Buah rasberry Kota Tinggi

Buah rasberry

Sedap!

Assalammualaikum

Semalam balik dari kubur abah, aku mak dan Deedam pergi melawat kawan mak, anak dia baru bersalin dapat baby girl. Punya laa lama aku tak jumpa si Farah ni... dulu jumpa kecil jer... lepas tu jumpa dah jadi mak orang dah... tua nya aku.. hehehehe... Syukur pada Allah kerana beri kesempatan pada aku untuk beribadat padaNya... Amin...

Farah dan baby girlnya

Lepas sembang-sembang  banyak bercerita pasal Deedam dengan kawan mak aku yang aku panggil dia Mak Lang, kami pun balik laa... hujan lebat masa tu... macam nak banjir lagi jer Kota Tinggi ni... huhuhu.. jangan laa...

Masa kat luar rumah dia tu tunjuk pokok rasberry yang dia tanam, benih dia dapat dari oversea. Rupanya pokok ni tumbuh dari batang dia... Lepas tu dia petik laa.. bagi kami rasa... ermmm... sedap juga... dia kata kalau masak buah dia colour hitam. Masa dia bagi tu buah colour merah hitam, rasanya masam manis.. First time makan buah rasberry terus dipetik dari pokok.

Nanti nak ambil benih dia laa nak tanam... tak sangka pula, cuaca kat Malaysia ni buah rasberry ni boleh hidup... ermm.. boleh komersialkan nih... lepas ni jadi penanam rasberry lah aku! hehehe... Amin... :)

Ni gambar pokok dia... tanam dalam pasu jer.. Masa ni tengah hujan.. huhuhu.. habis basah tipon saya!






Ulasan

Areef Ibn Naim berkata…
salam,

tq sudi singgah n follow blog sy...

dulu kan kat rumah atuk sy yang bertanah gambut, leh tumbuh pokok anggur, tp tak berbuah pun, huhuhu...

p/s - if berkelapangan, jom join contest di blog sy... tq!
kakD penah mkn dah buah ni...memang manis bila dah masak semua...tapi skg dah tak leh mkn dah sbb maksaudara kakD dah pindah...pokok tu tinggal la di rumah lamanya...
sha MR berkata…
Ini buah Mulberry sis.. bukan Raspberries. :-D

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!