Risiko ada anak kembar!


As salam, selamat petang!

Sementara aku menunggu untuk menge'check' doktor, aku nak share sikit risiko risiko bila ada anak kembar nih.. Bukan senang tau ada anak kembar nih... Awal awal mengandung doktor dah beritau kemungkinan kemungkinan yang boleh terjadi semasa pembesaran kembar dalam kandungan, sebabnya kebanyakkan kembar lahir tidak cukup bulan belum cukup matang nak hadapi dunia luar nih, sebab tu bayi bayi yang lahir pra matang akan ditempatkan di dalam Nicu. Bergantung kepada berat badan bayi dan kebolehan bayi itu tempoh duduk di nicu mungkin sekejap mungkin lama, bagi kes kami, AFAHAN duduk dalam Nicu lebih kurang 46 hari.. Jadi aku hari hari ulang alik tengok diorang kat Nicu dan sehari 2 3 kali datang hantar susu... Ok cerita lanjut boleh baca dalam post aku sebelum nih.. Nak link sini pun susah sebab guna tipon huhuhuhu... Taip jer kat kotak search sebelah kanan tu nanti jumpa laa guna keyword NICU.

Ok kat sini aku senaraikan sikit risiko risiko bila korang dapat anak kembar pra matang.

1. Anak mudah dapat jangkitan virus, samada dari ibu bapa diorang atau orang disekeliling mereka.

2. Mungkin ada masalah jantung, mata, telinga, mulut, hati dan organ dalaman yang lain

3. Kereta korang bau susu basi yang tumpah akibat dari keaktifan anak kembar korang.

4. Mencuci berak dan kencing dorang bukan seorang tapi mungkin dua atau tiga orang pada masa yang sama

5. Kena dukung diorang serentak sekali dua atau tiga atau empat anak kembar korang..

6. Pemanduan kereta akan terganggu kerana setiap sorang anak tu ada peranan masing masing didalam kereta tu, sorang main gear, sorang main radio, sorang main wiper pas tu main laci dashboard... Kalau ada adik beradik lain, lagi jahanam kete korang... Huhuhuhu...

7. Korang kerap BERTUKAR menjadi reffree atau resakse gorgon bila anak kembar nih bergaduh..

8. Mengalami penyusutan berat badan macam ehemm ehemm... Kekekeke

9. Tak boleh dating tengok wayang berdua laki bini sebab nak jaga anak anak kat rumah..  Bila anak dah besar sikit baru boleh tengok wayang tapi kena hangkut semua... Kalau korang tinggalkan anak korang kat pengasuh ke mak ayah korang semasa korang bergumbira memang kejam laa.. Huhuhu... Sian anak anak tu.. Perlukan kasih sayang korang tapi korang tinggalkan jer dorang tu dengan orang lain... Baper jam sangat jer masa korang dengan anak anak? Siang kerja... Malam bergumbira laki bini tanpa anak anak... Sian anak anak tu... ( ini adalah statement jeles sebab tak boleh buat macam korang... Huhuhu)

10. Mungkin korang (bagi lelaki) kena buat sendiri macam masa bujang dulu seperti gosok baju, mandi sendiri, masak sendiri, basuh baju sendiri sebab isteri korang sibuk uruskan anak anak dan korang taknak tulun dia langsung.. Tak boleh macam tu, kena laa tolong walaupun kena bebel.. Hihihihi

11. Mungkin laki korang tak menjadi seromantik seperti setan ehh seth tan atau mula mula bercinta dulu sebab dia sibuk update blog.. Ehhh... Mencari rezeki laaa... Hehehe... Ataupun dia sibuk main dengan anak anak yang comel itu nanti!


Ermmm.... Rasanya setakat nih dulu kot risiko risiko yang bakal korang hadapi... Kalau ada lagi nanti aku share lagi yer...

Haiiiii... Aku dah taip panjang2 nih nombor aku tak dipanggil2 lagi... Sabor jerlah bila nak buat medical checkup nih... Huhuhuhu



Location : Jalan P9e, Presint 9, 62250 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya,
Posted via Blogaway

Ulasan

hanyzaini berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rai berkata…
terangguk2 setuju...

hehehe..walau pun anak kami bukan kembar tapi kami tak sampai ati nak tinggal diorg utk berdating.. sayu woo..
Mama Kembar 3 berkata…
harap maklum - no 8 tu not applicable to all yer. aii ni tak susut susut pun, makin membesar dengan sehat ada laa... hati senang tengok anak anak anak ramai hehehe ;-)
the triplets berkata…
mmmm, nombor 8 tak. semakin besar InsyaAllah semakin sihat...berat tak susut. sistem imun pun makin baik. Alhamdulillah.
aEn+aReaL=Ryan berkata…
huhu..cabaran besar gak tu..huhu
mashi berkata…
tambah lagi satu point : time makan xleh nak makan dengan tenang...anak2 kacau...jaga sana, sini dah cepuk pinggan nasi kita..hehe (pengalaman cepuk pinggan nasi mak masa kecik2 dulu..hehe)
CutieLiesa berkata…
argggggggggghhhhhhhh...sangat comel!!!! serius comel......GEramnya....NYway jaga 1 pun penat kan...lg lah kembar 3...so u adalah golongan ibu2 yang kuat k!!! tahniah!!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!