Aku ditumbuk kerana Nora Elena! & Amrafahan bergaduh!

Kesian aku... Tadi masa cerita nora elena kat tv, wife aku kusyuk tengok cerita tu... Disebabkan aku tidak mengikuti cerita tu, jadi aku amik remote nak tukar cerita lain.. Waaa... Dengan comelnya wife aku angkat penumbuk kecik dia tu tunjuk kat aku... Dia kata tak boleh tukar sebab nak tengok aaron aziz... Cehh!!! Dia tak perasan ker yang depan dia nih 10 kali ensem dari aaron tu.. Best sangat ker aaron tu? Kalau berani belanja tengok KL gangster laa!! Hehehehe aku nak gak tengok cerita yang ramai orang kata best nih!! Tapi taknak beli tiket.. Nak tengok free jerr... Hehehe

Berbalik pada tajuk.. Wife aku takdelah nak tumbuk betul betul cuma letak penumbuk dia kat bahu aku jer..

Aku pun takderlah nak mengamuk ke marah ker... Bahaya!! Nanti dapat kembar 3 lagi hehehee....



Cerita Amrafahan pulak...

Balik dari sekolah tadi aku bagi makan sumi sorang satu... Diorang memang suka sumi nih.. Habis kecah satu rumah.. Yang aku jadi seronoknya bila tengok diorang berebut dan bergaduh... Hehehe aku dengan wife sengaja tak nak leraikan.. Best tengok diorang bergaduh tapi tak sempat laa amik video... Diorang gaduh kejap jer.. Lepas tu baik semula... Kang nanti selang 3 4 minit bergaduh balik.. Pastu baik semula... Nanti bila sorang dah merajuk lepas tu datang kat aku ke wife sambil nangis dengan muka cebek cebek... Barulah berenti bergaduh... Kalau bergaduh ni yang suka buat muka tak puas hati dan cengeng ialah AF, AH pula suka merampas barang orang, lepas tu suka tampar orang.. Ehh... AF pun sama suka tampar orang.. Aku dah banyak kali kena tampar dengan tangan comel dia tu.. Sebabnya aku suka sakat dia, nak tengok mukatai puas hati dia tu.. Siap renung mata orang lagi kalau AF buat muka..

AN biasanya buat hal sendiri dia tak peduli kakak kakak dia tengah bergaduh ke apa... Tapi kalau barang dia kena amik ke rampas ke, dia mesti layan nak dapatkan balik barang dia tu.. Lagi satu dia suka pukul orang pakai mainan kat tangan dia.. Pukul tanpa belas kasihan... Abang dia selalu laa kena... Huhuhu sian abang... Biasanya bila abang tengah tidur ke baring ke.. AN boleh pukul tanpa sebab... Huhuhu memang hati kering...

Lepas puas bergaduh tadi, masing masing amik botol susu lepas tu naik atas, baring kat tilam, tidur sendiri... Alhamdullillah dorang ni senang tidur...

Oklah nanti cerita lagi!! Daaa..
Published with Blogger-droid v1.7.1

Ulasan

Aini Azman berkata…
seronok tengok gelagat diowng,. nak2 plak kembar,.comei nye,.=))
senyumSOYA berkata…
bestnya dapat kembar tiga!! masing2 ada perangai masing2~ hehehhe...(^^!
Pustaka NurIman berkata…
ada masa misti letih layan 3 kembar tu...
nur easy berkata…
apalah rasanya ada si kembar ni.. meriah ;)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!