Aqil yang rajin tolong abah!

Hari ini macam biasa, selepas hantar mama pergi kerja, aku hantar anak-anak aku pergi taska. Aku hantar dekat Taska KBS, Putrajaya.

Hari ini saje nak cerita pasal si Abang Aqil.. yelah kan blog ini pun dia punya nama juga!

Sampai aje kat parking taska tu, aku dengan aqil turun kereta. Sementara aku keluarkan stroller dari bonet kereta si abang main pusing-pusing pokok.. sambil pusing dia cakap.. pusingg!! pusinggg!! hehehe lawak lah anak aku ni.. Lepas semua siap aku pun ajak si abang bergambar dulu dengan adik dia.. hehehe saja seronok-seronok! Nak suruh abang buat peace sign sebab dia baru dapat buat setelah sekian lama mencuba... adalah dekat 3 bulan baru nak jadi peace sign dia tu! hahaha... sekarang kalau suruh bergambar semua nak buat peace! Mama dia lah yang mengajar ni! hehehe... Takpe peace tu tanda keamanan kan!

Lepas ambil gambar dengan adik-adik dia, aku minta si abang tolong tolak stroller adik dia... ermm... pandai dia tolak tapi jenuh lah! Dah lah pendek tak nampak depan.. tapi main tolak je! Pastu bila langgar dinding dia marah tayar stroller tu! hadoi yaii!! Gelak aku tengok kerenah dia! Aku ada rakam video semasa abang tolak stroller naik ram.. tapi tetiba telefon buat hal! Jadi, aku dapat rakam separuh je selepas naik ram nak sampai taska...

Video tu nanti aku upload kat sini... Kita layan gambar dulu!


Peace: Dari kiri: AF, AH, AN sebab abah yang susun abah ingat la!
 
Bangun pagi, mandi, tidur dalam kereta, sekarang muka bangun tidur!

Diorang ni semua manja dengan Abah dan Mama!

Tolak lagi!!! Yeahh!!

Langgar dinding, tayar yang kena marah! Hahaha
Akhirnya sampai juga kat atas!

Ulasan

CAK berkata…
comey nya aqil. aku rs dia ni nnt besar akan rasa tanggungjawab extra sbb dia ade adik 3 sekaligus at one time.
lalailusi berkata…
aloaloalo..aqil..comel lah..kecik2 dah tolong abah..
dan abah,nasek baek kali ini ingat mane satu kembar yer..;P
dya adriza berkata…
bagusnya abang aqil nih. besar nanti mesti jadi abang yang baik, pandai jaga adik, hehe bestnya..
Daisy berkata…
AN nampak lagi besar dari kembarnya la..ke perasaan aku je?
ADEEYA berkata…
alololo comey je aqil :D
Nurina Izzati berkata…
wah, comey empat2 budak ni..
=)
Shaofie berkata…
bagus aqil. comel je. heheh.
Tanpa Nama berkata…
aqil mesti jadi abang yang sangat bertanggungjawab nanti.tengoklah sekarang pon dah patut dan taat.semoga jadi anak yang soleh aqil.aminnnn :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!