Catatan

Tunjukkan catatan dari September 11, 2011

Balik tengok nenek!

InsyaAllah jam 11 nanti aku nak balik kampung johor nak tengok mak. Hari tu dia ada buat pembedahan  kat leher dia, jadi nak tengok sendiri laa dia macam mana. Berbual dalam telefon rasanya macam dah ok. Tapi bila dapat tengok sendiri baru puas hati. Tak sabar laa nak tengok mak nih! Harap-harap dia makin pulih!

Toilet training untuk abang!

Haa... hari baru aku mulakan toilet training untuk si abang... memang terlewat tapi Alhamdullillah 90% berjaya.. Hari ini pakaikan dia spender lepas tu pesan kat dia kalau nak kencing ke berak ke kena beritau abah, kena buang kat toilet.. Sebelum-sebelum ini ada juga tapi macam ye tak yer jer.. cuma selalu pesan kat dia kalau nak  buang air kena masuk toilet. Masa pesan tu masih lagi pakai pampers jadi selalu laa terbabas.. sekali dua jer dia cakap nak kencing. Lagipun abang minta sendiri nak pakai pampers.. tu abah biarkan jer.. Tapi hari ini dalam sejarah laa.. "eh eh eh Abah! nak terkencing laa.." haaa... aku kelam kabut bawa lari masuk toilet..  tapi untuk kali kedua dan seterusnya dan ok dah.. dia cakap nak kencing.. abah pun bawa laa ke toilet.. Cuma sekali jer tengahari tadi terbabas sikit.. agaknya abang cari tak jumpa abah.. dia terkucil kat sepender dia.. Lepas-lepas tu semua ok.. nak kencing jer beritau abah.. Abah harap, abang lepas ni, bolehlah berenti pakai

Alhamdullillah mak ok!

Alhamdullillah mak aku dah selamat menjalani pembedahan. Risau juga sebab buat kat bahagian leher. Semalam telefon adik dia kata mak jadi orang pertama kena bedah untuk hari tu, masa aku call tu, mak tengah tidur sebab baru lepas kena bedah. Pagi tadi baru dapat bercakap dengan dia. Suara dia masih lemah bila aku dengar ditelefon. Tapi dia dah boleh bangun sendiri, makan bubur dan pergi tandas. Luka pembedahan tu lebih kurang 6cm panjangnya. Tak tau kena duduk wad berapa lama. Aku pun tak sembang panjang dengan dia, kesian kat dia. Biarlah dia rehat. Moga mak cepat sembuh dan sihat yer! Sayang mak!

Mak saya kena bedah hari nih!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Pagi ni InsyaAllah mak aku akan dibedah di Hospital Sultan Ismail, Johor. Dia nak dibedah sebab ada ketumbuhan sebelah kelenjar thyroid. Harap-harap takde apa-apa lah... Minta tolong kawan-kawan doakan keselamatan dan kesihatan beliau yer! Moga Mak selamat jalani pembedahan ni dan cepat sembuh dan sihat! InsyaAllah.. Amin... Kita sayang mak sangat-sangat!!! Kita sekeluarga doakan mak cepat sembuh dan sihat!! Amin...

Kembar 3 senior jumpa kembar 3 junior!

Imej
Masa cuti hujung minggu lepas.. kami sekeluarga pergi beraya rumah kembar 3 junior nih.. Dulu pernah melawat mama diorang kat hospital tapi tak dapat tengok baby. Hari tu baru pertama kali dapat tengok baby. Semuanya perempuan comel-comel! tak tak berani nak pegang sebab baby tu pra matang. kami paham laa sebab tu kami pun macam tu jugak.. larang orang tak bagi sentuh baby kami sebab doktor yang suruh tau! hehehe.. Bila dah jumpa dapat laa bergambar walaupun baby tengah tidur! Terima kasih pada Mus dan Zura sebab benarkan kami ambil gambar anak diorang! Keesokkan harinya Mus dan famili balas balik kunjungan kami, diorang datang beraya rumah kami.. jadi ambil gambar lagi.. hehehe Sekarang nih aku tak berani laa nak dukung ke pegang baby baby nih.. risau! Nanti dah besar sikit baru boleh dukung-dukung! lagipun rumah diorang nih kat Putrajaya juga!! Boleh melawat bebila masa! hehehe Auni menyelit!

Merempit sama dengan jerawat!

Imej
Tahukah anda bahawa merempit boleh menyebabkan penyakit jerawat? Ya! Sememangnya betul! Hanya dengan merempit sahaja penyakit jerawat akan timbul dimuka kita! Buktinya, sejak dua menjak nih saya merempit dari Putrajaya ke Seremban melalui lebuhraya PLUS, saya dapati muka saya ditumbuhi dua tiga ketul jerawat! Masakan tidak boleh tumbuh jerawat! Sebab bila kita merempit muka kita terdedah dengan habuk, asap, jerebu dan lain-lain lagi partikel yang halus hinggap ke muka kita!! Jika setelah sampai ke destinasi setelah merempit, kita lupa membasuh muka, jadi muka kita dipenuhi minyak-minyak dan lain-lain partikel! Dari jauh orang boleh kenal kekilatan tapi hitam muka kita akibat berminyak!! Moral dari kejadian nih.. aku kena bawa pencuci muka laa pula dari rumah nak cuci muka kat opis nih!! Jerawat yang timbul tak boleh dibiarkan! huhuhu... Tak pasal-pasal jadi lelaki metroseksual seperti mamat nih ! Sekadar gambar hiasan! Abang tengah merempit gak!