Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 21, 2012

Ada bakat ke?!

Imej
Rumah Opah ada mini studio milik Pakcik AMRAFAHAN iaitu Pak Caon a.k.a Uncle Caon. Tiap kali balik sini, si Abang suka masuk studio buatan sendiri oleh Uncle Caon nih! Si Abang suka main dram, gaya pegang stik tu dah ada siap ketuk dram stail silang tangan lagi. Mungkin ada bakat anak Abah sorang nih! Tapi kalau nak kata ikut Abah, memang takde laa.. Hatta bakat terendam, tenggelam memang takde langsung! Kalau orang lain boleh menyanyi lagu ikut lirik, Abah bukan menyanyi laa... Abah baca lirik tu... Tersangatlahhh flatnya suara nih! Bunyi orang baca berita pun takde lagilah bunyi orang bersajak! Memang takde bakat langsung ciri-ciri keartisan dalam diri Abah nih. Kalau orang suruh nyanyi karaoke masa kenduri ke dinner ke, Abah lebih rela basuh periuk atau berendam dalam kolam dari kena menyanyi. Karaoketusfobianalisma!!! Huhuhu Tapi kalau sebelah Mama mungkin ada kot, tapi Abah selama nih tak pernah pula berkaraoke dengan Mama. Ehhh!!! Haah ekkk!! Memang tak pernah lah! Pernah laa a

Selamat Hari Raya Aidiladha live dari R&R Tapah Arah Utara!

Imej
Kami sekeluarga baru jer sampai R&R Tapah Arah Utara. Berenti berehat sekejap. Nak solat dulu, minum nescafe dan makan roti bakar kat Pak Tam cafe. Bergerak dari Putrajaya dekat pukul 7 petang tadi. Punya laa banyak kereta, speed pun 20km/h - 90km/h jer. Lepas tu hujan sepanjang perjalanan. Sampai R&R hujan lebat pula! 4 jam baru sampai Tapah. Nak sampai Bukit Mertajam mau lagi 4 jam agaknya campur tidur kat R&R hehehe. Abah turun sorang jer nih, Mama dan AMRAFAHAN dalam kereta kirim burger KFC. Lepas habis update blog nih, nak beli KFC pula. Ramai sangat orang sampai nak parking pun susah. Sempena hari mulia nih, Abah sekeluarga nak ucapkan kepada semua saudara mara, sahabat handai, geng kembar, sahabat FB Twitter Blog dan semua sekalilah! Selamat Hari Raya Aidiladha, moga lepas nih rezeki kita semua dapat peluang tunaikan haji pula! Rindu pula nak ke Mekah dan Madinah lagi!! Insyaallah dengan izin Nya. Aminnn... Published with Blogger-droid v2.0.9

Sekeluarga tak sihat!

Imej
Balik dari Pangkor hari tu, Abah demam dengan batuk-batuk. Kat rumah AMRAFAHAN dan Mama pun demam dan batuk. Cuti Sabtu Ahad yang lepas nih, semua orang melepek kat rumah jer. AMRAFAHAN demam bergilir-gilir. Lepas sorang, sorang lagi demam panas. Semalam si Adik demam panas. Jumpa doktor dah minggu lepas, cuma sekarang nih makan ubat yang doktor beri jerlah. Sekarang ini Abah kat Klinik Kesihatan P9, baru lepas kena x-ray dada. Dah 3 hari batuk teruk, sampai sakit dada. Abah syak macam kena jangkitan kuman, sebab dulu pernah kena. Tapi tak tau laa tunggu doktor cakap apa. Ni nak sampai no giliran ada +- 200 nombor lagi. Sabar jerlah. Walaupun kena tunggu, klinik gomen kat sini servis dia ok lagi berbanding swasta. Sebab pernah terkena, pergi 2 3 kali, caj mahal, ubat sama jer, baiknya tak juga. Tapi ini pengalaman Abah laa, korang mungkin lain. Isunya kena tunggu lama jer kalau ke klinik gomen nih. Bila Abah tengok x-ray Abah nih, macam kena pneumonia jer. Harap-harap bukan batuk ker