Isnin, 14 Mac 2011

Jom Berkelah 2! Perlu bantuan!!

Salam pagi,

Aku nak tanya pendapat kau orang semua laa, sesiapa yang nak join gathering geng kembar ni, sebelum tu nak beritau ni, ramai yang tanya, kalau tiada anak kembar boleh join ke? Ehh.. apa pula tak boleh... boleh jer! Sesiapa pun boleh datang! Jumpa ramai-ramai merapatkan ukhwah. Tujuannya saja nak kenal semasa blogger, nak jadi lagi meriah kita kumpul semua geng-geng kembar nih.. Sebelum ni  dah jumpa, >Alhamdullillah selesai sudah, siap >masuk suratkhabar lagi hehehehe..


Sebelum ni, makanan secara potluck, dan untuk kali ke 2 ni macam mana pula? Aku bagi cadangan aku laa, kalau ada lagi best silalah beritau yer...

Cadangan aku,
  • Tempah pada caterer (collect duit)
  • Potluck tapi kena ada seorang yang tukang aturkan,
  • Bawa sendiri-sendiri jer..
Hadoiih.. senak perut aku ketawa dengar sinar pagi ni... Tetamu jemputan >Afdlin Shauki, riuh jadinya!! ok ok sambung balik.. hehehe... Aku harap ada laa cadangan atau pendapat mengenai makanan ni. Hari tu aku dah bincang dengan >Ben Ashaari, jika berkesempatan, dia akan panggil team >1tube.my untuk rakamkan aktiviti kita, wartawan Harian Metro pun sudi hadir jika ada program macam ni. Tapi semua ni perancangan, InsyaAllah kalau tiada aral, semuanya berjalan dengan lancar.

Aku rasa untuk kali ni punya perjumpaan, aku perlu bantuan kau orang laa, macam kelam kabut jer kalau buat sorang-sorang nih! Huhuhu.. tak kisah laa bantuan macam mana, janji kita buat sama-sama ye tak?!!

Ok sebelum tu, >tolong undi sebelah kanan tu yer! Bagi yang nak join, tempat berkelah kat >Taman Seri Empangan, Putrajaya.


Harap-harap ramai yang dapat join! :)

10 ulasan:

mamaelly berkata...

dah vote..teringin nak jumpa..tp kita segan la..blogger biasa2 je

Mama Kembar 3 berkata...

mama suka potluck, dpt rasa masakan para bloggers (walau pun mama ni tak masak hehe). menu pun suprise suprise skit. Tp nnt kena ingat masing masing bawak bekas utk tapau makanan gak laa... kot kot banyak lebih cam ari tu

Huszaini berkata...

Mamaelly: ala nak malu apa.. orang juga! hehehe nnt join yer!

MK3: haah ek! kenapa laa tak terpikir! huhuu saya undi potluck! hehehe

mas.saari berkata...

nak join tapi kalau kena tarikh 3/4/11 memang tak boleh join lah..

pot luck lagi best!

::MRSfie:: berkata...

rase macam nak join.. tapi malu.. mrsfie & en.suami masih double.. takde si comel..

Mamaleesya berkata...

beshnyeee...

papakembar3 di tag

http://diarialeesya.blogspot.com/2011/03/contest-anakku-menangis-comel.html

Huszaini berkata...

Mas: join le kalau sempat yer!

Mrsfie: Boleh jer join, amik aura kembar hehehe

mamaleesya: hehe ok tq! InsyaAllah nnt saya join

IbuAmirAmirah ;P berkata...

wahhhh..nak join..nak joinn....

IbuAmirAmirah ;P berkata...

wahhhh..nak join..nak joinn....

Huszaini berkata...

ibu amir amirah: hai! silalah join yer nanti! memeriahkan majlis!!!

exabytes unlimited