Sabtu, 20 Julai 2013

Kejutan!!!!!!

Alhamdulillah Mama dah selamat melahirkan baby girl pukul 6.52 petang tadi secara normal. Berat baby 2.85 kg. Tak sangka sebelum keluar ukur berat baby 2.5 kg jer tapi bila dah keluar bertambah berat dia!

Baby nih memang beri kejutan pada kami! Seronok nya!!!!!!

Nanti Abah cerita detail yer!!

Gambar Abah letak kat Instagam!!!

KEJUTAN!!!

(surprise ikut cerita banana in pyjamas)

Debaran memuncak!

Tengah sembang sembang dengan Mama waktu melawat tadi, segerombolan Doktor datang melawat. Alaa doktor pakar bersama pelatih pelatihnya laaa. Tengok doktor yang datang macam terkejut pun ada excited pun ada sebab doktor yang sama operate Mama masa mengandung kembar 3 hampir empat tahun yang lepas.

Mama minta kat doktor nak buat cesarean tapi kena membebel dengan doktor. Hehehe kelakar pun ada masa tu tapi dia lebih pakar kita ikut jerlah cakap dia. Macam macam laa dia membebel. Lepas membebel tu dia buat check nak tengok bukaan dah berapa.

Lepas doktor cek Mama cakap doktor nak pecahkan ketuban. Tiba - tiba sampai laa nurse bawa kerusi roda. Kami macam terpinga? ! Uik cepat sangat. Tanya dengan nurse nak pergi mana? Dia kata nak pergi labour room. Uihhh... masa tu jantung terus laju nebes terus cakap jawa nya! Abah pula berpeluh tangan dan kaki.

Lepas nurse beri arahan Abah, terus ke Labour room! Alamak!!! nurse dah panggil nak teman Mama nih! Nanti sambung lagi yer!

Nebessss nyerrrr!!!!

Dugaan!

Dari malam tadi Abah masih kat hospital. Pukul 9 malam masih takde call dari Mama, pukul 10 malam pun sama. Abah tunggu sampai terlelap lelap. Pukul 12 lebih tersedar, cepat-cepat tengok hand phone takut takut terlepas panggilan dari Mama. Cek mesej cek miss call. Masih tak de. Tapi Abah tak nak ganggu Mama,  mungkin dia tengah tidur. Dalam hati, takpelah mungkin belum masanya.

Terlelap lagi! Setiap jam tersedar dan buat perkara yang sama. Masih takde panggilan dari Mama. Uihh!! Lambat laaa pula! Takkan belum lagi? Dah lebih 12 jam nih. Mak Abah cakap biasanya kalau dah sakit setiap 5 minit tu, tanda nya dah dekat. Memang Abah ajak sebelum pukul 12 malam tadi Mama akan melahirkan bayi kami. Tiba-tiba teringat, nurse ada beritahu Mama kadang kadang ada orang yang sampai 3 kali kena indius dekat 3 hari menunggu. Harap harap Mama tak macam tu. Kesian dia nak menanggung sakit.

Pukul 5.15 pagi tadi Abah tersedar lagi! Ehh nak sahur. Mama masih belum call. Takpelah cari makanan dulu. Nasib kafe hospi corner kat hospital ni buka. Dapatlah beli roti. Teringat air kopi tin yang Abah beli malam tadi ada dalam kereta. Dengan muka sememeh baru bangun tidur tu terus ke parking kereta. Takpelah sahur dalam kereta jer. Boleh dengar azan sekali. Lepas sahur Abah call Mama, Mama jawab suara penat baru bangun tidur, Mama cakap malam tadi tak sakit sangat. Lega pun ada berdebar pun ada. Lega sebab Abah tak terlepas nak teman Mama bersalin, berdebar sebab bila Mama akan bersalin.

Lepas sembang Abah pergi solat subuh kat surau hospital sini. Takde orang. Sunyi sepi. Buka pintu surau ada seorang brother tengah solat. Ok ada geng. Lepas solat Abah lepak sekejap dalam surau. Tiba - tiba terkejut dapat panggilan dari Mama. Alamak! Mama dah nak bersalin ke nih?! Kata hati Abah. Berdebar debar. Dup dap dup dap. Sekali Mama cakap doktor baru lepas cek, bukaan masih sama lagi macam malam tadi. Nanti pukul 10 pagi doktor nak cek lagi. Mama cakap Abah boleh balik dulu,  mandi mandi dulu. Jumpa Auni Auni Auni cakap doakan Mama, tapi Abah rasa macam tak sampai hati pula nak balik rumah. Sebab Mama nih bila bila masa jer boleh beranak. Tak pelah tunggu jer dulu kat sini. Kalau Mama call tak delah jauh sangat nak ke dewan bersalin nanti.

Bila menunggu kat lobi nih sejak semalam, seronok pula tengok orang dukung baby bawa balik. Tak sabar nak tunggu giliran Abah pula. Errmm hanya masa yang akan menentukan.

Moga Mama tabahkan hati kuatkan semangat! Abah dan AMRAFAHAN sayang Mama sangat sangat!

Jumaat, 19 Julai 2013

Masih menanti! Masih menunggu!

Abah masih kat hospital ni. Tadi sebelum berbuka balik kejap berbuka kat surau area rumah pastu mandi dan solat Isyak terus datang balik hospital ni.

Tadi sempat hantar kat Mama air zamzam dan kurma ajwa. Harap dia dapat makan untuk tenaga masa nak beranak nanti. Tapi tak tau pukul berapa sebab Mama cakap tadi dah turun darah tapi baru buka 3cm. Harap harap Allah permudahkan segala urusan kami ni. Insya Allah. Risau juga bila kena menunggu nih.

Abah pesan kat Mama kalau nak ke dewan bersalin kalau larat ke sempat telefon lah Abah dulu. Kalau sempat dan berpeluang nanti, Abah nak teman Mama masa dia nak bersalin nanti. Macam masa si Abang dulu, Abah dapat masuk temankan Mama.

Risau! Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat! Amin!

Nama blog bakal berubah? Sebab kehadiran orang baru? !

Abah sekarang ni kat hospital Putrajaya. Tengah teman Mama. Mama masuk wad malam tadi sebab baby kecil. Berat bayi menurun dari minggu lepas. Dari 2.8 kg turun ke 2.5 kg. Ingatkan sebab Mama demam minggu lepas jadi berat badan turun.

Doktor dah bagi ubat indius kat Mama pagi tadi. Sekarang ni Mama dah sakit setiap 5 minit. Sekarang ini pun doktor tengah monitor jantung baby. Tengah tunggu masa jer kot!

Sebenarnya Abah pun berdebar debar gak ni. Bilalah agaknya baby nak keluar. Standby jer kat hospital ni. Harap harap Mama dapat bersalin normal tak payah kena cesarean. Lepas tu jantina baby pun tak dapat nak tengok. Macam kejutan gitu Hehehe. Tapi ikut rasa hati Mama mungkin baby lelaki. Ermm.. tunggu jerlah bila dia dah keluar nanti. Tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan sihat.

Disebabkan jantina baby tak berapa nak kompom, jadi nama baby tak kompom lagi. Jadi nama blog kekal lagi.

Doakan Mama dan baby selamat dan sihat yer! Insya Allah.

Nota kaki Abah :
Kalau baby keluar hari ni, birthday baby sama dengan birthday nenek Johor!

exabytes unlimited