Ahad, 30 Januari 2011

Amaran hujan peringkat merah di Johor hingga esok

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah bala dan bencana di Daerahku, Negeriku dan Negaraku... AMIN...



2011/01/30

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.
Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai. - BERNAMA

Sumber BH Online


3 ulasan:

Cik Seri Omel berkata...

kluang tersenrai? haiyoo, tido pusat and makan nasi kawah lah nanti, hurmmm

puan nina berkata...

amin..harap2 xbanjir rumah saye..

Huszaini berkata...

Moga dijauhkan dari segala bala.. Amin...

exabytes unlimited