Selasa, 18 Januari 2011

Caruman KWSP naik! Takde kesan pun kat aku!

Caruman KWSP naik balik ke 11% dari 8%.

Berita bagus untuk orang yang ada potongan KWSP.. simpanan hari tua anda..

Tapi untuk orang yang macam aku ni? Kerja kontrak dengan kerajaan tapi takde potongan KWSP... ermm tak bermakna berita nih kat aku..


Tapi nak buat macam mana, dalam perjanjian macam tu.. kang kalau tak setuju tak boleh sambung kontrak pulak.. Ramai laa kata apesal kau tak cari kerja lain... buat apa kau stay lagi kat situ? Ermm... aku ada sebab tersendiri.. tak perlulah aku cerita... tapi kalau aku tak disambung kontrak pun aku redha.. InsyaAllah ada rezeki ditempat lain.. Dunia ni luas.. sebab Allah Maha Pemberi Rezeki..


Bukan apa.. bila lagi nak buat simpanan untuk hari tua kita hasil dari sumbangan majikan... siapa nak bagi 400 500 masuk terus ke akaun KWSP kita kalau bukan majikan kita... Bagi yang kerja sendiri tu lain lah kan.. boleh simpan sendiri..


Kau orang boleh cakap macam-macam.. setiap orang ada jalan hidup dia sendiri... kan?!


Aku dengan cara aku...



Sekian terima kasih...

6 ulasan:

Izan Ishak berkata...

betul tu...jgn risau sbb Allah yang memberi rezki.

Kalu bukan skrg rezki tu dtg pada kita...pasti akan dtg ada rezki lebih besar dan lebih baik utk kita~

Mama Kembar 3 berkata...

Mungkin kita tak kaya harta wang ringgit, tapi kita kaya anak anak, kan, kan, kan? :-)

Huszaini berkata...

II: InsyaAllah amin...

MK3: hehehe haah! setuju sangat?! bila nak tambah lagi nih?!! nak lawan aa.. kekeke

Hidayati berkata...

Aik iye ke? Bukankah ader satu lagi skim caruman KWSP yang membolehkan surirumah, individu yang bekerja tidak tetap atau kontrak mencarum semampunya dan pada masa yang fleksibel.

Hidayati berkata...

Eh macam ader kesalahan maklumat aku yang tadi tu tau. Sorry. Kalau nak tau lebih lanjut ni linknye. Bukan paksaan.., sekadar berkongsi. Tapi kalau betul2 dah tak boleh.., apa boleh buat kan. Ni linknye:-

http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_guide&ac=448&tpt=32enenenenenenenenenenen

Huszaini berkata...

Tq yer yati!

exabytes unlimited