Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gathering geng kembar

Gathering ke 2 geng utara!

Imej
Sempena raya Haji kali nih geng kembar utara buat gathering buat kali kedua. Terima kasih kepada Rubiha dan Mima yang sudi anjurkan gathering nih. Kali nih bertempat di Radix Fried Chicken di Sungai Petani, Kedai. Kehadiran pun boleh tahan. Lebih kurang dalam 8 keluarga laa seingat aku. Kalau lebih mungkin aku tak perasan. Minta ampun yer! Cerita pasal gathering nih, Hari tu masa gathering geng selatan tak dapat join sebab tak balik kampung. Insyaallah lepas nih kalau ada lagi nak join nak kenal geng selatan pula! Gambar ihsan dari geng kembar Suhaila Shaiyuddin

Himpunan 70 geng kembar

Imej
PORT DICKSON: Buat julung kalinya, lebih 35 pasangan kembar berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan majlis Geng Kembar Berhari Raya 2011 di Casa Rachado, di sini, kelmarin, bertujuan meraikan golongan istimewa itu. Lebih manis, pasangan kembar berusia antara tujuh bulan hingga 15 tahun itu turut memperagakan pakaian dan kasut sama memeriahkan suasana majlis bertemakan ‘Serupa Tapi Tak Sama’. Majlis itu menjadi medan merapatkan silaturahim antara keluarga kembar di seluruh negara merangkumi pelbagai agama dan bangsa, selain membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi atau kewangan. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kembar tiga yang juga anak kepada penganjur. Bapa kepada kembar tiga itu, Huszaini Haron, 33, berkata, dia mendapat idea menganjurkan majlis itu selepas dikurniakan cahaya mata kesayangannya, Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah, kini berusia setahun. Menurutnya, anugerah Allah itu amat memeranjatkan dia dan isterinya berikutan tiada ahli keluarga mereka ...

Gambar Mini gathering geng kembar utara!

Imej
Haa... baru berkesempatan menghapdet blog! huhuhu... Oklah... kalau nak baca cerita klik sini , kat sini entri bergambar sahaja... Mini gathering geng kembar utara!

Seronok jumpa geng kembar!

Petang tadi kami sekeluarga join gathering geng kembar sebelah utara pula! Dibuat di Jusco Seberang Perai. Haa... Dari Putrajaya ke Penang kami mai nak join gathering nih!!! Hehehe taklah sebenarnya aku balik kampung mertua kat Kubang Semang nih.. Nak sambut puasa kat sini. Alang alang dah sampai sini, lagi pun tak jauh sangat nak ke jusco tu dari sini, kami pun menjoinkan diri.. Tak sangka ramai yang datang! Dari Kulim, Jitra, Balik Pulau sekitar Penang laa... Semuanya ada 8 keluarga termasuk kami. Kembar 3 ada tiga famili termasuk kami. Kembar 3 yang pertama dah besar umur 7 tahun dah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Kembar 3 kedua kami jumpa semuanya perempuan seiras. Comel dan semangat budaknya baru berumur 10 bulan kalau tak silap. Yang bestnya kembar nih lahir cukup bulan!! Jarang jarang aku dengar kembar dapat lahir cukup bulan. Cuma yang lahir 1.7 kg tu kena duduk nicu seminggu! Bestnya! Auni Auni Auni dulu duduk dalam nicu tu 46 hari... Kembar 2 lelaki ada dua keluarga, yang s...

Gathering Beraya dengan Geng Kembar 2011

UPDATE: TARIKH TUTUP: 14 OGOS 2011 Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua, Satu gathering untuk geng kembar akan diadakan seperti dibawah nih. Kali ini gathering diadakan khas untuk geng kembar sahaja. Kepada mana mana geng kembar yang nak join gathering nih, bolehlah  hubungi aku atau join group Dianugerahkan Kembar di FB.

Gambar beramah mesra dengan geng kembar!

Imej
Semalam aku ada beritau aku sekeluarga nak pergi beramah mesra dengan geng kembar kan.. Haa... kat sini gambar gambar yang sempat ambil. Mengikut kiraan aku, ada 16 keluarga kembar yang hadir.. Memang kecoh dan penuh McD tu! Bila kami sampai tu dah ada ramai geng kembar yang dah sampai. Ada geng kembar yang aku pernah jumpa semasa gathering sebelum nih .. ada yang pertama kali jumpa. Anak anak sibuk nak main kat taman permainan McD tu.. tak boleh nak kawal.. lagi lagi si Abang... suka hati dia jer nak pergi mana.. nak lari ker.. huhuhu... Selepas jumpa tu, ada sessi pemberian tudung dan shawl secara percuma oleh EEDAZ Collection pemiliknya adalah ibu kembar 2 perempuan Puan Syuraida. Kaum ibu seronok laa dapat hadiah nih! Terima kasih yer  EEDAZ Collection !! Lepas tu bila penganjur sampai Puan Nora, dijamu kami dengan Apam Polkadot Specialnya itu! Sedap!! Budak budak suka! Mak bapak budak lagi laa suka!! hehehe Macam macam perasa inti dalam tu!! Terima kasih yer Nora Aurora!! ...

Beramah mesra dengan geng kembar!

InsyaAllah petang karang kami nak join gathering geng kembar anjuran Group Dunia Kembar di FB. Rasanya lagi ramai dari gathering berkelah hari tu.. Nanti nak jumpa di McD IOI Mall Puchong. Mesti penuh mekdi tu nanti.. Hehehe.. Mesti meriah dan kecoh! Ada antara geng kembar kami pernah jumpa, ada yang baru nak jumpa... Harap harap event tu berjalan dengan lancar laa... Nanti aku upload gambar kat sini yer! Location : Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Posted via Blogaway