Isnin, 31 Januari 2011

Ramai ke nanti?

Hermm... tak lama lagi, Jom Berkelah Dengan Geng Kembar akan berlangsung... Sedikit risau... jika takde yang hadir... Dari respon yang aku terima ada lah 6 7 keluarga kembar nak datang... InsyaAllah event ini akan diteruskan walaupun dengan kehadiran keluarga aku jer.. Tak pernah lagi bawa anak-anak berkelah kat taman.. Sekarang ni dia orang dah boleh berjalan... mesti seronok tengok dia orang main kat padang rumput tu nanti...

Aku buat gathering ni pun atas permintaan kawan-kawan yang baca blog aku.. Aku tak sabar nak jumpa geng blogger kembar dan blogger-blogger yang lain... harap-harap ada laa orang yer...

Aku nak buat cabutan bertuah... hadiahnya ada 5. Tapi tak sempat lagi aku ambil gambar hadiah sebab aku kena balik kampung sebab adik aku sakit...

Nanti aku buat entri khas untuk cabutan bertuah tu yer...


Ermmm.... hujan kat kota tinggi ni masih tak berhenti... air longkang besar nak penuh... air sungai dah pasang... tadi jalan ke ulu tiram dah banjir... Harap-harap aku dapat balik jumpa anak-anak dan wife aku nanti... Selesaikan urusan kat kampung dulu baru balik.. Rindu dah kat anak-anak...

6 ulasan:

Shaofie berkata...

nak join. hehehe. sedang berusaha. heee. InsyaAllah, dekat je ngn UKM. tak sabar nak tgk kembar yang ada. waaa...

Huszaini berkata...

tq shaofie.. dtg bawak kamera tau! aku takde kamera canggih aaa...

Shaofie berkata...

insyaAllah. hahaha. kamera pinjam boleh la. hahahah

Huszaini berkata...

belasah jer! hahaha janji ada kamera!

adex-aieda berkata...

insyaallah akan datang......kg awak kat kota tinggi ke?

Huszaini berkata...

Haah! Skg terperangkap tak boleh pergi mana2... umah tak kena banjir tapi jalan nak keluar dah tenggelam

exabytes unlimited