Catatan

Tunjukkan catatan dari April 8, 2012

Abah dah tau nak beli kereta apa dah di masa depan nanti!!

Imej
Tengah belek-belek suratkhabar ternampak laa satu iklan nih!!

Ada rezeki nak belilah kereta nih pada masa depan! Bukan apa, Auni Auni Auni makin besar, rambut diorang pun kerinting, sekarang nih tak nampak sangat laa.. kot dah besar nanti jadi macam dalam gambar nih! Hehehe

Nanti nak tidur pun selesa sikit! Kesian tengok diorang tidur macam post Abah sebelum nih!!

Tidur dalam kereta!

Imej
Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung Abah kat Kota Tinggi, Johor. Masa gambar ini diambil on the way balik Putrajaya.

Kami dah berenti rehat kat RnR Jejantas Ayer Keroh. Lepas Abah segarkan mata, sambung jalan balik. Mama mula-mula duduk belakang, pindah duduk depan. Sakit pinggang katanya. Baru nak keluar highway, Mama kata berenti kejap nak betulkan si Abang tidur dah atas lantai dah!! Hehehe Sebelum betulkan tu, Abah suruh Mama snap gambar diorang dulu!! Saja simpan buat kenangan! Pastu boleh letak kat blog!! Hehehe.. Yelah.. nanti diorang dah besar takdelah nak dapat ambil gambar macam nih lagi!


***Nota kaki Abah
Jangan suruh Abah tukar kereta besar tau! Hehehe belum sampai masanya.. Huhuhu.. Lagi pun Mama tak suka kereta besar nih! Space barang takde katanya..

Err.. beli bas lah pasnih!!

Abah!! Nak pusing-pusing!!

Imej
Sebelum Abah pergi kerja, Abah kena bawa AMRAFAHAN pusing-pusing dekat area rumah, tak kisahlah jauh ke dekat, janji naik motor..

Pagi ini Abah bawa diorang pusing depan rumah jer, buat 1 pusingan jer, tak leh nak pusing jauh-jauh. Risau lak nak bawa 4 4 orang pusing jauh.. Nanti dah ada motor panjang baru boleh kot.. hehehe

Nyenyaknya!

Imej
Fresh from oven! Gambar Si Abang tidur atas Si Adik pagi nih!! Susah nak dapat post macam nih! Pagi tadi Abah nampak terus snap!!! Comel jer!! Nanti diorang dah bangun tidur Abah nak tunjuk pada diorang! Hehehe