Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AF

Min da weiiiii!!

Imej
Haaa korang pernah buat masa kecil kecil dulu? Si kakak dan si kak cik main bercakap depan kipas sambil cakap "min da weiii!!" "min da weiii!!!" Sambil gelak gelak!! Hahaha Apa min da weii pun Abah tak tau!! Lantak laa! posted from Bloggeroid

Kakak Merajuk!

Imej
Abah sempat ambil gambar kakak merajuk sebab Abah tak bagi dia ambil bekas makanan dia. Masa nih nak hantar diorang ke sekolah. Abah dah lambat!! Bila nak sampai sekolah, Abah pujuk kakak, tapi masih merajuk, tapi bila Abah sua duit syiling suruh dia beli donut barulah dia tersenyum, ceria sikit! hehehe

Abahh!!! Kakak cantik tak!!??

Imej
Kelmarin si Kakak datang kat Abah, masa tuh Abah dalam bilik. Bila dia masuk bilik, dia terus tanya, Abah!! Kakak cantik tak??!! Haa.. tengok gambar nih! Cantik tak??

WW: Kakak bersolat!

Imej
Kakak solat pakai kain pelikat Abang!

Gambar Ngantuk Sangat!

Imej
Post sebelum ni tak kuar Gambar laa... Abah letak gambar kat sini. Biasalah update guna tipon jer... Tu yang jadi macam-macam. Nak Baca cerita tengok kat post sebelum ni yer!

Kaki Kakak luka terbelah!

Imej
Sekarang ini Abah dekat Hospital Kota Tinggi kat unit kecemasan. Bawa Kakak aka AF sebab luka terbelah macam separuh duit syiling 10 sen. Kejadian ini terjadi tadi sebelum nak keluar rumah pergi makan. Sebelum keluar tu Abah bagi makan arnab dulu. Lepas tu ajak kakak. Tiba-tiba dia datang kat Abah dia cakap sakit kaki. Bila tengok kaki dia dah keluar darah banyak, cepat-cepat Abah basuh dan tekan tempat luka tu tak bagi darah keluar lagi. Masa basuh tu darah menjijis-jijis keluar! Kakak dah nangis-nangis... "Darah! Darah!" Cakap Kakak. Abah cepat-cepat suruh anak buah Abah ambil 1st aid kits dalam kereta. Haii... Nasib laa Abah memang standby 1 set kat bonnet kereta. Abah cepat-cepat letak ubat kuning pada kain jarang-jarang tu.. ala yang orang buat balut luka tuh! Apa nama dia.. goose ke hapa tah.. macam bunyi angsa jer.. huhuhu.. Lepas bubuh ubat terus balut ketat-ketat tak bagi darah keluar. Cancel terus nak pergi makan.. Ehh... Nama Kakak dah dipanggil! Nanti sambung....

Cer tengok muka kelat saya nih!!

Imej
AF bermuka kelat! Dia boleh buat dengan tiba-tiba jer.. lepas tu lama pula tu!!! Hadoiihh anak abah nih!! Kalau dia tengah happy ker lepas tu kita usik dia buat garang-garang dengan dia.. terus dia buat muka kelat macam nih! huhuhuu Masa ni pergi makan malam kat luar. Opah datang pastu opah belanja kitarong! hehehe best best best!! Kitorang pergi makan kat Sofina Seafood Gate 1 Putrajaya... aku suka dia punya pulut mangga! Mabeles! gambar ada tapi kat tipon mama.. tak sempat transfer.. huhuhu Cer tengok muka kelat AF ni! Haiilah anak! hehehe

Mengidam makan durian!

Imej
As salam dan selamat pagi, Semalam lepas ambil AMRAFAHAN dari sekolah kami ke pasar malam presint 2 putrajaya.. Mama mengidam nak makan durian.. Haaa.... mengidam tu!!!... Dia yang cakap laa.. tapi masa tu dia tengah bulan mengambang! kekeke... Saje jer laa tu.. Sampai jer kat parking baru teringat stroller kami tak bawa sebab basuh, lepas tu selipar Auni Auni Auni ni ada sepasang jer.. lagi 2 tertinggal kat rumah... Disebabkan nak juga makan durian dan tak mau bawa balik rumah.. nak makan kat tempat jual durian tu, sanggup dukung Auni Auni Auni ke pasar tu.. si Abang kena laa berjalan.. Tak larat nak dukung sepanjang masa huhuhu... Tapi sebab tak larat nak dukung Auni Auni Auni lelama.. kami pergi cari selipar dorang juga.. Masa tengah cari kedai kasut tu lalu laa depan kedai mainan... aku dah kedepan dengan Auni Auni... Mama tersangkut kat kedai mainan tu sebab si abang nampak otomen.. huhuhu... Aku patah balik laa nak pujuk... pujuk punya pujuk.. abang jawab bahasa taska dia.. ...

Pagi pagi dah bikin panas!!

Imej
As salam, selamat pagi! Pagi ni sebelum pergi kerja dah ada kejadian panasssss berlaku! nak share kat sini macam tak patut.. tapi takpelah... aku share supaya kita dapat pengajaran dari kejadian yang berlaku nih...

Pandai sangat nihh!!!

Imej
Semalam aku pergi amik AMRAFAHAN kat taska dan melihat sesuatu yang aku kagumi!! haa.. anak aku si AF dah pandai menulis!! hehehe.. bukan tulis aaa.. conteng conteng jer... tengok pegang pen kat tangan kanan nampak kemas laa... Suka tengok.. memang bersungguh laa dia nak menconteng tuh!! Tapi satu perangai AF ni dia tak bagi barang yang dia pegang... kalau adik adik dia datang rampas pen atas kertas dia.. dia akan menangis dan rampas balik! hehehe suka tengok diorang rampas merampas nih... Kalau diorang bergaduh tu.. yang sorang tu tepuk kepala orang nih... yang orang nih.. tadah jer.. lepas tu bila orang tu dah berenti lepuk.. dia balas balik.. kekeke... lepas tu masing masing nangis dan terjadilah kejadian lepuk melepuk antara satu sama lain.. abah akan jadi pemerhati dan tukang ketawa... kekekeke... kejap jer dorang gaduh.. lepas tu elok balik.. Berbalik pada cerita asal.. hehehe.. setakat nih yang aku tengok suka nak menulis baru si AF sorang jer.. si AH dan AN belum lagi.. doran...

Belasahlah sayang! Abah tak marah!!

Imej
Bila dah besar ni.. macam macam akal diorang nih.. tak per lahh buat lah.. abah tak marah.. Conteng jerlah wet tissue tu.. jangan conteng dashboard macam abang Aqil buat sudah... abah boleh bertukar menjadi resakse gorgon nanti! huhuhuhu... Bila dah berbakat ni.. jangan nak belajar conteng dinding macam abang abang ni  tau! hehehe..  Tekun jer... si AF nihh

Auni dan Auni bila ikut abah bekerja....

Imej
Lama dah cerita ni.. 2 3 minggu dah... lupa nak cerita kat blog.. hari ni belek-belek tipon jumpa gambar diorang nih.. boleh lah nak cerita disebalik gambar nih... Hari Ahad duluuuu... heee... lama laa sangat kununn!! Aku dan wife kena kerja... Jadi kami bahagi anak-anak sorang 2... cehh.. macam matematik nak bahagi bahagi nih... hehehe... Mama bawa AMR dan AH, aku bawa AF dan AN.

Cantiknya duduk!!!

Imej
Aiii... cantiknya duduk anak aku nih!!! Siapa yang mengajar nih??!! Duduk macam nih?!!! huhuhu.. Kejadian nih berlaku sewaktu nak balik dari taska. Dah letak dalam stroller, baik punya dia angkat kaki.. huhuhu... pandai sungguh! Anak abah nih!!

Main futsal!

Imej
Minggu lepas bawa AMRAFAHAN pergi teman Mama dia orang main futsal dengan budak perempuan opis aku...  Mula-mula perempuan jer yang nak main, lepas tu tak cukup korum, aku dan budak opis aku Daus pun masuk jadi penjaga gol...  Aqil dan Auni Faqihah join sekali.. Auni Haziqah dan Auni Naqibah tidur dalam kereta...  Bersungguh laa si Aqil ni main... habis 1 padang dia pusing... tapi AF jadi penonton jer dia.. hehehe.. tak cukup syarat nak main... kang kalau dah cukup syarat baru boleh join mama main... Sebenarnya aku penat ketawa lagi dari main futsal dengan dia orang nih... Macam semut hurung gula.. kat mana ada bola kat situ ada perempuan-perempuan.. kekekek... Anyway kalau dia orang main lagi, mungkin akan improve skill dia orang aa... ermm sekali tengok macam main netball pun ada... kekekeke puas aa gelak!! Maaf yer korang!! Berlari-lari sekeliling padang! Tunggu bola tak sampai-sampai, ambil gambar dulu! Penyokong mama kepanasan! Abang tendang bola di...

Skill baru budak pandai berjalan!!

Imej
Haa.. ni skill terbaru budak pandai berjalan !! Auni Faqihah. Ni atas sofa kat rumah.. Cerita banyak takde.. tengok lah sendiri!!! Hadoiii yaii anak aku!! Auni Faqihah

Auni Faqihah dah dapat kaki!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera... cewahh cam baca berita kat sinar fm pula! kekeke Putrajaya: Pada hari ini 9 Jan 2011 Salah seorang anak kembar pasangan Huszaini dan Noorhany sudah dapat kaki! Berita selanjutnya selepas ini.. Tajuk berita seterusnya... Kembar tiga dapat bantal cantik! Berita penuh... Salah seorang anak kembar pasangan Huszaini dan Noorhany sudah dapat kaki. Hari ini En. Huszaini telah pergi bekerja di Shah Alam. Setelah pulang dari tempat kerja kira-kira jam 3 petang, dia dikhabarkan dengan berita gembira oleh isterinya bahawa anak kembarnya yang pertama iaitu Auni Faqihah sudah boleh berjalan. AF sejak lahir memang sudah ada kaki, jadi dia tidak dapat kaki lagi. Cukuplah 2 kaki itu.. tak mau lebih-lebih. Nanti macam sotong pula. Auni Faqihah sekarang ini tengah mabuk berjalan.. dia tidak minum arak tapi dia mabuk.. maksud saya, dia suka berjalan dari merangkak hatta di atas tangga waima di atas tilam pun AF berjalan. Dia suka berjalan sejak mendapat re...

Perangai Auni Auni Auni

Imej
Hari ni, nak cerita pasal perangai dia orang, serba ringkas jer... Perangai Auni Faqihah Kuat merajuk, kalau dia merajuk aku suka tengok, kacau dulu lepas tu baru pujuk... Dah boleh berdiri, imbang badan,  Selera makan yang bagus.. baik untuk perkembangan dia Pandai panjat tangga rumah Manja Pandai memuncungkan mulut Pandai panjat sofa tapi tak reti turun Senang ketawa Perangai Auni Haziqah Jarang merajuk Paling terrer panjat tangga, kalau terlepas pandang, dia dah ada kat tengah-tengah tangga Kalau makan, akan rasa dulu sikit, kalau ok baru makan, kalau tak, mulut muncung mencebek.. Kalau naik tangga, suka menjerit beritau yang lain ikut sama naik tangga, pas tu yang lain ikut jer! Sekarang paling laju merangkak Pandai panjat sofa dan terrer turun balik Senang ketawa Perangai Auni Naqibah Paling relax Tapi sekarang, dah pandai minta kena dukung, bangun tidur jer tengok orang nak, pastu minta dukung! Pandai panjat sofa dan reti turun balik Terrer juga naik t...

Haa! jumpa pun gambar diorang ni!

Imej
Saja belek-belek external hard disk nih... err.. bukan album ekk.. kalau album... tu dulu-dulu... sekarang dah maju... pakai hard disk jer simpan gambar.. hehehe... korang pun sama kan? rajin ke print gambar tu?? hahah... aku pemalas... kepada yang rajin tu.. tahniah ye.. aku kagum dengan ko...!!! Terjumpa gambar-gambar masa Auni Auni Auni umur 3 bulan... sekarang dah setahun dah... ermm.. cepatnya masa berlalu... teringat masa kalut-kalut dapat dia orang nih... lepas keluar hospital kita orang tak berapa cam lagi la... masa tu.. abah masih terrer laa.. dapat cam dia orang... mama tak terrer lagi... tapi sekarang abah lak jadi tak terrer... mama lak yang terrer... huhuhuh.... dah tua dah... (bak kata orang perempuan, urat banyak putus masa bersalin.. eeii!! aku bersalin ker... hahaha... nasib aaa nak guna juga alasan tu... mana aci?! Aci kat India kata ipin..hehehe.. lupa bukan sebab tua tau.. cett!! tanak mengaku lagi tu... sebab urat putus ok..!! hahaha masa dia orang umur 3 bula...

Gambar Aqil, Auni, Auni dan Auni!!

Imej
Hari ni kesibukkan sikit... jadi, tak sempat laa nak menaip panjang-panjang. Nanti bila berkesempatan aku cerita  lagi kisah-kisah Amrafahan kat kau orang semua! Gambar ini diambil pagi tadi sebelum kami sekeluarga keluar rumah untuk pergi bekerja dan taska. Abang: Kurusnya Abah! kekekeke   Baju yang Auni, Auni, Auni pakai ini, semuanya baju abang dulu... Abang ready nak ambil gambar Abang nak buat peace tapi tak sempat, mama dah snap gambar Dah sampai taska.. tengah tunggu cikgu datang! Yang kiri tu Auni, tengah tu Auni, kanan sekali Auni... err betul tak mama!! hehehe

Aqil yang rajin tolong abah!

Imej
Hari ini macam biasa, selepas hantar mama pergi kerja, aku hantar anak-anak aku pergi taska. Aku hantar dekat Taska KBS, Putrajaya. Hari ini saje nak cerita pasal si Abang Aqil.. yelah kan blog ini pun dia punya nama juga! Sampai aje kat parking taska tu, aku dengan aqil turun kereta. Sementara aku keluarkan stroller dari bonet kereta si abang main pusing-pusing pokok.. sambil pusing dia cakap.. pusingg!! pusinggg!! hehehe lawak lah anak aku ni.. Lepas semua siap aku pun ajak si abang bergambar dulu dengan adik dia.. hehehe saja seronok-seronok! Nak suruh abang buat peace sign sebab dia baru dapat buat setelah sekian lama mencuba... adalah dekat 3 bulan baru nak jadi peace sign dia tu! hahaha... sekarang kalau suruh bergambar semua nak buat peace! Mama dia lah yang mengajar ni! hehehe... Takpe peace tu tanda keamanan kan! Lepas ambil gambar dengan adik-adik dia, aku minta si abang tolong tolak stroller adik dia... ermm... pandai dia tolak tapi jenuh lah! Dah lah pendek tak nampak...