Party Makan doyan! Ehh! Birthday party lahh!!

Hari Ahad lepas kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri Birthday Party anak geng kembar Abah. Acara tu di buat di rumah ibunya di Sungai Lui Batu 23 Hulu Langat. Abang panggil member Abah tu Mem Siti, hehehe kalau dia baca jangan marah aaa... Mem S.H.J!

Yang bestnya party Mem Siti nih.. menu utamanya durian!! Kiranya party durian laa!! kekeke.. Sebabnya kat belakang rumah mak dia tu ada kebun durian.. Memang heaven laa bagi pencinta-pencinta durian seperti kawan abah tu nama dia King Shah. Dari mula Abah sampai situ dalam keadaan tengah hujan lebat sampailah balik... Member Abah KS tu tak bangkit-bangkit dari tempat makan durian tu.. Tah hapa motif dia datang party birthday Mem Siti tu.. nak celebrate birthday ke nak makan durian!!! Hahaha KS ko jangan marah aku naaa!!!

Tapi party tu memang terbaik laaa.. macam macam makanan ada... siap percuma kolam renang lagi... nasib ler hujan.. kalau tak... herrmmm.... Mau budak-budak yang datang party tu dah terjun kolam.. Abah durian tak makan sangat laa.. biasa makan banyak-banyak jer.. hehehe.. kalau makan sikit-sikit nih macam tak makan jer.. tapi lain laa kawan abah KS tu.. walaupun ada menu lain yang best... durian gak dia bedal.. kekeke.

Apapun memang terbaik!! terima kasih Mem SHJ!!! kat sini ABANG (perasan muda kejap!! hehehe) nak ucapkan Happy Birthday pada adik Tasha! Moga dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik, jadilah anak yang solehah! InsyaAllah..

Kakak tengah buat peace! Adik duduk sebelah Mama. Masa ini Angah tengah tidur.





Mem SHJ yang pakai baju kaler merah tu!
 Bila waktu balik, semua orang tapau makanan yang lebih, Abah nak tapau coklat tower belakang tuh dorang tak bagi.. Sob.. Sobb... huhuhu


Si Abang dengan Abang-abang kembarnya! Dah jadi geng dah sebab selalu jumpa!!


Yang tengah makan ni bukan KS, KS yang duduk atas kerusi tu... wajah terpaksa dirahsiakan! Aset negara ko!!


Mak Mem SHJ! Memang terbaik!! Terima kasih makcik sebab sudi kopekkan dan hidangkan kitorang durian!

Ulasan

mamafarah4 berkata…
"Bila waktu balik, semua orang tapau makanan yang lebih, Abah nak tapau coklat tower belakang tuh dorang tak bagi.. Sob.. Sobb... huhuhu"
sungguh melampau permintaan abah mmg la tak dilayan..
Sedapnya dok pulun durian...Lagi2 kalo free mmg laju ler..
UmmiAbi berkata…
Bestnyer abah..:)Dpt mkn2...AMRAFAHAN pn mesti sronok jmpe kwn2...;)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!