Jumaat, 24 Jun 2011

Pagi pagi dah bergaduh!

As salam dan selamat pagi,

Mula mula pagi pagi tadi berebut nak baring kat "tilam vono" nih.. AH tempat dia kat dada abah dia, AF kat perut aku, AN kat lengan kiri aku... Huhuhu memang tak boleh bergerak laa.. AH memang tak bagi tempat dia diambil orang memang dia akan nangis nak rebut balik tempat tu (dada aku) kalau AF baring kat situ.. AF pula macam biasa laa bila dah baring kat aku tak bagi aku bergerak... Huhuhu AN pula tangan aku kena peluk dia atau sekurang kurangnya kena letak tangan atas badan dia.. Kalau aku angkat dia nangis, aku letak jer dia diam.

Tadi bila semua dah baring atas aku, AN merengek, jadi aku letak laa tangan aku kat badan dia baru dia diam, bila aku letak tangan kat AN, AF pula merengek, jadi aku usap laa kepala dia, diam sekejap, AN pula merengek balik, aku pegang dia, dia diam, lepas tu AF pula merengek balik, ahh sudah aku pula jadi kalut sekejap nak pegang AN, sekejap nak usap AF.. Tangan kiri tak boleh gerak dah sebab AN dah baring kat situ, badan tak boleh nak pusing sebab AH tengah baring tidur... Huhuhu... Tiba tiba mama datang bukan lampu bilik, jadi bangun laa Auni Auni Auni.. Selamatlah aku dari nak pujuk diorang lama lama...

Tapi bila dah buka lampu tu, ada pula sikat atas lantai tu jadi rebutan antara AF dengan AH. Mula mula sikat tu AF pegang dulu, lepas datang laa AH nak rebut sikat tu, tapi AF pandai dia bawa lari sikat tu, kekeke terkedek kedek lari.. Lepas tu lari tak jauh pun, dari hall atas ke bilik jer.. ada laa tiga langkah aku, bila dah landing kat tepi tilam datang laa AH tarik seluar AF sambil nangis nak rebut sikat tu.. Aku biarkan jer diorang berebut sebab tengah pujuk AN menangis.. Bila macam tu AF bawa lari lagi sikat tu... Kejarlah si AH tu nak dapatkan sikat tu.. Hehehe suka tengok diorang berebut... Lepas tu baru laa aku leraikan... Hehehe

Moral: Bila anak kecil berebut barang, biarkan dulu sebab seronok tengok dorang gaduh... Hehehe, lepas tu baru leraikan..
Published with Blogger-droid v1.7.2

6 ulasan:

nikaviolet berkata...

hehehe....so sweet....

Aku intan yann brand berkata...

bestnyer pengalaman

Kakzakie berkata...

Sedangkan yg dua dah sibuk inikan pula yg 3. Tapi kakak syok membayangkannya....

Kamalia berkata...

betul2..biarkn dulu diorg berebut,pastu baru tolong..bestkan tgok perangai diorg nih..

Ainul Hayat berkata...

Mmg seronok tgk gelagat diorg nih kan...tp abg & wife mmg supermama&superpapa lah...leh handle anak2...salute2..

Huszaini berkata...

nikaviolet: hehe tq tq

Aku intan: Alhamdullillah kurnia dari Allah

Kakzakie: hehehe terima kasih! memang kalut!

kamalia: haah kan! kekeke sama aa kita!

ainul: hehehe terima kasih sangat2! :)

exabytes unlimited