Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jom berkelah 2

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Imej
Yeee puan-puan, hari ini kita akan belajar buat air berkelah yer!! Ramai yang kata sedap!! tapi aku sendiri tak sempat rasa sebab dah habis... huhuhu... Ok tanpa membuang masa lagi.. kita mulakan yer... Err.. letak gambar dulu laa... Gambar ni sempat ambil kat rumah, masa berkelah tak sempat dah!

Cerita jom berkelah 2 di Taman Seri Empangan

Imej
Haa.. baru laa ada mood nak buat entri pasal berkelah nih... Dua hari kena migrain jadi tak boleh nak 'konsentret' sangat mengadap pc nih.. Ok secara ringkas yer.. aku cerita ke lapor ke... entah dua dua bolehlah.. Event bermula 10 pagi dengan para pengelah tiba di tempat kejadian. Aku sampai lebih kurang 10.20 pagi sekali dengan Ben Ashaari dan 1tube.my. Lepas cerita sikit-sikit pasal event, Ben dan krew 1tube.my tunggu di wakaf sebelah taman permainan. Di tempat menunggu ada 2 3 keluarga kembar dah sampai, jadi aku cakap dengan diorang kita berkumpul di wakaf sebab di bangunan tu tidak dibenarkan makan dan minum.

Gambar Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2

Imej
Ini adalah entri bergambar, sila sabar untuk gambar di download... Ada 120 keping gambar. Dinasihat korang  masak dulu ke, basuh kain dulu ke, dodoikan anak dulu ke, buat kerja dulu ke, tidur dulu ke, mandi dulu ke, pergi shopping dulu ke.. lepas siap tujuh lapan kerja baru tengok balik blog nih dah siap download ke belum... aku cadangkan guna internet berkelajuan tinggi yer untuk menengok gambar-gambar dibawah nih. Lagi satu kalau nak tengok yang besar, klik jer gambar tu, boleh tengok sebesar tv 42 inci korang. Nak baca cerita klik sini Lagi satu, kalau korang nak copy, aku benarkan, cuma minta di creditkan gambar tu ke blog ini, amrafahan.blogspot.com nih... itu jer.. boleh kan?!! Bukan malas cuma tak rajin aku nak letak watermark kat 120 keping gambar nih! huhuhuhu... Sebelum terlupa, harap kau orang boleh beritau err perkenalkan diri kau orang di gambar no berapa yer... ramai geng-geng kembar yang lain tak cam antara satu sama lain nih... terima kasih atas kerjasama ko...

Video Geng Kembar Berkelah!

Imej
Assalammualaikum dan Selamat Pagi, Malam tadi aku tidur awal, migrain aku tak hilang-hilang lagi, tapi pagi ni aku bangun awal pukul 5 pagi buat susu kat Auni Auni Auni. Lepas tu saja nak belek-belek blog.. waaa.... ternampak laa cerita Mama Kembar 3 ! Huhh.. terus aku nak update! Ni lah video semasa geng kembar berkelah pada Ahad (3/4/11) lepas... rakam oleh 1tube.my dan Ben Ashaari . Terima Kasih 1tube.my dan Ben Ashaari sudi datang pada perkelahan geng kembar tu! Lepas kita orang menyanyi lagu birthday untuk 4 geng kembar, Ben datang kat aku cakap suruh aku bercakap depan kamera untuk 1tube.my lepas tu kena panggil 2 3 orang untuk bercakap sama... Aaaa... alamak... gugup den... dah lah tak pernah bercakap depan kamera, lepas tu sepet mata aku dalam video tu.. huhuhu.. dengan berpeluh-peluhnya... huhuhu... Ok, aku harap kau orang enjoy laa dengan video geng kembar berkelah nih!! Dalam video ni aku ajak Mama Kembar 3 , Izan dan Nisa untuk cakap depan...

Boleh share gambar berkelah tak?

Salam pagi, terima kasih pada semua yang datang pada perkelahan semalam. Seronok sangat! Sampai pengsan laa.. hehehe... Pada sesiapa yang ada gambar pasal berkelah semalam boleh tak share kan link nya kat komen ni. Tak kisah laa dalam FB ataupun blog. Kita kumpul semua dan satukan. Harap-harap dapat kumpul banyak-banyak gambar nanti kita boleh tengok sama-sama. Oklah, aku tunggu tau! Terima kasih atas kerjasama korang! Korang memang terbaiklah! Published with Blogger-droid v1.6.8

Terima kasih semua!

Imej
Tadi petang balik dari perkelahan dengan geng kembar aku terus pengsan.. Lepak sangat-sangat!! Tak boleh bangun dah! huhuhu... Pengsan terus sampai pukul 7 tadi.. huhuhu... Terima kasih pada semua geng kembar yang hadir, harap-harap semua orang enjoy, aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beramah mesra dengan semua orang, terkejar-kejar, kelam kabut.. sampaikan anak-anak sendiri aku tak dapat nak tengok sangat, terima kasih pada wife aku yang support aku... tolong jaga anak-anak... gambar pun aku tak ambil banyak sangat.. harapkan pada orang jer... Aku harap kau orang semua tak kecil hati dengan aku yer, sebab aku tak dapat tegur semua, aku pun tak sangka ramai yang sudi datang, event pun terabur jer... risau juga kalau ada yang kecil hati nih...

Berdebar-debar dengan apa nak jadi hari ni!

Semalam seharian aku tak dapat update blog.. letih sangat... tidur pun awal... ingat nak update pasal berkelah kejap lagi.. tapi bila aku buka laptop... tunggu dia loading aku dah tertidur dulu.. huhuhuh... Hari ni, kejap lagi pukul 10 nanti, event yang aku anjur akan berlangsung, berdebar-debar rasa... tak tau macam mana nanti... ada ke orang nak datang..? ramai ke? hadoihh... macam macam pikir... jangan laa hujan.. harap-harap tak panas sangat! huhuhu...

Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Ke 2!

Imej
Entri melekat sampai 2 April 2011. Entri Baru sila scroll ke bawah. TQ! Tempat berkelah! Setelah dibuat undian, maka tetaplah sudah tarikh dan masa untuk buat aktiviti berkelah dengan geng kembar nih! Maka, aku dengan senang hati nak jemput semua kawan-kawan blogger dan keluarga kembar hadir berkumpul untuk acara santai ni yang akan berlangsung seperti dibawah ni...

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!

Imej
Entri Melekat sehingga 2 April 2011. Entri baru sila scroll ke bawah yer! Assalammualaikum, Untuk program jom berkelah dengan geng kembar nanti aku nak beritau barang-barang yang nak kena bawa masa tu nanti... Saja nak ingatkan.. program ni, santai-santai jer.. takde collect apa-apa bayaran. Semua ni dengan satu tujuan nak kumpul geng kembar ramai-ramai dan makan-makan hehehe.. Disamping itu juga untuk merapatkan ukhwah sesama kita. Seronok-seronok jer tau! Ambil gambar ramai-ramai! EEeee.. sukalah aku! Excited! tak sabar!!!

Menu Berkelah! Sedapnya!!

Imej
Haa.. sebelum aku cerita menu berkelah nak cerita benda lain sikit.. Alhamdullillah dari respon yang aku terima, InsyaAllah kali ni lebih ramai yang sudi join perkelahan kita ni... Rasa-rasanya lebih 15 geng kembar akan hadir... Gila seronok aku! Seronok pun tak gila cam aku nih!! hehehe Ramai geng kembar di Facebook dan Blog akan berjumpa pada hari Ahad nih!! Kita tengok kekalutan yang bakal berlaku! Hehehe..

Wartawan Majalah Pa & Ma nak datang berkelah dengan geng kembar???!!!

Imej
Haa!!! terkejut den!! Betul ke dia orang nak datang? Macam mana dia orang tau? Alhamdullillah laa kalau dia orang sudi datang Jom Berkelah dengan Geng Kembar nih! Sebab aku takde pun nombor contact dia orang.. Tapi ada sorang geng kembar di FB ada no contact dia orang.. InsyaAllah wartawan tu akan datang.. Tapi jangan berharap sangat yer.. sebab aku tak tau apa-apa pasal contact wartawan nih.. orang lain yang tolong uruskan... Terima kasih pada Raudhah Yatim sebab call wartawan tu! Ni antara perbualan aku dengan dia.. Haa.. kalau dia tak bleh datang tu.. siapa-siapa yang ada camera best-best tu ambil laa gambar banyak-banyak yer!

Peta ke tapak Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Ke 2

Peta Ke Taman Seri Empangan tempat berkelah geng kembar Boleh zoom yer! Ni aku tunjuk dari Alamanda ke Taman Seri Empangan. Koordinat GPS 2.896356,101.679271

Geng kembar yang join Jom Berkelah 2

Imej
Assalammualaikum, Hari ni aku tak larat sangat nak mengadap pc lelama, badan lemau, kepala berat, hingus berguguran.. huhuhu.. dapat pakej sakit demam batuk selsema aa... Pagi tadi tak bleh nak bangun, wife aku kejut pun aku tak larat nak buka mata.. tapi lepas makan ubat dengan mandi baru segar sikit badan, berpeluh sikit... Harap-harap esok dah sihat... Err...  cerita lari tajuk pula.. sori yer.. Ok dari feedback yang aku terima, mereka-mereka dibawah ni akan join Jom Berkelah dengan Geng Kembar Ke 2 , masih lagi jauh dari sasaran tapi aku berharap ada lagi respon baik selepas hari ni...

Jom Berkelah 2! Perlu bantuan!!

Imej
Salam pagi, Aku nak tanya pendapat kau orang semua laa, sesiapa yang nak join gathering geng kembar ni, sebelum tu nak beritau ni, ramai yang tanya, kalau tiada anak kembar boleh join ke? Ehh.. apa pula tak boleh... boleh jer! Sesiapa pun boleh datang! Jumpa ramai-ramai merapatkan ukhwah. Tujuannya saja nak kenal semasa blogger, nak jadi lagi meriah kita kumpul semua geng-geng kembar nih.. Sebelum ni  dah jumpa, >Alhamdullillah selesai sudah , siap >masuk suratkhabar lagi hehehehe..

Jom Berkelah Kali ke 2!! - Undi Tarikh & Masa!

Imej
Tq Google Hi semua! Nak minta tolong ni.. Boleh tolong pilih tarikh sesuai untuk kita buat gathering Jom Berkelah dengan Geng Kembar kali ke 2 ni tak??

Jom Berkelah Kali ke 2!! - Tempat Berkelah!

Imej
Haaa!! untuk jom berkelah kali ke 2 ni.. aku dah jumpa tempat dia!!! Memang menarik!! Selesa!!! Santai!! Ada air!!! Best woo!!!! Aku bercadang nak buat jom berkelah dengan geng kembar kali 2 ni pada...