Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2011

Bekdonal!!

Imej
Hari ni mama kena kerja obertaim!! Jadi abah kena laa jaga AMRAFAHAN... Err... Hari hari pun jaga apa.. Sebenarnya dah banyak hari janji dengan abang nak bawa dia ke taman permainan. Tak jauh pun, belakang rumah jer.. Tapi asyik hujan pastu basah, kalau tak hujan panas sangat laa pula.. Pikir punya pikir nak bawa laa ke taman permainan kat alamanda sebelah parkson tu.. Tapi macam besar sangat, jenuh nak kawal. Pastu terfikir taman dalam bekdonal kat bangi nih! Haaa terus pergi laa dengan AMRAFAHAN. Abah pun senang nak kawal dan MAKAN! Hehehe

AMRAFAHAN comel ke abah comel?

Imej
Hak hak hak!! Hari ni abah MC sebab jumpa doktor untuk check batu karang. Kebetulan AMRAFAHAN cuti seminggu sebab taska tutup kerana ada kes jangkitan kaki tangan dan mulut. Pagi mama jaga diorang, petang abah pula jaga, mama kena pergi kerja. Sebelum mama pergi kerja, minta dia snap gambar abah dengan AMRAFAHAN. Mula mula AF jer yang baring dekat abah, pastu AH pula, bila tengok kakak kakak dia baring dekat abah, si AN pun nak baring sama. Kena laa minta tolong sama mama untuk letak AN kat tengah tengah tu.. Si Abang memang dah baring kat situ. Tu yang minta mama amik gambar tuh! Tapi bila tengok gambar, abah dia yang excited sangat! AMRAFAHAN rileks jer.. Siap mata tengok kot lain lagi huhuhu... Sekarang nih dalam cobaan nak tidurkan diorang, tapi macam takmo tidur jer nih... Siap lompat lompat lagi nih... Huhuhu

Tutti tuttttttt!!!!

Imej
Mengetest kedai baru buka kat presint diplomatik nih... Sangat dekat dengan rumah AMRAFAHAN. Sedap dan yang bestnya boleh buat sendiri ramuan yang korang suka! Pastu bayor jer! RM0.53/10 gram. Haa kira laa sendiri... Kalau korang amik seberkas penuh macam dalam gambar nih... Err... Ni pertama kali masuk kedai eskem camnih... Tu yang jakun sikit hehehe...

Close up!

Imej
Uwekkk!!!

Kesabaran aku teruji lagi!!

Minggu nih aku ada kursus 4 hari kat PD. Pagi tadi pergi opis macam biasa. Aku letak motor kat opis sebab pergi PD aku tumpang kereta budak opis. Balik dari kursus tu hujan renyai renyai. Member aku drop aku kat opis aku pun pergi solat asar dulu sementara tunggu hujan berhenti. Lepas solat tu hujan dah reda, aku gerak balik. Harapan aku takde laa jadi apa apa selamat pergi dan balik. Bila aku sampai nak exit tol Seremban ke KL motor aku dah melelong dah... Alahai.. Pancit lagi... Disebabkan hujan renyai aku malas nak tukar tiub sendiri, aku bawa jer motor aku ke bengkel yang dekat dekat sini... Huhuhu bengkel yang buat aku bengkak tapi takde pilihan.. Disebabkan aku panas hati dengan tayar motor nih asyik pancit jer.. Aku tukar tayar tubeless dengan bubuh ubat tayar. Mekanik tu kata boleh tahan sampai tayar botak.. Harap harap macam tulah... Lepas tukar tayar tu, aku minta budak mekanik tu adjust tapet motor sebab kuat sangat bunyinya... Bila dia dah adjust tu, jadi laa senyap balik