Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Happy birthday

Happy Birthday Amni! dan Selamat Hari Raya Aidiladha 2021!

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini hari paling istimewa buat #AbahAmrafahan sekeluarga, satu sebab menyambut Hari Raya Aidiladha kat Putrajaya buat kali berapa tah!😅😂, Satu lagi sebab menyambut ulangtahun kelahiran anak bongsu Abah ( setakat hari ini 😁) Amni yang ke 8.  Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin Semoga Allah menerima amalan dari kita dan kamu Buat Amni Musfirah Rifqah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 8 buat anak bongsu Abah, Amni, moga menjadi anak yang solehah dan bermanfaat kepada orang lain! Abah, Mama, Abang, Kakak, Kak Ngah, Kak Cik sayang Amni sangat-sangat! #Amrafahan  #kembar #kembartiga  #aidiladha #happybirthday #Amni  #8tahun 

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang. Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh! Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer! Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna. Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...

Selamat hari lahir kembar 3 Auni Auni Auni!!

Imej
Alhamdulilah hari nih masuk tahun ke 5 kelahiran anak-anak kembar Abah. Masih teringat lagi saat-saat menunggu kelahiran diorang di dewan bedah, berulang alik dari rumah ke wad NICU, menjaga diorang, berjaga malam dn banyak lagi kenangan yang tak mungkin berulang. Melainkan lepas nih dapat kembar lagi! Hehehe Selamat Hari Lahir yang ke 5 buat Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqi bah! Semoga anak-anak Abah menjadi anak yang solehah, membesar menjadi orang yang berguna, beriman, murah rezeki dan diberkati Allah. Abah, Mama, Abang Aqil dan adik Amni, sayang sangat-sangat kat Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik! Rindu sayang buat semua!

Selamat Hari Lahir Amni si Loyot Abah!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, hari ni genap setahun bersamaan 23 Ramadhan 1435 umur Amni aka AMR Junior.  Sekejap jer rasa.. Umur setahun nih Amni dah pandai makan sendiri maksudnya pandai pegang makanan lepas tu suap ke mulut sendiri. Amni dah pandai meniti kat sofa, panjat sofa lagi pandai panjat tangga sampai atas rumah! Abah pun kagum! hehehe dan pandai turun tangga sendiri tapi kena perhatikan dia laa.. merangkak laju jer.. pandai pegang botol sendiri dan masih menyusu dengan mama. Cuma selsema Amni belum baik sepenuhnya. Duduk kat rumah kurang sikit hingusnya tapi bila hantar ke taska, hingus balik. Kasihan Amni, nak buat macam mana kan.. taska tu air con nya centralize. Abah dan mama serta Abang dan kakak-kakak Amni doakan Amni terus sihat hidup terus diberkati Allah dan menjadi anak yang solehah. Abah, Mama, Abang dan Kakak-kakak Amni sayang Amni sangat-sangat!! Selamat Hari Lahir budak loyot Abah nih! Happy birthday sayang! Kalau nak tengok video Amni gumbir...

Selamat Hari Jadi Abang Aqil!

Imej
Alhamdullillah, hari ini genap ulang tahun ke 6, kelahiran anak sulung Abah, Aqil Muhammad Rayyan Bin Huszaini. Masih teringat-ingat jeritan mama yang kuat itu masa nak melahirkan Abang! Hihihi sorry Mama!! Memang tak leh lupa!! Masa tu, Abah dapat teman Mama di bilik bersalin Hospital Putrajaya, mak mertua Abah tunggu kat kerusi luar ruang menunggu kaunter Dewan Bersalin tu. Nak cerita macam mana kuatnya Mama (betapa kuat, sabar, cekal seorang perempuan yang nak melahirkan anak!) rasanya dah ramai yang tahu, cuma Abah nak share kat sini, bila Abang dah pandai baca, Abang tahu betapa besar pengorbanan Mama. Masa tu Mama tengah teran untuk keluarkan Abang dari perut Mama, ialahkan pengalaman pertama Mama bersalin, puas doktor cakap, puan jangan jerit! Tapi teran! Baru baby keluar! Abah yang berdiri sebelah Mama pun dah dup dap dup dap. Tiba-tiba keluar satu jeritan yang amat kuat dan lahirlah Abang. Bila dah keluar tu, doktor suruh Abah tunggu di luar sementara doktor dan jururawat na...

Nak kek princess!

Imej
Alhamdullillah! tercapai cita-cita Mama nak sediakan kek princess kepada puteri-puteri Mama! Semalam lepas solat Isyak, Mama sediakan jamuan untuk kami sekeluarga meraikan secara kecil-kecilan. Kek princess yang ditempah Mama amatlah mengujakan Auni Auni Auni! hehehe! Mana taknya masing-masing sibuk nak colek kek tuh! Bila dah dapat colek, masing-masing berebut nak makan patung princess tu dulu! Lagi-lagi si Kak Ngah (gelaran dah bertukar sejak dapat AMR junior hehehe). Mama! Angah (masih bahasakan diri sebagai Angah) nak makan princess nih! Maka, dicabutnya badan princess tu dan terus menjilat! Kekeke Bila sorang dah buat, yang lain pun ikut jerlah! Hadoih!! Anak-anak! tak kisahlah janji gembira! Si Kak Cik (dulu dikenali sebagai Adik hehehe) makan habis comot baju dia! Mana taknya! Masing-masing sibuk nak makan kek punya krim err icing ke apa tah... ratah yang tu jer! Pastu hiasan tepi kek tu pun kena ratah gak! Keknya makan sikit jer pun! Tu pun sebab kena paksa dengan Abah! heheh...

Happy 4th Birthday Auni Auni Auni!!!

Imej
Selamat Hari Lahir Sayang sayang sayang Abah dan Mama!  Moga menjadi anak-anak yang solehah! Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT Abah dan Mama sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua anak-anak Abah dan Mama Abah sayang anak anak anak anak anak semuanya!!! Gambar AF AH AN bersama-sama sepupunya dan auntienya! Punya laa susah nak cari gambar depa bertiga! Jumpa yang ini paling baru! Gambar masa kat rumah kenduri di Felda Layang-layang Johor hari tu! Gambar dalam kereta on the way balik Johor

Abang dah 5 tahun!!

Imej
Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung! Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe.. Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang. Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Il...

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga. Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :)) Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga. Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :)) Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Terima kasih kawan-kawan!

Alhamdulillah bangun pagi ni, timeline FB Abah dilimpahi ucapan selamat hari lahir kat Abah! Bak kata orang Jawa, make my day! Hehehe Untuk pengetahuan korang, hari ini genap 25 tahun campur sepuluh tahun Abah dilahirkan. Hehehe muda kan?! (Tangan kat bahu!) Malam tadi si Abang dengan Mama nyanyikan lagu happy birthday dua versi bahasa Melayu dan Inggeris. Sangat-sangat terharu sebab diorang di Putrajaya, Abah di MITC Melaka berkursus. Insya Allah hari ni habis kursus boleh sambut dengan AMRAFAHAN. Pagi tadi Mama call wish birthday lagi kat Abah tapi versi manja Hehehe! Suka! Suka! Suka! Terima kasih sekali lagi pada semua kawan-kawan, sedara mara yang ucapkan selamat hari lahir kat Abah! Suka gembira dan terharu sangat!

Happy Birthday Auni Auni Auni!

Imej
Hari ini hari istimewa untuk Abah sekeluarga. Hari ini Birthday AFAHAN yang ketiga. Moga anak anak anak Abah jadi anak yang solehah dan insan berguna pada masyarakat. Tiada sambutan istimewa kerana kami sekarang nih nak balik ke Putrajaya dari rumah nenek di Kota Tinggi. Oklah nanti cerita lagi. Nak gerak dah dari JPO nih! Published with Blogger-droid v2.0.9

Party Makan doyan! Ehh! Birthday party lahh!!

Imej
Hari Ahad lepas kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri Birthday Party anak geng kembar Abah. Acara tu di buat di rumah ibunya di Sungai Lui Batu 23 Hulu Langat. Abang panggil member Abah tu Mem Siti, hehehe kalau dia baca jangan marah aaa... Mem S.H.J! Yang bestnya party Mem Siti nih.. menu utamanya durian!! Kiranya party durian laa!! kekeke.. Sebabnya kat belakang rumah mak dia tu ada kebun durian.. Memang heaven laa bagi pencinta-pencinta durian seperti kawan abah tu nama dia King Shah. Dari mula Abah sampai situ dalam keadaan tengah hujan lebat sampailah balik... Member Abah KS tu tak bangkit-bangkit dari tempat makan durian tu.. Tah hapa motif dia datang party birthday Mem Siti tu.. nak celebrate birthday ke nak makan durian!!! Hahaha KS ko jangan marah aku naaa!!! Tapi party tu memang terbaik laaa.. macam macam makanan ada... siap percuma kolam renang lagi... nasib ler hujan.. kalau tak... herrmmm.... Mau budak-budak yang datang party tu dah terjun kolam.. Abah durian tak m...

Happy Birthday Honey!!

Imej
Birthday's Mama Happy Birthday To You! Happy Birthday To You! Happy Birthday To Sayang! Happy Birthday To You!!