Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 31, 2011

Gambar Mini gathering geng kembar utara!

Imej
Haa... baru berkesempatan menghapdet blog! huhuhu... Oklah... kalau nak baca cerita klik sini , kat sini entri bergambar sahaja... Mini gathering geng kembar utara!

Mengamuk sakan!

Pagi tadi nasib laa AH kejut aku bangun sahur.. Tu pun sebab dia golek golek kat badan aku minta susu. Dalam mamai mamai tu aku bangun laa... Tengok jam dah pukul 5.26 am... Alamak pagi baper minit jer nih... Waktu imsak dah nak dekat.. Aku buatkan susu untuk dorang pastu sempat laa sahur segelas susu dan air masak.. Lepas tu aku ajak laa AH naik atas... Tengah baring baring nak tunggu subuh, tetiba AH merengek sikit sikit... Lepas tu bila aku nak angkat dia, dia tak bagi... Terus mengamuk sambil tepis tepis tangan aku yang aku hulur nak dukung dia tu... Aku bagi susu pun dia tepis gak.. Gagal pujuk dia... Aku dukung juga... Mengamuk lagi... Lepas tu yang lagi dorang pun bangun, menangis gak, nasib laa kejap.. Bila dah macam tu, aku ajak semua mandi... Si AF dan AN ok jer kalau suruh masuk bilik air nak mandi... Yang si AH ni mengamuk tak berenti.. Lama jugak laa dia mengamuk, letak dalam bilik air, siap mengamuk dalam keadaan baring... Huhuhu memang menguji kesabaran... Lepas tu mama

Cikgu rindu dah!

Imej
Hari ni aku masih berkesempatan hantar Amrafahan ke sekolah... Cikgu cikgu dah tunggu Auni Auni Auni... sampai depan pintu cikgu cakap.. lamanya cuti... hehehe... Auni Auni Auni nampak cikgu jer terus peluk... rindu juga laa tu... alamak! gambar kabur laa pula!!

Dukum! Tak payah!

As salam dan selamat pagi! Lama dah tak cerita pasal Amrafahan nih... Sementara tunggu kereta aku siap diservis, aku update laa sikit... Auni Auni Auni sekarang nih dah sibuk bercakap! Seronok melayan! Tapi tulah bila dah dah mula bercakap nih, abah laa pening! Bila nampak abah jer, hulur tangan sambil cakap "Dukum!" dukum tu maksudnya dukung... Tiga tiga sama jer bunyi dia... Hehehe lepas tu kalau bergaduh ke tak nak ker... Cakap "tak payah!" hehehe comel jer dengan pelat pelat tu! Ni mama diaorang yang ajar nih... Lepas tu kena balik kat diri sendiri, geleng kepala laa... Hehehe... Yerlah... Kalau ada apa apa ker, mama larang sesuatu ker, mama cakap tak payah kat dorang... Lepas bila dah pandai nih.. Dorang cakap kat mama balik.. Hehehe abah gelak jerlah... Tapi abah pun kena gak laa dengan diorang nih... Huhuhuhu... Sekarang nih, AF kalau dia duduk melunjur mesti nak silang kaki... Otomatik jer... Kekeke... Abah tak sempat nak ambil gambar... Si AH masih dengan p

Berbuka puasa sama-sama!

Alhamdullillah, selesai dah hari pertama kita berpuasa, juadah hari ni mesti lebih istimewa dari hari biasa, semua tu rezeki dari Nya yang mengizinkan kita berbuka puasa dengan tenang dan juadah yang menyelerakan.. Begitu juga dengan Amrafahan, walaupun diorang tak puasa, tapi waktu berbuka, diorang pun ada sama.. Tempat diorang lagi special, bukan duduk atas kerusi, tapi atas meja terus! Hehehe lepas tu dapat laa pula seorang satu mug berisi potongan tembikai dan sudu... Hermm... Memang tak kacau orang dah... Tangan kacau tembikai dalam mug tu sambil senyum mulut penuh tembikai tengok abah tengah berbuka... Takpelah janji dok diam!! Lagipun pakcik makcik Auni Auni Auni ada nak tengok tengokkan diorang... Hehehe Macam mana juadah berbuka puasa korang? Beli atau masak? Mungkin juga hari nih hari pertama anak korang berpuasa? Hailahh... Macam mana lah nanti yer aku nak train Amrafahan nih??!! Huhuhu Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Ramadhan Sahabat!!

Assalammualaikum, lamanya tak update blog.. Sekarang nih baru berkesempatan. Sempena bulan yang mulia dan dipenuhi berkat nih, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada sahabat semua, samada kenal secara realiti mahupun secara maya (blog/facebook), semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan melipat gandakan ibadah yang lain dibulan yang istimewa ini, bak kata ustaz rebutanlah peluang nih, sebab kita tak tahu ini mungkin ramadhan yang terakhir bagi kita... Jadi rebutlah yer!! Pesanan untuk diri sendiri juga nih! Jangan lupa tunaikan zakat fitrah yer!! P/s: rasa macam cuti berblog jer... Tapi hati nih teringat kat blog yang tak ber update.. Huhuhu.. Published with Blogger-droid v1.7.4