Rabu, 16 Mac 2011

Perangai baru anak-anak aku..

Perangai Aqil Muhammad Rayyan si abang,

  • Suka menyanyi lagu Ahli Fiqir - Derita Merindu
  • Suka main plastersin
  • Suka menconteng
  • Suka tengok kartun
  • Kalau cakap, penghujung aya ada perkataan 'ke'
  • Kalau kita dah jawab apa yang dia tanya, dia balas "Ohh yeker"
  • Kalau terlanggar sesuatu, akan cakap "Sori, sori, sori!" tadi masa nak turun kereta, kepala dia terlanggar pintu tapi tak sakit laa, kita tegur dia, abang sakit tak, dia jawab Oh.. sori sori sori sambil jalan kaki masuk rumah.. huhuhu


Perangai baru Auni Faqihah kembar no. 1

  • Suka duduk dekat anak tangga lepas tu goyang-goyangkan kaki dia
  • Kalau tak nak sesuatu benda tu, dia akan angkat tangan kiri sambil menelengkan kepala ke bahu kiri
  • Suka makan, macam abah dia... hehehe
  • Suka menjerit kalau barang dia kena rampas, lagi-lagi dengan haziqah. Jerit nangis beria-ia tapi takde apa-apa pun.. huhuhu
  • Suka panjat sofa, lepas tu berjalan dari sofa ke sofa...
Auni Haziqah pula, kembar no 2,
  • Suka menari, dan goyang badan
  • Badan lembut, boleh goyang bahu ke bontot
  • Kalau mandi, kena air sejuk, dia akan goyangkan bahu dengan lemah gemalai comel jer.. nak terangkan kat sini tak reti.. kena tengok sendiri hehehe
  • Suka rampas barang-barang adik dan kakak dia. Biasanya bergaduh dengan faqihah jer..
Auni Naqibah kembar no 3, perangai dia,
  • Tengah manja, mungkin sebab baru baik demam, suara pun serak-serak jer
  • Rileks, tak kisah kakak-kakak dia bergaduh, dia buat hal sendiri
  • Suka memanjat kerusi meja makan
  • Suka panjat kerusi kat meja komputer abah dia.. 
  • Bakal engineer kot, suka godek-godek barang
Dah besar dah anak-anak aku ni, sekejap jer rasa, teringat masa dia orang kecil-kecil dulu, tak sangka bijak macam ni, huhuhu, perangai anak-anak ni boleh buat kita hangin pada masa yang sama boleh buat kita ketawa..


Pengarang jantung hati abah dan mama!

***Nota kaki abah
Abah nak anak-anak abah berjaya dalam hidup, jadi orang yang beriman, soleh dan solehah, hormat orang tua. Amin InsyaAllah...

11 ulasan:

S.U.F.E.E.N.A.N berkata...

Alahaai tomei2 nih..

Ada tak pic kenit2 ni pakai tudung..kalau ade leh join ni..

saya tag ye..

http://sufeenan4contest.blogspot.com/2011/03/baby-nurkheir-1st-giveaway-si-manja.html

:)tq

yanadaniel berkata...

Abg huzz so cute... Cam perangai anak yana gak.. huhu5.. mulut mmg laser tak tahan... Tp kalau merajok boleh buat org lain gelak tergolek2... :)

Citarasa Rinduan berkata...

geram sangat2

suka dengan perangai si kembar yang no 2..auni haziqah..
sure dah besor dia ada bakat menari...

Diari-Selebriti-Mama berkata...

aduhai..semuanya comel-comel belaka..

Chieda Hafiz berkata...

ohh sori sori sori... hihihihihi kelakar!

Mama Kembar 3 berkata...

semua perangai pun cute! bab auni no 3 tu suka buat hal sendiri sama ngan my fauzi kembar no 3 gak... mmg yg last ni camtu kot kan

Huszaini berkata...

Sufeenan: InsyaAllah. nak kena selongkar dulu nih. hehehe

yana: hehehe tq! memang aa budak2 skg makin bijak!

ayu: hehehe... agaknya laa.. memang kelakar tengok dia bila buat badan macam tu

DSM: hehehe tq!

Chieda: si abang ni ikut perangai sapa laa agaknya.. huhuhu

MK3: oo sama ekk.. ermm agaknya kan.. malas nak layan abang or kakak diorang agaknya.. hehehehe

Anak Ulu Cheka berkata...

anak deme kembar 3

tahniah deme anak3 comel

kome ade 4 org anak x kembar hehehe
tapi fening wehhhh...

tak pe la itu tanggungjawab kita yg di amanahkan oleh Allah

Makbed berkata...

terubat emosi aku baca entri ni. hahahah.. hari ni makbed mood tarak la. emosi ibu ngandung kot. eh, boh le video. baru leh feel tgk auni haziqah tu.

Huszaini berkata...

AUC: tq! biasalah layan keletah anak2 hehehe

Makbed: wahh! tahniah yer! kembar kot!! nnt kalau dapat saya boh!

Noriz berkata...

god bless u with such wonderful life... alhamdulillah...

exabytes unlimited