AMRAFAHAN di kenduri!

Hari tu aku ada buat entri pasal nak pergi kenduri, lepas balik kenduri tu ingat nak update laa.. tapi terlupa pula!
Kenduri member aku tu kat Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Pengantin perempuannya orang Sarawak, jauh tu!!

Sampai sana, hehehe macam biasa laa.. akan jadi perhatian.. bukan kami minta yer.. huhuhu. Kenduri member aku nih meriah giler! Ramai betul orang! Nak cari tempat duduk pun susah! Punya laa ramai orang.. dah lah bawa stroller kembar tu, tak pasal-pasal orang yang duduk kat laluan kena ke tepi... huhuhu... nak buat macam mana, stroller tu lebar.. kalau dulu beli yang kembar 3 punya tu mau lagi seksa.. yang 2 ni pun, nak masuk dah payah, ngam-ngam jer.. Kalau masuk lift tu ngam-ngam pintu lift jer.. huhuhu..

Sepanjang nak mencari tempat duduk tu, semua mata tetamu ke arah Auni Auni Auni... hehehe.. mama dengan abah dia orang sengih jerlah.. Sampai lalu sambil jawab soalan.. Sian pengantin, fokus ke arah kembar pula! huhuhuhu...

Bila dapat tempat duduk tu, ada tetamu nak ambil gambar, hehehe.. kami memang dah biasa dan bersedia, bagi jerlah hehehe... Tapi tu lah.. bila dah duduk kat meja makan tu, kami terpaksa ambil space yang luas aa dari orang.. heheheh.. Lepas tu Auni Auni Auni ni pun buat laa hal masing-masing, mula-mula tu diam jerlah.. lepas tu, dah bosan agaknya mula laa menjerit bagai...

Nak bagi dia orang diam, mama suapkan dengan kek, tapi kejap jer diam, sudahnya bila bagi sudu dengan cawan polistrin diam pula dia orang.. mula-mula bagi kat sorang jer.. lepas tu berebut laa apa lagi.. dah abah kena pergi ambil sudu dengan cawan lagi nak bagi seorang satu. Lepas tu baru diam.. hehehe.. barulah mama dan abah senang hati nak makan. Si Aqil dah makan dulu dah.. tapi sikit jer, lepas tu sibuk nak main jer.. Bagi cendol terus diam, mengadap cendol jer..

Lepas makan semua, kami bergambar dengan pengantin, hehehe... ramai yang datang ambil gambar Auni Auni Auni hehehe.. maaf yer pengantin... huhuhuh...

Apa-apa pun macam tu lah lebih kurang kami pergi majlis mana-mana, seronok pun ada! Lepas tu kena jawab soalan-soalan wajib hehehe... Jadi bersedia jer...

Meh tengok gambar dia orang main sudu!















Nanti jangan lupa undi kat sebelah kanan atas tu yer!!



**Nota kaki abah
Entri ni ditaip dalam keadaan menahan sakit... walaupun sakit tetap nak update! huhuhu...

Ulasan

yanadaniel berkata…
comel laa tgk gelagat mereka bertiga... umo berapa nie??
zahirian berkata…
kak...azam baru saye nak rajin2 singgah blog nih untuk amek berkat anak kembar!! wiiii
p@kcikLie berkata…
Salam singgah blog family bahagia n ceria ni...teringat kat anak2 arwah..kecik2 lagi....apa pon yg hidup teruskan dengan semangat baru...

__________________________________

Terima Kasih atas doa/al-fatihah yg telah dititipkan dan keperihatinan anda kpd arwah adik saya semoga mendapat rahmat Allah SWT.
Mama Kembar 3 berkata…
cute je diorang. nasib baik still nak duduk dlm stroller tu. nanti dah besar lagi tanak dah tu, time tu baru haru biru yang sebenar benarnya heheheh

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!