Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 28, 2011

Raya yang kecoh dan cemas!

Imej
Selamat hari raya! Semalam AMRAFAHAN beraya dengan nenek, suruh salam raya dengan nenek, masing masing lari lari, susah nak kawal! Ada yang nak salam, ada yang mengelak haishhh macam macam laa... Bila dah paksa baru nak salam hehehe. Lepas tu kami semua beraya kat rumah Tok Ngah, haa kat rumah ni penuh dengan barang perhiasan dan kristal. Bekas kuih pun kristal. Hadoihh abah dah risau laa kot kot terlanggar ke terpecah ker, tak pasal pasal bil sampai rumah huhuhu.. Cemas juga bila tengok Auni Auni Auni main penutup kuih kristal tu, tapi nasib baik takde apa apa, ngeri woo kalau terlepas!! Masa diorang main tutup tu orang keliling dah membuat reaksi kecemasan dah!! Nak taknak abah kena jadi penjaga kuih!! Barulah rasa selamat.. Apa pun, aku harap sambutan raya korang tak cemas dan kecoh macam Amrafahan, boleh bikin jantung berhenti woo..

Selamat Hari Raya Korang!!

Imej
Salam Aidilfitri! Maaf Zahir Batin! Ikhlas dari Huszaini B. Haron Noor Hany Bt Ishak & AMRAFAHAN