Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kisah benar

Ibu rindu kamu berdua sayang!!

Imej
Abah sangat tersentuh hati dengan kisah ini. Harap perkongsian ini memberi semangat kepada ibu-ibu diluar sana. Kisah benar ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Kelab Kembar Malaysia di dalam group rasmi Dianugerahkan Kembar di FB. Bergenang air mata bila baca! huhuhuhu **************************************************** Ibu rindu kamu berdua sayang! selama ni ayu hanya menjadi silent reader di sini. membaca cerita2 mengenai si kembar...membelek gambar2 si kembar...cukup membuatkan ayu tersenyum dan ketawa sendiri. kadang2 ayu melayan group ni sehingga lewat malam..'like' cerita dan gambar yg si post kan di sini...hanya utk melepaskan rindu ayu pada si kembar ayu. seseorg bertanya..."ayu...join la group dianugerahkan kembar..nnt along approved". dan jawapan ayu..."boleh ke along....kembar ayu dah xd.." lelaki yg ayu kenali sbg along...sekali lagi berkata..."ayu juga dianugerahkan kembar..." ya...ayu juga dianugerahkan ke...

Kisah ketabahan seorang ibu kembar!

Abah terbaca satu kisah salah seorang ibu kembar dalam FB group Dianugerahkan Kembar. Kagum dengan beliau. Abah kongsikan kisah beliau.. Puan  Rusyda Izati Azizi ****************** Kita hanya mampu merancang , tetapi Allah lebih Maha Perancang.. Saya tidak pernah merancang untuk menamatkan zaman muda saya terlalu awal, tetapi disebabkan saya sedar akan kelakuan saya sebenarnya mengundang dosa dan menarik segala keberkatan yang ada dalam hidup saya, saya mengambil jalan untuk berkahwin.. Bukan kerana kami melakukan sesuatu yang keji, tetapi sesungguhnya keluar berdua-duaan itu dah pun menjadi dosa, bercakap dengan nada romantik pun dah menjadi dosa.. Kerana diantara kami tidak ada ikatan yang sah.. Jadi salahkah saya memilih untuk berkahwin di usia awal??? Ada yang mengatakan saya gatal dan gedik, tapi saya buat perkara yang betul.. Lagipun suami saya pada waktu memang patut dah kahwin dengan usianya.. Adik-adiknya ramai yang dah kahwin..  Pasal anak pula.. Di awa...

Cerita Duka dari Gangnam!

Kisah ini Abah baca kat FB SIL Abah, kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini. InsyaAllah.  Jika memberi manfaat kongsi-kongsilah kisah ini. ************************************* via Zati Akhtar: KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,"Tuan, boleh ...