Kaki Kakak luka terbelah!

Sekarang ini Abah dekat Hospital Kota Tinggi kat unit kecemasan. Bawa Kakak aka AF sebab luka terbelah macam separuh duit syiling 10 sen.

Kejadian ini terjadi tadi sebelum nak keluar rumah pergi makan. Sebelum keluar tu Abah bagi makan arnab dulu. Lepas tu ajak kakak. Tiba-tiba dia datang kat Abah dia cakap sakit kaki. Bila tengok kaki dia dah keluar darah banyak, cepat-cepat Abah basuh dan tekan tempat luka tu tak bagi darah keluar lagi. Masa basuh tu darah menjijis-jijis keluar! Kakak dah nangis-nangis... "Darah! Darah!" Cakap Kakak. Abah cepat-cepat suruh anak buah Abah ambil 1st aid kits dalam kereta. Haii... Nasib laa Abah memang standby 1 set kat bonnet kereta. Abah cepat-cepat letak ubat kuning pada kain jarang-jarang tu.. ala yang orang buat balut luka tuh! Apa nama dia.. goose ke hapa tah.. macam bunyi angsa jer.. huhuhu.. Lepas bubuh ubat terus balut ketat-ketat tak bagi darah keluar. Cancel terus nak pergi makan.. Ehh... Nama Kakak dah dipanggil! Nanti sambung...

Ok sambung balik. Abah minta anak buah Abah hantar Kami ke hospital. Alhamdullillah Kakak dah berhenti menangis. Sampai hospital terus register kat unit kecemasan. Bila dipanggil tadi, Kakak tak menangis lagi, tapi bila nampak katil putih disuruh baring, terus menangis beria-ia... Abah pujuk Kakak tak bagi dia nangis.. Sampai laa MA tu buka balutan luka yang Abah buat tu baru dia diam. Pujuk lagi.. "Kakak strong!" "Kakak strong!" Dia dia.. dia ikut Abah cakap.. Kakak strong! Hehehe lepas MA letak ubat dan gam, Abah suruh dia cakap terima kasih doktor! Kakak cakap 2 3 kali, MA tu senyum jer.. MA tu cakap belum siap lagi, hehehe. Lepas siap tampal yang baru, Kakak ucap lagi terima kasih kat MA tu, hehehe comel jer!

Masa abah ambil gambar Kakak dia masih boleh buat peace lagi! Abah doakan kaki Kakak cepat sembuh InsyaAllah. Update: 12.17am 4 Jun 2012 Kakak terpijak kaca. Balik dari hospital Abah baju jumpa benda tajam yang bagi kaki Kakak luka.

Ulasan

MUMMYIZZ berkata…
siannya kat si kakak,hari tu jumpa uols sefamili kat carefour alamanda..segan nak menegur..
semoga kakak cepat sembuh yer
Rai berkata…
kakak strong! hehehe..comel.. kesian kakak..semoga cepat sembuh ok..
Sally Yatiey berkata…
Kesiannya. Mesti sakit sangat tu. Semoga kakak cepat sembuh :)
cdah berkata…
get well soon kakak..u're strong...
UmmiAbi berkata…
Kakak memang strong!! & comel..;)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!