer!

Petang kelmarin, kakak masuk bilik lepas tu dia mengadu, sakit kaki.. Dia pun duduk depan Abah, lutut dibengkokkan mengadap Abah. Abah pun kesian laa kat dia. Abah pun layan laa dia, tanya dia sakit macam mana, sakit kat mana, pujuk dia nanti Abah sapu ubat!

Kakak pun bercerita sakit kat sini.. (sambil dia tunjuk tempat sakit dia) dengan suara sedih macam nak menangis tapi belum menangis... Abah pun pegang laa kaki dia nak urut-urut buang lenguh katanya...

Tengah dok urut-urut sambil dengar si Kakak ni mengadu sakit dia kat Abah, tiba-tiba terdengar satu bunyi meletup-letup yang panjang.... Huhh!! Sambil bunyi meletup-letup tu keluar, si Kakak mula-mula tersenyum lepas tu terus ketawa!

Cess!!! Kakak!! Kentutkan Abah!! bertuah punya budak!! Abah pun bantai laa gelak sama!! Tiba-tiba hilang jer sakit lenguh kaki dia tuh! Hahahaha Adoilah kakak nih!!!


Percutian di Agrofarmstay menyeronokkan!! (entri gambar banyak giler)

Imej
Pada Jumaat lepas Abah bersama kawan-kawan blogger dari #KelabBloggerBenAshaari pergi bercuti di Melaka setelah menerima jemputan dari pihak AgroFarmStay.





Ini peluang keemasan Abah nak bawa AMRAFAHAN bercuti dan berseronok dengan suasana luar bandar. Kami tiba pun dah lewat tapi masih sempat untuk dengar taklimat dan makan malam!

Taklimat ringkas itu disampaikan oleh En. Ahmad Bashiruddin pemilik AgroFarmStay. Dari taklimat tu, kami para blogger dah tak sabar nak tunggu untuk aktiviti seterusnya yang akan diadakan pada keesokkan harinya.




Abah dan keluarga bersama 5 keluarga blogger dan blogger bujang lelaki yang lain dapat tinggal di Villa yang ada 7 bilik! Besar gila!! hahaha! Puas AMRAFAHAN berlari keliling rumah dari hall sampai laa ke dapur!! Dapur dia pun besar juga!! Seronoknya!!! hahahaha. Dalam kepada otak Abah ni, seronok kalau bawa keluarga adik beradik buat gathering ke lepak-lepak kat sini!!! Kat ruang tamu saje kipas siling ada 4 dan ada air con! Haaa  besar tak?!! Yang …