Jumpa geng kembar 3 berblog lagi!!!

Hai lah... dah tua agaknya Abah nih... terlepas pandang ada satu blog Ummi Kembar 3, baru jumpa tadi.. Ummi Kembar 3 nih ada kembar 3 tak seiras, jadi senanglah nak bezakan! Kalau macam Auni Auni Auni nih... hari-hari Abah salah panggil! Hari-hari kena gelak dengan Mama.. cuma Abah tak cerita dalam blog jer! huhuhu.. kantoi laa kalau cerita hari-hari Abah salah panggil diorang kan!! ehhhh haa.. kan dah tercerita pulak!! hahaha!!!! Ok.. Nama kembar 3 nih Leia (Kakak), Raid (Abang) dan Dhia (Adik). Yang bestnya blog Ummi ni bahasa omputih! jenuh Abah nak paham! hahaha... (paham laa.. tapi buka kamus laa.. hahaha) EEerr... maklumlah.. dulu Abah sekolah kat england depa tak ajaq bahasa omputih nih! hehehe Meh tengok muka diorang yang Abah cilok dari blog Ummi diorang.. jangan marah aaa Ummi!!

Ohh yer! Umur diorang dah 10 bulan pun!!!



Kalau nak baca blog Ummi Triplets nih boleh klik sini . Nama blog Ummi Triplets nih lain dari lain tau!! Nama blog dia ialah Tiga puloh jari tangan dan tiga puloh jari kaki!! Hehehe.. unik kan! kan!! kan!!!! atau cakap omputihnya.. thirtyfingers-thirtytoes hehehehe

Abah dapat trace blog Ummi Triplet dari dari komen blog Mama Kembar 3!!!





**Nota Kaki Abah..

Bila masa laa Abah belajar kat England tah.. huhuhu... mudah-mudahan satu hari nanti dapat ke sana!! Amin..

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
laa baru jumpa eh? konpem abah dah senior citizen haha (jgnmarahhh). kalau tak silap ummi triplets tu ada join fb geng kembar gak.

btw, both ummi & daddy triplets tu kawan mama & ayah since zaman uni lagi.

lg satu, blog diorang tu spesel sbb co-authored - kalau kat bawah entry tulis posted by the evil genius means daddynya yg tulis, if posted by ummi of triplets means umminya lah yg tulis. bestkan? sama sama share berblog :-)
Sue berkata…
seronok baca blog org yg ade anak kembar... teringin nk kembar jugak. tapi ops cukup la dulu..heheheh
ummi of triplets berkata…
baru perasan entry ni. terima kasih sbb tulis pasal kami :)

walalaupun kembar tak seiras tp selalu juga tersasul sebut nama the girls sbb nak sama Leia and Dhia

Salam perkenalan :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!