Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berkelah

Berehat di Air Papan

Imej
Masa raya ketiga lepas, kami sekeluarga dengan mak dan adik beradik lain pergi mandi laut kat Air Papan, Mersing. Sewa chalet kat sana tidur semalam. Kami sampai petang tu, lepas tu adik aku pergi cari lauk untuk buat BBQ, huihh... ikan dia memang fresh!! baru naik dari laut! Murah lak tu! Malam tu kami makan beramai-ramai. Sekali sekala berkumpul dengan ahli keluarga dan adik beradik lain nih memang seronok, lama dah tak kumpul ramai-ramai macam tu.. Esoknya kami ramai-ramai pergi main pasir dan mandi laut.. si Abang dengan AH memang tak berani nak main laut... main tepi tepi jer.. si AH lagi laa.. pijak pasir jinjit kaki... AF dengan AN dah bergelumang dengan pasir dan air laut.. Masa abah bawa diorang ke laut, mula mula tu AF dengan AN takut takut laa.. lepas tu ok dah... cuma si Abang dengan AH ni.. menangis-nangis bawa ke laut.. haihhh laa anak abah nih..sabar jerlah.. Denga Uncle Deedam

Berkelah lagi!

Imej
Semalam kami sekeluarga bersama Opah dan pakcik makcik AMRAFAHAN pergi berkelah lagi! Kali ni kami pergi tak buat bakar-bakar... semua dah siap dari rumah... Sampai PD lebih kurang pukul 12 tengahari, jalan ke Teluk Kemang jem... ramainya orang... Tapi tempat yang kami  pergi ni tak ramai sangat orang.. tak padat macam Teluk Kemang tu.. ada laa tempat nak parking kereta dan berkelah... Aqil nampak laut jer dia takut.. fobia agaknya... sampai tak mau keluar kereta... Bila Mama pujuk baru dia nak keluar. Tapi duduk dekat khemah jer.. dia taknak mandi laut.. Tapi lepas Mama pujuk lagi nak laa juga dia ikut tapi main kat tepi-tepi jer.. sian anak aku... fobia air laut agaknya... Tapi lepas mandi laut tu aku bawa dia pergi bilas badan dengan air paip, elok jer dia main air... hermm... Abang abang.... macam mana laa aku nak bagi dia tak takut air laut ekk?? Mandi kat sini bila air pasang baru best.. kalau tak.. jauh jer nak berjalan tu... mama pakcik makcik dan Auni Auni Auni man...

JOM BERKELAH DENGAN GENG KEMBAR!!

Imej
Ini adalah post melekat! Ia akan melekat kat sini sehingga 31 Jan 2011. Untuk entri terkini sila scroll ke bawah. Terima kasih :) MAKLUMAT LANJUT BOLEH BACA DI SINI  atau KLIK TAB JOM BERKELAH DI ATAS **Nota kaki Abah Jom lah kita meramaikan majlis! hehehehe

Terkedek-kedek terkengkang-kengkang!

Imej
Alhamdullillah... kau orang boleh agak kot apa aku nak cerita nih... hehehe... Auni Auni Auni dah boleh jalan dah! tapi terkedek-kedek terkengkang-kengkang aa.. kelakar aa tengok tiga-tiga orang ni berjalan...  Sekarang paling terrer berjalan AF dan AH laa... AN baru jer... moga-moga lepas ni makin terrer laa dia orang nih... InsyaAllah masa gathering Jom Berkelah Dengan Geng Kembar dia orang dah boleh jalan laju-laju aaa... Huhuhu... tak sabar nak kurus! Kekekeke...  Gambar ni masa pergi berkelah kat PD hari tu.. Masa ni AH galak berjalan! Seronok tengok dia berjalan!! Kat R & R Seremban   Auni Naqibah galak berjalan masa ni la!! Abang hensem... kata Aqil... huhuhu....

Gambar Kembar 3 berkelah lagi!

Imej
Sebelum ni aku ada buat entri pasal nak pergi mandi laut ni.. boleh baca kat sini.. Cerita 1 Cerita 2 Ni cerita 3... Ni gambar-gambar semasa berkelah kat PD hari Khamis lepas... gambar ni menceritakan kesemuanya!! Singgah R&R Seremban Makan Pagi! Baru sampai. Berkelah kat belakang Kayns Resort PD Konon-konon si Aqil tu nak mandi laa.. Best woo tempat ni... angin sepoi-sepoi bahasa! Penyediaan tempat bakar Makan dulu! Menu permulaan Ikan sotong udang Ikan terbakar yer! Bukan ikan bakar.. hehehe Ayam pula! Daging bakar pula! Kena duduk dalam khemah! Kalau tak habis semua dia orang punggah! Dipaksa mandi! Hahaha.. Masa ni tak pakai apa-apa! Hehehehe Baru nak pakai CD, ganti semua mandi Anak buah dan adik saya Gemuk pun boleh lompat! Aqil takut mandi laut! Paut taknak lepas! Sudahnya mandi laut macam ni! Selepas mandi laut, tanak keluar dari khemah, tempat yang selamat! Sepupu wife dan suaminy...