Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 5, 2014

Cess kakak! Kenakan Abah yer!

Petang kelmarin, kakak masuk bilik lepas tu dia mengadu, sakit kaki.. Dia pun duduk depan Abah, lutut dibengkokkan mengadap Abah. Abah pun kesian laa kat dia. Abah pun layan laa dia, tanya dia sakit macam mana, sakit kat mana, pujuk dia nanti Abah sapu ubat!

Kakak pun bercerita sakit kat sini.. (sambil dia tunjuk tempat sakit dia) dengan suara sedih macam nak menangis tapi belum menangis... Abah pun pegang laa kaki dia nak urut-urut buang lenguh katanya...

Tengah dok urut-urut sambil dengar si Kakak ni mengadu sakit dia kat Abah, tiba-tiba terdengar satu bunyi meletup-letup yang panjang.... Huhh!! Sambil bunyi meletup-letup tu keluar, si Kakak mula-mula tersenyum lepas tu terus ketawa!

Cess!!! Kakak!! Kentutkan Abah!! bertuah punya budak!! Abah pun bantai laa gelak sama!! Tiba-tiba hilang jer sakit lenguh kaki dia tuh! Hahahaha Adoilah kakak nih!!!