Isnin, 2 Disember 2013

Happy 7th Anniversary Mama!!

Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun perkahwinan antara Abah dan Mama. Dalam tempoh tersebut kami dikurniakan 5 orang cahaya mata yang comel dan handsome syukur Alhamdullillah. Abah bukalah seorang yang pandai bermain dengan kata-kata manis nak buat ucapan pada Mama, cuma Abah nak Mama tau, Abah sayangkan Mama dan AMRAFAHAN sangat-sangat, semoga Allah SWT memberkati ikatan kita dan mengekalkan hingga ke akhir hayat dan juga keluarga kita dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat tak kisahlah dalam apa jua bentuk pun. Sama-samalah kita membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berguna kepada Allah SWT.
Kalau nak cerita pahit masin manis tu.. rasanya terlalu biasa kerana bukan kita sahaja yang menghadapinya, mungkin ada lagi orang lain yang lebih dasyat dari dugaan yang kita hadapi. Moga Mama akan menjadi Ketua Bidadari kepada Abah di syurga nanti! Amin!!


Permata hati Abah dan Mama yang terbaru! hehehe... AMR Junior

Jumaat, 22 November 2013

Kakak terjatuh!

Semalam petang, lepas ambil AMRAFAHAN balik dari sekolah, Abah bawa diorang ke Taman Permainan kat Taman Canselari, Presint Diplomatik. Hehehe taman bersejarah tempat pertama kali geng kembar bertemu dan Auni Auni Auni masuk berita Harian Metro bersama kawan-kawan kembar yang lain.

Dulu datang sini kecil jer, nak berjalan pun terkedik-kedik.. Sekarang dah boleh berlari memanjat semua! Tapi tulah bila dah boleh berlari nih, si Kakak pula tergolek tergelincir sebab terpijak tanah lumpur yang ada kat taman tu... Masa tu baru jer sampai taman. Abah tak sempat nak berangan si kakak dah datang mengadu menangis-nangis... nak ajak Abah balik sebab dia jatuh lepas tu baju seluar kaki tangan habis terpalit lumpur! Abah kata kat dia.. takpe sikit jer.. main lagi.. hehehe dia taknak... ajak juga balik nak bersihkan badan dan salin baju dia. Lepas tu Abah pancing laa dia, tunjuk tempat dia jatuh.. masa nih dah ok sikit. Lepas tu mama pun sampai, pujuk kakak lagi.. bila dah pujuk dia dah ok sikit. Yang 3 orang lagi tu toksah cerita laa.. bergembira sakan! main pusing-pusing keliling taman permainan tuh! Mama ajak kakak main panjat-panjat, dia dah lupa sakit dan kotor kat baju dia tu.. hehehe oklah tuh.. boleh terus main!!

Main sekejap jer.. sebab dah pukul 6 lebih. Nyamuk dah keluar. Habis bintat kalau terus dok situ lagi!

Kakak

Kakak dan Angah aka Kak Ngah

Kak Ngah

Kak Chik aka Adik - Adik memang rock! dia tak peduli rambut dia tutup mata! Janji dapat main!

Abang

Mama, Amni dan Kakak






Rabu, 20 November 2013

Khamis, 14 November 2013

Nak kek princess!

Alhamdullillah! tercapai cita-cita Mama nak sediakan kek princess kepada puteri-puteri Mama! Semalam lepas solat Isyak, Mama sediakan jamuan untuk kami sekeluarga meraikan secara kecil-kecilan. Kek princess yang ditempah Mama amatlah mengujakan Auni Auni Auni! hehehe! Mana taknya masing-masing sibuk nak colek kek tuh! Bila dah dapat colek, masing-masing berebut nak makan patung princess tu dulu! Lagi-lagi si Kak Ngah (gelaran dah bertukar sejak dapat AMR junior hehehe). Mama! Angah (masih bahasakan diri sebagai Angah) nak makan princess nih! Maka, dicabutnya badan princess tu dan terus menjilat! Kekeke Bila sorang dah buat, yang lain pun ikut jerlah! Hadoih!! Anak-anak! tak kisahlah janji gembira!

Si Kak Cik (dulu dikenali sebagai Adik hehehe) makan habis comot baju dia! Mana taknya! Masing-masing sibuk nak makan kek punya krim err icing ke apa tah... ratah yang tu jer! Pastu hiasan tepi kek tu pun kena ratah gak! Keknya makan sikit jer pun! Tu pun sebab kena paksa dengan Abah! hehehe.

Kita tengok gambar kek jer lah yer.. kagum Abah dengan orang yang buat kek nih! sangat tekun dan rajin!! Nak buat sebiji-sebiji tuh!!




Masa potong kek nih, si Abang tengah tidur, Abah dukung Amni sambil snap gambar nih! hihihi Mama pula tengah jenuh suruh Auni Auni Auni tu jangan usik kek tu sebelum potong! hehehe

Rabu, 13 November 2013

Kakak Merajuk!

Abah sempat ambil gambar kakak merajuk sebab Abah tak bagi dia ambil bekas makanan dia. Masa nih nak hantar diorang ke sekolah. Abah dah lambat!!






Bila nak sampai sekolah, Abah pujuk kakak, tapi masih merajuk, tapi bila Abah sua duit syiling suruh dia beli donut barulah dia tersenyum, ceria sikit! hehehe

Happy 4th Birthday Auni Auni Auni!!!

Selamat Hari Lahir Sayang sayang sayang Abah dan Mama! 
Moga menjadi anak-anak yang solehah!
Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT
Abah dan Mama sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua anak-anak Abah dan Mama
Abah sayang anak anak anak anak anak semuanya!!!


Gambar AF AH AN bersama-sama sepupunya dan auntienya!

Punya laa susah nak cari gambar depa bertiga! Jumpa yang ini paling baru! Gambar masa kat rumah kenduri di Felda Layang-layang Johor hari tu!

Gambar dalam kereta on the way balik Johor


Selasa, 12 November 2013

Macam Suka Jer! Macam suka jer! Macam suka jer! Terima kasih Sinar Harian!!

Alhamdullillah syukur pada Allah, cerita Kelab Kembar Malaysia telah keluar di akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Nov 2013.
Diharapkan ada pihak dapat membuka mata dan memberi sokongan kepada Kelab Kembar ini dalam membantu keluarga-keluarga kembar yang memerlukan pertolongan. Ini kerana tidak semua keluarga kembar hidup senang. Kebanyakkannya dari golongan sederhana. Cabaran membesarkan anak kembar memang berbeza dari biasa. Perbelanjaan pun ganda dua atau tiga atau empat!

Tapi itu semua tak menghalang kami ibubapa kembar membesarkan anak-anak kembar secukup yang boleh sama seperti ibu bapa yang lain. Apa yang penting keseronokkan dalam membesarkan anak-anak kembar yang berbagai kerenah nih! Hihihi

Ok jom baca cerita di akhbar Sinar Harian
Klik Sini Untuk Berita Sinar Harian Online

Di samping itu marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah untuk kembar siam Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie yang meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung. Al Fatihah..


Klik sini untuk berita di Harian Metro Online  dan Sinar Harian Online

Rabu, 16 Oktober 2013

Wordless Wednesday: Selamat Hari Raya AidilAdha! ehhh! ye ke nih?!!










******************

Maaf gambar tiada kaitan dengan tajuk! Huhuhu gambar raya hari tu terlupa nak ambil!!! Apa lah Abah nih! Haishhh!!!

Tajuk sebenar apa ekk! kekeke

Rabu, 28 Ogos 2013

Wordless Wednesday: Auni Auni Auni yang mana satu nih?!

Caption: Err.... dari kiri tu Auni errr Adik kot... ehh angah nih... ehhh errr adik kot... yang tengah tu errr Auni errr kakak kot err adik kot... yang kanan tu Auni err angah kot ehh adik kot! errrr hehehehe kompius Abah!!


Jumaat, 16 Ogos 2013

Perkara yang paling menggembirakan AMRAFAHAN bila balik kampung!!

Hanya gambar yang mampu berbicara! :)

Main pasir beramai-ramai
Dialog abah dengan diorang:
AMRAFAHAN: Abah marah tak kalau main pasir?
Abah: Tak!! Mainlah! Abah tak marah!
AMRAFAHAN: Yeyy!! Abah tak marah!!
Abah: (dalam hati) Mainlah nak.. bila lagi nak main sementara belum mandi nih.. dah mandi nanti tak boleh main!

Merempit dengan motor kapcai tok wan!

Makan durian beramai-ramai di belakang rumah!

Abah! Cover sikit perut tuh! huhuhu
(gambar ini sengaja dibiarkan kecik! kekeke)


Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Semua! Tahun ni kami beraya dengan orang baru!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua sahabat handai, saudara mara, adik beradik, ipar duai, mak, abah, pembaca blog dan semua-semua sekali lahh tak kira kat mana korang berada atas semua salah dan silap kami pada korang semua
dari kami bertujuh!!


Terpaksa guna balik gambar tahun lepas. Tahun nih punya gambar belum ada lagi.
dan orang baru dalam keluarga kami AMR junior - Amni Musfirah Rifqah



Tahun nih, Abah dan si Abang beraya dahulu di rumah nenek kat Kota Tinggi, lepas tu raya dua ke raya ketiga balik Perak, Penang dan Kedah. Mama bersama-sama Auni Auni Auni dan Amni berpantang dan beraya di rumah Opah di Kubang Semang Bukit Mertajam. 

Sebenarnya nih dah rindu sangat kat diorang-diorang nih! Bila bercakap dalam telefon selalu si Kakak, Angah dan Adik tanya bila Abah dan Abang nak balik rumah Opah! huhuhu Sabar yer anak-anak! InsyaAllah nanti Abah sampai dengan Abang! Boleh kita beraya bersama-sama!!



Nota Kaki Abah:

Nampak gayanya nama blog dikekalkan laaa. Cuma kena tambah gambar AMR junior jer! hehehe

Sabtu, 20 Julai 2013

Kejutan!!!!!!

Alhamdulillah Mama dah selamat melahirkan baby girl pukul 6.52 petang tadi secara normal. Berat baby 2.85 kg. Tak sangka sebelum keluar ukur berat baby 2.5 kg jer tapi bila dah keluar bertambah berat dia!

Baby nih memang beri kejutan pada kami! Seronok nya!!!!!!

Nanti Abah cerita detail yer!!

Gambar Abah letak kat Instagam!!!

KEJUTAN!!!

(surprise ikut cerita banana in pyjamas)

Debaran memuncak!

Tengah sembang sembang dengan Mama waktu melawat tadi, segerombolan Doktor datang melawat. Alaa doktor pakar bersama pelatih pelatihnya laaa. Tengok doktor yang datang macam terkejut pun ada excited pun ada sebab doktor yang sama operate Mama masa mengandung kembar 3 hampir empat tahun yang lepas.

Mama minta kat doktor nak buat cesarean tapi kena membebel dengan doktor. Hehehe kelakar pun ada masa tu tapi dia lebih pakar kita ikut jerlah cakap dia. Macam macam laa dia membebel. Lepas membebel tu dia buat check nak tengok bukaan dah berapa.

Lepas doktor cek Mama cakap doktor nak pecahkan ketuban. Tiba - tiba sampai laa nurse bawa kerusi roda. Kami macam terpinga? ! Uik cepat sangat. Tanya dengan nurse nak pergi mana? Dia kata nak pergi labour room. Uihhh... masa tu jantung terus laju nebes terus cakap jawa nya! Abah pula berpeluh tangan dan kaki.

Lepas nurse beri arahan Abah, terus ke Labour room! Alamak!!! nurse dah panggil nak teman Mama nih! Nanti sambung lagi yer!

Nebessss nyerrrr!!!!

Dugaan!

Dari malam tadi Abah masih kat hospital. Pukul 9 malam masih takde call dari Mama, pukul 10 malam pun sama. Abah tunggu sampai terlelap lelap. Pukul 12 lebih tersedar, cepat-cepat tengok hand phone takut takut terlepas panggilan dari Mama. Cek mesej cek miss call. Masih tak de. Tapi Abah tak nak ganggu Mama,  mungkin dia tengah tidur. Dalam hati, takpelah mungkin belum masanya.

Terlelap lagi! Setiap jam tersedar dan buat perkara yang sama. Masih takde panggilan dari Mama. Uihh!! Lambat laaa pula! Takkan belum lagi? Dah lebih 12 jam nih. Mak Abah cakap biasanya kalau dah sakit setiap 5 minit tu, tanda nya dah dekat. Memang Abah ajak sebelum pukul 12 malam tadi Mama akan melahirkan bayi kami. Tiba-tiba teringat, nurse ada beritahu Mama kadang kadang ada orang yang sampai 3 kali kena indius dekat 3 hari menunggu. Harap harap Mama tak macam tu. Kesian dia nak menanggung sakit.

Pukul 5.15 pagi tadi Abah tersedar lagi! Ehh nak sahur. Mama masih belum call. Takpelah cari makanan dulu. Nasib kafe hospi corner kat hospital ni buka. Dapatlah beli roti. Teringat air kopi tin yang Abah beli malam tadi ada dalam kereta. Dengan muka sememeh baru bangun tidur tu terus ke parking kereta. Takpelah sahur dalam kereta jer. Boleh dengar azan sekali. Lepas sahur Abah call Mama, Mama jawab suara penat baru bangun tidur, Mama cakap malam tadi tak sakit sangat. Lega pun ada berdebar pun ada. Lega sebab Abah tak terlepas nak teman Mama bersalin, berdebar sebab bila Mama akan bersalin.

Lepas sembang Abah pergi solat subuh kat surau hospital sini. Takde orang. Sunyi sepi. Buka pintu surau ada seorang brother tengah solat. Ok ada geng. Lepas solat Abah lepak sekejap dalam surau. Tiba - tiba terkejut dapat panggilan dari Mama. Alamak! Mama dah nak bersalin ke nih?! Kata hati Abah. Berdebar debar. Dup dap dup dap. Sekali Mama cakap doktor baru lepas cek, bukaan masih sama lagi macam malam tadi. Nanti pukul 10 pagi doktor nak cek lagi. Mama cakap Abah boleh balik dulu,  mandi mandi dulu. Jumpa Auni Auni Auni cakap doakan Mama, tapi Abah rasa macam tak sampai hati pula nak balik rumah. Sebab Mama nih bila bila masa jer boleh beranak. Tak pelah tunggu jer dulu kat sini. Kalau Mama call tak delah jauh sangat nak ke dewan bersalin nanti.

Bila menunggu kat lobi nih sejak semalam, seronok pula tengok orang dukung baby bawa balik. Tak sabar nak tunggu giliran Abah pula. Errmm hanya masa yang akan menentukan.

Moga Mama tabahkan hati kuatkan semangat! Abah dan AMRAFAHAN sayang Mama sangat sangat!

Jumaat, 19 Julai 2013

Masih menanti! Masih menunggu!

Abah masih kat hospital ni. Tadi sebelum berbuka balik kejap berbuka kat surau area rumah pastu mandi dan solat Isyak terus datang balik hospital ni.

Tadi sempat hantar kat Mama air zamzam dan kurma ajwa. Harap dia dapat makan untuk tenaga masa nak beranak nanti. Tapi tak tau pukul berapa sebab Mama cakap tadi dah turun darah tapi baru buka 3cm. Harap harap Allah permudahkan segala urusan kami ni. Insya Allah. Risau juga bila kena menunggu nih.

Abah pesan kat Mama kalau nak ke dewan bersalin kalau larat ke sempat telefon lah Abah dulu. Kalau sempat dan berpeluang nanti, Abah nak teman Mama masa dia nak bersalin nanti. Macam masa si Abang dulu, Abah dapat masuk temankan Mama.

Risau! Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat! Amin!

Nama blog bakal berubah? Sebab kehadiran orang baru? !

Abah sekarang ni kat hospital Putrajaya. Tengah teman Mama. Mama masuk wad malam tadi sebab baby kecil. Berat bayi menurun dari minggu lepas. Dari 2.8 kg turun ke 2.5 kg. Ingatkan sebab Mama demam minggu lepas jadi berat badan turun.

Doktor dah bagi ubat indius kat Mama pagi tadi. Sekarang ni Mama dah sakit setiap 5 minit. Sekarang ini pun doktor tengah monitor jantung baby. Tengah tunggu masa jer kot!

Sebenarnya Abah pun berdebar debar gak ni. Bilalah agaknya baby nak keluar. Standby jer kat hospital ni. Harap harap Mama dapat bersalin normal tak payah kena cesarean. Lepas tu jantina baby pun tak dapat nak tengok. Macam kejutan gitu Hehehe. Tapi ikut rasa hati Mama mungkin baby lelaki. Ermm.. tunggu jerlah bila dia dah keluar nanti. Tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan sihat.

Disebabkan jantina baby tak berapa nak kompom, jadi nama baby tak kompom lagi. Jadi nama blog kekal lagi.

Doakan Mama dan baby selamat dan sihat yer! Insya Allah.

Nota kaki Abah :
Kalau baby keluar hari ni, birthday baby sama dengan birthday nenek Johor!

Isnin, 1 Julai 2013

Website popular Malaysia di hack!

Wow! baru tau! Kebanyakkan website base dot com dot my di hack oleh hacker dari bangladesh! Tiger Mate!

Diorang beri amaran macam ni

#Bangladeshi HackeR

Hello malaysia,you think you are more advanced than us? Respect our workers,we will respect you!
Running it since 2007 :)

 Antara website yang di hack ialah


Rasanya hackers nih nak minta kita respect pekerja bangladesh yang terlalu ramai kat Malaysia nih kan?!


Selasa, 18 Jun 2013

Dapat anak saudara lagi! Baby Ajaib tuh!!

Wah!! Lama sungguh tak update! Huhuhu... ampun pak! Adik Abah yang tinggal kat Johor Bahru tu baru dikurniakan rezeki seorang anak lelaki, sebelum tu dah dua orang anak perempuan. Bapaknya happy laa sebab dah ada geng! hehehe.

Yang ajaibnya tentang baby nih... eerrr.. tak delah ajaib sangat, hehehe saja tajuk buat gempak! Alhamdullillah adik Abah selamat melahirkan bayi lelaki ni pada pukul 3 lebih pagi tadi di HSI. Baby nih lahir dengan berat 4 KILOgram!! secara NORMAL! pula tuh! hebatnya kuat Allah! kuatnya adik Abah nih! Sekarang ini, kedua-duanya masih di hospital. Ibunya di wad bersalin, anaknya di NICU. Masa jumpa dia bulan lepas takde nampak besar mana perut dia tuh. Yelahkan, rezeki tu dari Allah. Dia boleh beri kita dalam macam-macam bentuk yang kadang-kadang kita terlupa tu sebenarnya rezeki kita walaupun bukan datang dalam bentuk wang ringgit! :)

Moga kedua-dua ibu dan bayi ini sihat dan selamat serta dilindungi dan diberkati Allah SWT. Amin..

Tengok nih gambar yang di wasap kan ke Abah!! SEMANGAT!!!! hehehe Err... nama baby nih Abah terlupa tanya! hehehe


Jumaat, 7 Jun 2013

Abang dah 5 tahun!!

Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung!

Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe..

Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang.

Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Ilahi ni! Alhamdullillah!


Abang minta kek padang bola macam ni kat Mama sebab dia tengok kat birthdaya kawan anak Mama


Tangan tu pegang pisau tak sabar nak potong kek! Ok sebelum Abah terlupa dari kiri tu Angah, Kakak dan Adik. hehehe


Abang,

Abah nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 5, Moga Abang membesar menjadi insan yang berguna, baik, beriman dan soleh. Amin...

Abah dan Mama sayang Abang dan adik-adik sangat-sangat!!!


Mama dah pesan kat Abang, kena tidur bilik sendiri, lepas tu tidur tak payah pakai pampers dah, kena kencing dulu sebelum tidur.. Ingat tu! hehehe

Rabu, 29 Mei 2013

Awak silap laa!

Terdengar sembang suami isteri yang baru dapat kembar lelaki kat sebelah katil Mama nih, si isteri tengah menyusukan salah seorang si kembarnya,

Suami: Ni siapa nih yer?
Isteri: Ni si adik!
Suami: Ehh! Ni abang laa.. awak silap laa..
Isteri: Ye laa.. macam mana awak cam ekk?!

Abah dengan Mama yang dengar di sebalik tabir tu, pandang sama sendiri lepas tu tersenyum. Teringat masa kami dengan Auni Auni Auni masa baby dulu!

Oh yer! Mama masuk wad hari ni hari ketiga. Dah boleh balik dah . Sekarang ni Abah nak bayar bil dulu baru boleh balik.

Sabtu, 11 Mei 2013

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga.

Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :))






































Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga.

Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :))








































Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Selasa, 7 Mei 2013

Pengundi hantu laa sangat berjaya ditangkap!!!

Dipercayai seorang pengundi hantu laaa sangat berjaya di tangkap gambarnya di pejabat Abah tadi!


Hehehe... teka ni sapa? Auni ni ikut Abah ke opis sebab Abah ada kerja sikit. Ehh macam mana ayat nih.. Abah kena bawa Auni ni ke pejabat Abah sebab dia kena demam chicken pox?!! camne eja ekk?!! huhuhu lupa! Atau cakap melayunya cacar air ehh!?! hehehe

Minggu lepas seorang Angah dah kena... Mama kena cuti seminggu. Minggu nih nampak gaya Abah pula kena cuti atau bawa ke opis. Diorang nih tak boleh dibawa ke taska nanti jangkit pulak dengan budak lain. Ermmm... baru semalam nampak tanda-tanda cacar air nih, pagi nih dah keluar banyak! Harap-harap keluar banyak lagi biar cepat baik!

















Nota kaki Abah:
Rindu nak update blog! madang tak sempat jer! huhuhu..


Jawapannya ialah Auni Faqihah aka Kakak! Sapa betul? hehehe

Khamis, 11 April 2013

Cium perut Mama!

Rutin harian abang Aqilrayyan HanyZaini sekarang ni sebelum kuar rumah, cium perut mama dan cakap dengan baby... Sweet la abang... Tapi pagi tadi, baby dah kena warning " baby, abang nak pegi sekolah ni, baby jangan tendang mama tau !! Tak baik tu, nanti Allah marah.." hehe...abang.. abang..


Muka abang baru bangun tidur!


















Nota kaki Abah,
Abah copy paste dari FB Mama lagi.. ermm.. sejak kebelakangan nih.. idea nak update blog macam kosong jer... huhuhu... nak dapatkan balik mood tuh haihhh... bilalah gamaknya yer?!

Khamis, 28 Mac 2013

Abang malu!

Cerita nih di copy paste dari FB Mama.

Aqil: kat sekolah abang tu, ada friend laki ngan pompuan
Mama: ye.. nama saper? Ingat tak?
Aqil: ramai sangat.. tak larat la abang nak ingat. Hmmm... tapi ada Alia.
Mama: eiii... Sorang je ke larat ingat? Mesti Alia tu cantik kan?
Aqil: Haah ... Iyer... Hmmm....cantik cam achu...tapi...dia tak pakai tudung..
Mama: tak pe la... Nanti da besar, dia pakai la tu..
Aqil: hmmm... Abang tanak lah bekawin dengan dia...
Mama: laaa... Bekawin? Ambooiii....Awatnya pulak?
Aqil: ada lagi friend baru...hmmm...dia cantik...
Mama: Alia dah tak cantik pulak ke? Sape nama friend baru yg cantik tu..
Aqil: alaaa... Abang tak tanya lg... Abang malu...

Aissshhhh.....

Budak malu konon!

Rabu, 27 Mac 2013

Siapa punya nih?!

Siapa punya barang baik nih?!! Patutlah Abah buka almari tempat simpan kain pelikat ada bau... hehehe err.. nih cerita minggu lepas.. Abah baru nak cerita.. terlupa! huhuhu... Masa tu pagi sebelum pergi sekolah. Si AMRAFAHAN nih bersiap laa nak pergi mandi sebab malam diorang tidur kena pakai pampers. Biasanya Abah atau Mama akan suruh letak terus dalam tong sampah. Cer bayangkan dia punya bau terperap dari pakai sampai ke malam dengan pintu tertutup... Perrgghhh!!! baik punya!!. Abah tak tau siapa punya tapi antara si Kakak, Angah atau Adik. Hehehe... Abah pun tak tau apa motif diorang letak kat situ? Bila ingat balik memang geleng kepala sambil senyum simpul! Teringat-ingat kelakaran diorang nih! hehehe

Lakonan semula oleh En. Pampers dan En. Kain Pelikat. En Bau melakonkan diri sendiri dengan tidak menonjolkan diri dalam gambar nih! huhuhu

Selasa, 26 Mac 2013

Heben nya!!!

Salah satu sebab kenapa si Abang suka ikut Abah berniaga... heheehe heben (sebutannya heaven) bagi seorang kanak-kanak! Biarlah dia main. Asalkan tak merayap ke tempat lain!





Isnin, 25 Mac 2013

Grrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Abah suruh si Abang senyum, dia buat garang macam nih pula! hahaha. Rambut tu mula-mula Mama buat pacak, lepas tu pakai helmet ikut Abah niaga. Sampai tempat niaga rambut si Abang dah jadi macam Hulk pun ada! kekeke

Jumaat, 15 Mac 2013

Abah kalah! Abah kalah!

Jom tengok video Auni Auni Auni meraikan kemenangan diorang sebab berjaya mengalahkan Abah dalam pertandingan siapa sampai rumah dulu dia yang menang!

**********
Abah kalah! Abah kalah! Sebab abah sampai rumah lambat dari diorang! #abah #amrafahan #kembar3 #triplets http://www.keek.com/!osFvbab

Selasa, 12 Mac 2013

Tunjuk Bon!!

Ceritanya terjadi pagi tadi. Si Kakak, Angah dan Adik tengah bersiap nak ke taska. Baru nak pakai baju masing-masing. Lebih detail lagi baru nak pakai spender masing-masing! hehehe. Kebetulan pula Abah tengah buka pintu almari dan menunduk nak ambil baju.

Kena pula masa tu menonggeng ke arah diorang yang ada atas tilam tengah sibuk nak pakai spender tu. Bila seorang Auni (hahaha abah tak ingat siapa!!) nampak Abah tengah menonggeng dia pun jerit "Eeee!! nampak bontot Abah!! Tak malu!!" Dah sudah yang lagi 2 orang Auni tu menjerit sama!! "Abah tak malu nampak bontot!!!" Ishh.. diorang nih.. mana ada Abah tunjuk bontot! Abah masa tu bukannya berbogel pun! Pakai kain pelikat lagi! Haisshhh laaa anak-anak!!

Lepas tu Abah balas laaa... "Kakak, Angah, Adik tak de bontot sendiri ke?!" Boleh pula masa tu serentak diorang pusing tunjuk bontot diorang kat Abah! Si Kakak siap selak turunkan spender nak tunjuk bontot dia kat Abah! Si Adik memang tak pakai spender lagi.. Si Angah tunjuk bontot berspender! Haishhh diorang nih!! Lepas tu terus ketawa bertiga-tiga!!! Abah jadi kompius! Nak marah ke nak ketawa! Hahahaha

Haa... biarlah nanti diorang dah besar baca post ni, biar malu sendiri! Kekeke!!!


Isnin, 11 Mac 2013

Berita baik untuk penjawat awam tetap dan kontrak!

Assalammualaikum Abah nak kongsi berita baik nih buat kawan-kawan yang kerja gomen baik yang tetap ataupun kontrak.

Kerajaan dah umumkan 9 berita baik untuk penjawat awam. Rezeki nak pilihanraya agaknya! hehehe Ye lahh.. sebelum nih kecoh-kecoh penjawat awam naik gaji tahun 2013 nih, naik elaun perumahan sampai RM400 laa.. maunya tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi tu! dan hari ini adalah harinya pengumuman rasmi tu keluar!

Antara 9 perkara tu...

*************************************


1 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

2 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

3 - Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

4 - Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

5 - Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

6 -  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7 - Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8 - Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9 - Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

********************************

Kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam dan akan berkuatkuasa 1 Julai nanti.


Sumber: SinarHarian




Nota Kaki Abah:
Dari apa yang Abah paham, kenaikan gaji tahunan tu diawalkan jer.. sebab kerajaan memang bagi kenaikan gaji tiap-tiap tahun cuma untuk tahun ni diawalkan. Abah rasa untuk penjawat awam kontrak tu kalau berkelayakan sepatutnya diorang boleh diserapkan ke perkhidmatan tetap. Tapi itu semua terpulang pada kerajaan kerana nak buat kajian menyeluruh kemudian... Untuk berita ni takde pula cerita pasal naik elaun rumah pulak. Tunggu jerlah kalau ada rezeki Alhamdullillah


Rabu, 6 Mac 2013

Cerita terbaru AMRAFAHAN 2013

Alhamdullillah dah masuk bulan 3 dah. Sejak awal tahun ni, si Kakak, Angah dan Adik dah mula tak pakai diapers lagi bila pergi ke taska. Cikgu-cikgu taska diorang dah ajar buang air kat tandas. Cuma balik rumah bila nak tidur malam jer kena pakai diapers. Pernah laa terlupa nak pakaikan diorang diapers, kalau diorang dah kencing dulu sebelum tidur, pagi esoknya InsyaAllah laa tilam tak basah. Tapi kalau tak kencing dulu, memang selamatlah tilam tu. Cumanya kalau diorang terkencing diorang akan terus sedar agaknya sebab basah dan tak selesa kot pastu sambil nangis-nangis... Yang bestnya kejut Abah jer.. tak kejut Mama pun.. huhuhu Abah pun terkulat-kulat mamai bersihkan diorang pastu sambung tidur terus...

Kalau si Abang pula biasanya ok jer tak pakai pampers, tak kencing tilam pun waktu malam, tapi kencing tilam waktu pagi bila orang lain bersiap-siap nak ke sekolah. Tapi dia sambung jer tidur.. huhuhu tu yang Mama jadi resakse gorgon tu! kekeke

Minum susu coklat pun dah tak pakai botol puting, kalau kat sekolah Mama bekalkan botol Princess yang macam botol sport tu, kalau nak minum kena tarik penutup dia. Kalau kat rumah minum susu coklat guna cawan atau gelas jer. Sebab kalau guna botol yang penutup ada 3 lubang tu nanti minum lambat jadi tak habis susunya. Kalau minum pakai cawan senang jer sekali hadap dan terus habis, tapi Abah kena cekak pinggang macam ultraman sebelah diorang minum tuh! hehehe.

Hari ni, si Kakak, Angah dan Adik demam. Pukul 3 pagi tadi Abah dah bagi Adik makan ubat, yang lagi diorang tu tak berapa panas dah. Harap-harap kat taska diorang tak demam balik. Demam nak besar agaknya. Mama pula MC, sakit belakang sebab jatuh tu masih terasa lagi.

Lepas tu, sekarang nih mulut masing-masing dah macam bertih jagung.. pot pet pot pet jer... Bercakap laa berlakon sesama sendiri laa bergaduh laa.. menyanyi laa.. haish.. memang menceriakan kami laa! Cuma Abah tak sempat nak berkongsi kat sini jer! huhuhu.. maklumlah dah tua.. mudah lupa cerita diorang kalau tak update blog cepat-cepat! haishhh...

Ikut Abah solat kat Masjid Besi Putrajaya!

Khamis, 28 Februari 2013

Siapa punya kerja nih?!

Abah buka peti ais tetiba jumpa benda ni?! Patutlah Abah cari tak jumpa! Siapa punya kerja nih? Antara 4 orang budak kecil comel a.k.a AMRAFAHAN yang letak kat dalam nih! Takkan Mama pula yang letak kan?! Haishh.... Sabar jerlah!!


Korang tau benda apa nih? Alahh.. yang buat cuci bulu-bulu melekat kat baju ke seluar warna gelap tuh! Apa nama tah Abah tak tau.. tapi tau guna dialah! Korang mesti ada kan bende nih! Kalau takde korang boleh guna selotape macam anak buah Abah buatkan kat Abah.. masa tu seluar hitam Abah berbulu habuk.. tak hensem gitew! kekeke Pastu pergi beli selotape putih besar tu.. pastu roll kan kat seluar! dah hilang dah bulu-bulu itu! Senang jer!

Image hasil carian Google

exabytes unlimited