Sabar jer lah...

Pagi tadi aku pergi klinik ambil darah. Ditemani wife aku. Lepas register kena tunggu kat kaunter triage pula. Badan rasa lemau jer... mengantuk... sengal-sengal kat pinggang... Lepas no. giliran aku dipanggil aku pergi laa kat triage tu. Tunjuk kad temujanji tu dengan borang untuk buat ultra sound. Nurse tu cakap dengan aku, darah ambil kat lab, ultra sound buat temujanji dengan hospital. Err.. bukan klinik yang buatkan ke? aku tanya dia..
Eh.. taklah.. Encik terus jer pergi kaunter pendaftaran hospital nanti dia orang buatkan. kata nurse tu. OO.. ok.. aku pun iyakanlah.. mana pergi aku buat.. tapi setahu aku kalau kes macam ni, klinik yang akan buat temujanji dengan hospital untuk pesakit dia.

Aku malas cerita banyak,  dahlah tengah sakit, nak dok situ lama-lama.. aku takleh dok lama-lama rasa sengal pinggang.. Aku dengan wife pun pergi ke lab untuk diambil darah. Lepas nama aku dipanggil, aku masuk bilik untuk ambil darah. Nurse kat situ cakap lepas ambil darah boleh balik. Result dalam 3 4 hari. Oklah.. aku pun dengan wife pergi hospital pula nak setel kan hal ultra sound ni..

Sampai hospital putrajaya masalah parking pula! Nasib laa dapat cilok, dapatlah parking. Lepas parking aku berjalan ke kaunter pendaftaran dengan wife. Lepas daftar semua, aku kena pergi ke unit x-ray.

Oklah jalan lagi, pinggang aku masih sengal-sengal. Takpe tahan je.. Sampai kaunter x-ray bagi borang. Petugas kat kaunter tu panggil nama aku, terjadilah perbualan ni lebih kurang aa..

x: En belum buat apoinmen lagi yer?
a: Haah.
x: Encik kena buat apoinment dulu baru boleh buat. Lagi satu sepatutnya borang ni klinik yang hantar bukan pesakit. Sebab klinik akan kumpul dan hantar sekali. Nanti kita bagi tarikh apoinment.
a: Ooo.. macam tu ke, tadi saya tanya kat triage klinik dia kata saya kena pergi sendiri, saya dah cakap dengan dia sepatutnya bukan klinik yang buatkan ke.. Tapi dia tetap suruh saya pergi sendiri.
x: Sepatutnya klinik yang buat encik. Tapi takpelah encik dah datang, kita beri tarikhlah tapi hari ni tak boleh buat laa ambil tarikh jer. Lepas tu kena beritau klinik balik pasal tarikh ni.. Encik boleh telefon jer klinik. Ok tarikh encik 25/5/2011.
a: Mak aihh.. lamanya, penuh ker? kalau sakit teruk sempat mati saya nih..
x: Memang macam tu tarikh tu jer yang free..
a: Ok terima kasih yer..

Mak aih.. lama gila.. baik tak payah buat.. sempat laa kalau nak jadi apa-apa. Hermm.. tak paham aku.. sabar jerlah, dah guna hospital kerajaan, nak guna swasta tak mampu pula.. huhuhu...

Ermm.. sebenarnya sama jer kalau aku pergi dengan klinik hantar borang untuk apointment tu, tarikh macam tu juga..

Jadi aku dengan wife pun pergi klinik balik nak beritau pasal dah dapat tarikh apointment dengan unit x-ray. Patah balik.. ulang alik aku ke hospital dan klinik.. takpe takpe.. nak sihat kena macam tu.. aku sabarkan hati..

Sampai klinik, petugas kat kaunter, dia telefon doktor tanya macam mana. Doktor kata lepas result darah keluar, nanti aku jumpa dia, minggu depan laa tu. Nanti nak bincang balik dengan doktor tak boleh cepatkan ke buat ultra sound tu.. risau gak, kang rosak buah pinggang aku ni.. huhuhu.. minta dijauhkanlah semua tu.. sian anak-anak dan wife aku..

Balik rumah, mak mertua aku dah nak balik kampung dah, salam dengan dia, lepas tu dia balik, aku pun dah tak larat sangat makan sikit lepas tu terus tidur..

Sedar-sedar dah pukul 3.30 petang.. ahh.. terus teringat blog tak ber update.. huhuhu.. terus taip cerita ni.. punya laa penangan blog nih..

Besok nak kena kerja dah.. harap-harap aku tak sakit teruk.. nanti nakduduk pun tak boleh.. Amin..


gambar dari google. Saling berkaitan buah pinggang dan pundi kencing.. sakit woo...
Cerita sebelumnya:

Ulasan

Yaati Nor berkata…
confirm ke batu karang?kesimpulan disini, saya boleh kata amik la insurans walaupun keje kerajaan..kesian awk..ni ada 1 blg insurans..kwn saya..
http://prudentialforlife.blogspot.com/
ZamMY berkata…
zaini, nk share skit experience aku ngan spital gomen vs. sakit-yg-luaran-xnmpk-tenat-tp-merbahaya-benonya. awal dis 2010, mata kiri husband aku disahkan megalami 'retinal detachment' (retina lekang dr dinding mata). ms ni buat test kt klinik specialist. doctor kata kena wat operation segera sbb klu lama2 dibiarkan bleh sbbkn buta. 'lama2' tu brp lm, doktor pn xleh nk jangka.. so awal jan 2011 aku ajak husband aku check lg skali, kt specialist lain lak.. same result, kali ni mata kanan pon terlibat sama tp minor je, kena wat laser je (kos xsmpi 1k sbelah mata).. kena operate a.s.a.p dgn kos rm8k sbelah mata.. mak aihh! so, aku ngan husband pon bincang nk try kt gov lak (sbb kitorg xde medical card/insurance yg cover operation. mhl tu!).. survey2, tny2, kitorg pegi h.putrajaya, xde specialist yg leh wat operation ni katanya.. yg ada kt hkl@h.selayang je.. b4 g hkl@h.selayang kitorg pegi ppum dulu, bleh buat tp waiting list yg nk bt operatn ni pnjng gile, doktor kata husband aku xleh tunggu (kena byr dlm 2k sbelah mata).. pegi plk h.selayang. alhamdulillah ade doktor specialist yg leh wat, tu pun dialh satu2nya doktor yg leh bt operation tu. bl bt appointment, bleh lak kaunter tu bg date sebulan lps tu.. kitorg dh cuak.. last2 aku guna kaunter FPP (full payment patient).. tp yg sedihnya ms ni, bl doktor tu check, mata kanan husband aku pon dh sama cam mata kiri, so dua2 kena operate.. bygkn kalo kitorg tgu tarikh appointment yg hosp bg, ape la jd ngan mata husband aku. moral of the story, xyah la tgu tarikh appointment yg hosp bg.. ko cuba la cara lain.. guna FPP tu ke. kena byr la gak skit, tp leh potong queue org laen.. aritu kitorg kena byr 3k sbelah mata. so total 6k++.. xpelah kuar duit skit.. yg penting treatment jgn dilambat2kan.. alhamdulillah husband aku pun bleh kata dh fully recovered last week.. ok, sekadar share (terpnjg la plak.. hehehe) - mas idayu
Unknown berkata…
papa kembar--
subhanallah..penyakit papa kembar like en zalie..
bab pegalaman apoinment tu mmg macam tu...
3-4 bulan baru dapat giliran...

insyallah..jika papa kembar ambil suplemen tambahan...masalah nie pasti boleh diatasi...
try produk ELKEN..mmg mahal..tapi alhamdullilah..en zalie semakin sembuh

ini pengalaman sebenar en zalie..
Tanpa Nama berkata…
Yana doakan Abg huzz cepat sembuh... Amin.. Tp JGN tunggu sampai date 2 takut2 nnt terlambat bahaya...
Mama Kembar Tiga berkata…
Tensen pegi hosp gomen sbb tu laa, terpaksa tunggu lama sgt, padahal kita seboleh bolehnya nak prevent it from getting worst kan.

Agree with Yaati Nor, elok laa ada insurans at least leh gak pi hosp swasta. Errr Mama pun tak dak personal insurans yg cover hal medical. Tapi Alhamdulillah stakat ni semua tempat keja Mama ada group insurance, my hubby pun sama. Memang salah satu kriteria yg dicari masa apply keja.
Mama Kembar Tiga berkata…
by the way, Mama doakan u cepat sembuh. Take good care of yourself.
Yati: ok tq nnt saya tengok

Mas: InsyaAllah, nak tengok result darah macam mana dulu

ayu: Oh.. InsyaAllah nnt saya cari

yana: tq! InsyaAllah

mk3: tq Mama, InsyaAllah
Blog Percubaan 2021 berkata…
saya syorkan lepas ni banyakkan minum air suam.. Kalau ada rezeki lebih sedikit beli penapis air alken.. Walaupun mahal tapi berbaloi untuk kesihatan kita.. ;)

Walaupun kita dah berusaha pelbagai cara untuk memastikan diri sentiasa sihat, kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T..

Kerana setiap musibah yang datang kepada kita adalah dugaan daripadanya..

Insya Allah, sekiranya doa kita diperkenankan olehnya.. Segala-galanya akan jadi baik.. ;)
Haah.. sekarang memang minum air suam banyak2... tq yer!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!