Kerlipan kecil bintang!

Pagi tadi aku buka Nuffnang aku, waa… aku rasa macam pelik jer… nampak cam lain jer… Ooo… Rupa-rupanya aku punya bintang dah naik dari 3 bintang ke 4 bintang… Aku tak paham sangat bintang-bintang ni, tapi masa sekolah dulu-dulu lagi banyak dapat bintang lagi bagus kerja sekolah kita… Err… kau orang ada tak? Rasanya budak sekolah sekarang tak main bintang-bintang dah kot.. hehehe

Lantaklah… yang aku tau, walaupun tak paham bintang-bintang nih… aku tetap gembira dapat bintang! Macam hotel 4 bintang pun ada… kekeke… Lama aa… tak dapat bintang…. dulu kena lempang dengan cikgu pun nampak bintang gak! hehehe

Terima kasih yer En. Nuffnang, lain kali bagi kat semua-semua tu bintang! Sebab anak kembar tiga saya suka lagu Kerlipan kerlipan kecil bintang!

Lagu dia macam ni…. bila aku nyanyi Auni Auni Auni akan angkat tangan dia orang letak tu buat gerakan kelip-kelip bintang! Faham tak? Alaa.. yang genggam tangan pas tu buka, pas tu genggam balik! Ulang-ulang kali! Sampai aku habis menyanyi… Comel jer…

Kerlipan-kerlipan kecil bintang

Kenapa saya agak apa awak sebenarnya!

Sampai atas dunia sangat tinggi

Seperti berlian di langit

Kerlipan-kerlipan kecil bintang

Kenapa saya agak apa awak sebenarnya!

**Lagu ni aku terjemahankan sendiri jer… direct translate! hehehe

skycrapper

Ulasan

eT berkata…
Bintang2 tu..pemende?
Et xpenah paham pon.huhu.
cikbintang berkata…
cikbintang suka bintang..hehehe
||aLeaSaRa|| berkata…
kite bintang ni baru tick tiga je..ntah apa benda tu?ingatkan review filem dan tentang kualiti hotel je diberi star he3..
puding_manis berkata…
si kecik sy pon pandai buat gaya mcm tu bila kita nyanyi lagu tu...angkat tgn, buat mcm bintang kelip2...heheh...mmg comel
lionteen berkata…
byk nye die dpt bintang..hehe
Suliana berkata…
sy pun baru 3 bintang je.. hehe
Suliana berkata…
sy pun baru 3 bintang je.. hehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!