Pujuk auni auni auni!

Semalam pukul berapa tah, rasanya pukul 1 pagi lebih, aku tersedar dari tidur, auni auni auni menangis agak kuat. Bila aku pusing tengok, mama takde sebab turun buat susu agaknya. Aku pun bangun pujuk diorang. Seorang aku angkat baring kat dada aku, sorang aku tepuk kaki dan sorang lagi baring bawah ketiak aku. Hehehe nasib semua nak diam. Seronok! Entah susah nak cakap dia punya feeling masa tuh! Rasa rapat jer dengan diorang. Tengah pujuk- pujuk tu, mama pun sampai dengan susu, terus diorang ambil susu dan minum, tak nangis dah.

Abah diorang sambung tidur balik laa! Heeee...

Dah! Dah! Dah! Nak siap pergi kerja nih! Daaa...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Ulasan

Mama Kembar 3 berkata…
mesti rasa bahagia je kan? dapat pegang anak kiri kanan..anak anak manja plak tu, best!
amiey lee berkata…
hee alahai...memang anak abah...
Huszaini berkata…
MK3: haah! best sangat rasanya! bahagia!

amiey: hehehe anak abah dan mama :)
Noriz berkata…
bestnye tido kepit2 cam tu kan... rasa suam-suam yg lagi nyenyak tido...
Huszaini berkata…
Noriz: hehehe... abah dia banyak lemakk.. sebab tu suam2 kekeke

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!