BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Wah!!! Segmen baru Ben ni, asyik orang muda belum kahwin jer join.. ni haa.. abah orang nak join jugak!! hehehe

Sebelum tu, silalah undi kat sebelah kanan ni yer.. lagi beberapa jam jer pun tinggal sebelum undi tamat.. :)



Soalan dari Ben,

Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
Pernah! Banyak kali! Mula-mula fizikal lepas tu tengok keperibadian dia..

Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Hanya 70% laa.. lain tu keperibadian dia.. Sebab fizikal tu sementara kekalnya, keperibadian tu kekal sampai bila-bila...

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Sebab aku dah ada wife, aku tertarik kat raut wajah dia. Sebab dahi dia comel! hehehe

Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Ohh! Saya setuju sesangat! Lihatlah buktinya!! (akulah buktinya nih..) huhuhu...

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Err.. aku tak kaki perempuan pun!!? huhuhu... Err... wife aku tak materialistik pun!!? hehehe

Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Perempuan idaman saya adalah isteri saya sekarang. Dah melengkapi hidup aku dah! Alhamdullillah...

Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?

Puas sangat!! hehehehe... (ketawa nakal! hehehe)

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?

Puas! walaupun 1 pac!! huhuhu.. berazam nak jadi 6 pac lak!! entah bila!! huhuhu

Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?

Perlu laa.. untuk suami kan!! Suami pun perlu untuk isteri kan! Tapi aku selalu terbabas... huhuhu...
Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..

Entah tak tau.. tak pernah cuba... Tak nak cuba pun.. cukuplah dengan berkebun ke bersenam ker..


Sekian sahaja untuk kali ni! Terima kasih!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Abg Hus camner nak jg badan kalau akak masak best abg dok tambah nasi jer :)... Jaga body utk kesihatan :)... Bagus btl idea abg ben :)
Ummi berkata…
kak..meh letak gambar kembar 3 ni masuk kontes!!
http://syikin-awalktoremember.blogspot.com/2011/03/contest-photo-anakku-ceria.html
Mama Kembar Tiga berkata…
Salam. You've been tagged : http://mamakembar3.blogspot.com/2011/03/giveaway-nisachoc-zulfoto.html
Yana: haah sebab tu aku gemuk skg! huhu

ummi & mk3: waa.. banyaknya assgmt saya! huhuhu... InsyaAllah saya buat yer!

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!