Giliran aku pula ke?

Semalam petang aku sakit pinggang sebelah kiri. Sakitnya kejap datang kejap tak. Hati aku rasa lain macam. Datang balik ke  sakit aku ni? Dah lama tak kena ni.. Aku sedapkan hati, bukan ni, mungkin angin ni.. salah makan... Teringat malam sebelum tu aku ada makan lala.

Jarang aku makan lala sebanyak itu, risau sakit aku datang kembali. Tapi malam tu aku bedal juga! Tak tahan! Sudahnya aku terima padah, aku rasa tak selesa, Semasa tunggu jenazah aku aku semalam baru aku teringat aku tak boleh duduk diam lama-lama, kena bersimpuh nak bagi selesa, aku kerap kencing, tapi tak lawas..



Aku beranggapan penyakit lama aku datang balik. Aku pernah sakit batu karang, di tahap di hospital dan di rawat bagi buang batu karang tu, sekitar tahun 2004 ke 2005. Lama dah.. aku pun tak ingat sangat.

Pagi tadi sakit aku berpindah ke pundi kencing, sah! sakit aku datang balik. Lepas tu aku pegi klinik, jumpa doktor dan buat ujian air kencing dan x-ray. Doktor kata tanda-tanda aku sakit memang seperti ada batu karang, dan di x-ray aku seperti kelihatan ada batu karang yang kecil besarnya lebih kurang 0.2 0.3 mm kata doktor. mm ke cm ke aku tak ingat tapi lebih kurang tu la..

Doktor bagi aku MC dan ubat. Dia suruh aku rehat di rumah. Esok dia suruh datang lagi klinik untuk buat ultra sound. Tapi di hospital. pergi klinik untuk ambil apointment.


harap-harap tiada apa yang kritikal...

Mungkin ini giliran aku menerima ujian dari Nya...

Doakan aku ye kawan-kawan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!