Mini gathering geng kembar!

Alhamdullillah semalam berlangsung sessi mini gathering dengan geng geng kembar. Mini gathering ni di anjurkan oleh CT Azct. Seramai 5 keluarga datang. 

Mula mula aku sampai dulu.. lepas tu tengok macam takde orang jer.. betul ke kat tempat ni.. ermm.. aku pun pandai sangat sebab tak ambil nombor tipon diorang.. lagipun aku sampai lambat dalam 5.30 petang... sebab event mula pukul 5 jadi.. aku bajet ada laa orang bila aku sampai tu... Lepas tanya cashier kat Restoran Geng Corner tu.. memang takde booking apa-apa.. jadi aku dengan wife duduk jelah sebab dah sampai.. terfikir juga diorang ni tukar tempat jadi ke tak nih.. ahh.. biarlah fikir aku.. aku nak makan lapar siott..

Bila baru nak makan jer sampailah CT Azct dengan kembar boboynya ni.. dia kata masa dia sampai takde orang jadi dia dan famili dia pergi tengok drif kete kat stadium tu.. Ooo.. patut laah.. lepas tu sampai laa Ummi Nasir dengan kembar gegirlnya.. Lepas tu sampai Nora Aurora dan famili (kembar sepasang nih!) lepas tu baru sampai Fatma Adale dengan kembar 3 nya.. Ketiga-tiga perempuan!! 2 orang seiras dan seorang tu lain sikit.. Fatma beritau aku kembar diorang nih ada 2 uri....

Lepas tu berlangsung laa sessi sembang sembang makan makan.. acara tukar tukar hadiah pun dah jadi kelam kabut.. masing masing sibuk dengan anak masing masing.. Auni Auni Auni walaupun duduk dalam baby chair tapi tak boleh duduk diam... semua nak bangun dan memanjat.. lepas tu mata ni nak perhatikan si abang lagi.. huhuhu... memang tak kosentret laa makan.... sembang tu.. mata kejap kejap jeling abang.. mana laa dia lari lari nih.. habis satu kedai dia pusing.. lepas tu dia belek belek barang upin ipin.. nasib laa dia tak minta barang-barang tu.. dia minta sticker jer.. huhuhuh.. banyak lak tu barang upin ipin.. kalau dia minta semua.. kurus aa abah kekeke...

Lepas tu sessi bergambar.. aku minta tulun dengan sorang brader kat kedai makan tu.. kekeke.. belasah jer lahh. janji ada orang amik gambar kitorang.. terima kasih bro!! Lepas tu sessi tukar tukar nombor telefon dan bersurai..

InsyaAllah lepas ni kita buat gathering besar besaran untuk hari raya pula! Aku plan nak buat minggu ketiga atau keempat bulan syawal. Ada cadangan tempat  tempat menarik?!!!

OKlah kita layan gambar dulu...




Kembar 3 Fatma



Nora dan keluarganya

Kembar Nora





Kembar CT















Fatma and the gang


Kembar Ummi Nasir










Ulasan

dalilarahmad berkata…
kat mane ni bro?? macam menarik je ada upon ipin
Cik Puan Izan❤ berkata…
bestnya gathering kembar kembar...mesti korang semua menjadi perhatian kat situ...^^
Huszaini berkata…
Dalilah: kat restoran geng corner seksyen 13 shah alam belakang tesco extra

CPI: err.. Yer kot.. Tak perasan sangat sebab mata melilau tengok anak... Huhuhu si abang berlari pusing kedai macam dia punya rumah jerr...
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
meriahhhnyaaaaa....
haku tgk gambar pn leh tau kelam kelibot mak pak kembar2 nih..
hahahaha

*entri baru Manjaku sale..
MaMa_AdHa berkata…
mintak kebenaran nak share yea... smlm tak sempat nak tangkap gambar guna hst sendiri
Huszaini berkata…
tinta; tau tak per hehehe

mama adha: orait!
CIKU berkata…
musti teh glamourous ni
BE pertamaku

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!