Abah! Abang nak kencing! Aramakk!!

Semalam lepas solat maghrib, Abah bawa laa AMRAFAHAN ke kedai nak beli kek sebab kat taska diorang hari ini ada buat parti harijadi beramai-ramai. Lepas pergi beli kek tu, Abah pergi Alamanda pula, malas nak bawa pergi Mydin Putrajaya walaupun dekat dengan rumah, kat Mydin tu tempat sempit pastu tak troli friendly.. eh boleh gitu ayat.. hehehe. Kalau pergi Carrefour senang sikit nak kawal diorang. Bubuh jer dalam troli empat-empat orang budak tu.. haaa.. senang laa Abah nak kawal diorang!

Masa tengah sibuk-sibuk cari barang tu, tiba-tiba si Abang beritahu Abah dia nak kencing! Aramakk!! Nak taknak Abah suruh si Abang tahan kejap... si Abang tu pun tahan laa dengan muka berkerut.. lepas tu berulang-ulang kali cakap "Abah! Abang nak kencing! Cepat laa Abah! Buat laju-laju!" Abah jawab "Kejap! Kejap nak cari barang sikit lagi nih!" "Cepat laa Abah" hahaha... Abah dah pening macam mana nak buat! Nak bawa orang ramai lagi. Fikir punya fikir dapat laa idea.

Abah pun terfikir nak cari dia diapers, alamak! mahal laa pula nak beli pek besar nih, beza dekat RM10 dengan kedai kat luar yang Abah biasa beli, nak taknak Abah beli drypers drypant yang kecil. Lepas tu cepat-cepat cari tempat tersorok sikit, koyakkan plastik dia lepas tu buka seluar dan spender Abang cepat-cepat sambil suruh dia tahan jangan kencing dulu! kang ada yang berbau hancing kena kencing Abang! huhuhuhu... Pastu cepat-cepat sarungkan drypants tu, siap sarung jer, si Abang terus buat muka lega! Lepas tu ketawa! Abah tanya dah kencing ke belum? hehehe dah! katanya! Bocor tak?! Abah tanya. takde pun! Hehehe ok beres.. sarung balik spender dan seluar lepas tu sambung balik cari barang! Si Auni Auni Auni tu tengokkan jer bapak diorang dengan Abang diorang nih dari atas troli! Tahapahapatah! kekeke

Bila teringat balik semalam tersenyum sorang-sorang Abah! Kekeke Abang!! Abang!!!

Ulasan

:|: TinTa Kibod :|: berkata…
kan...
bila anak dh free diaper...
kdg2 bila kalut atau kecemasan (cth kt highway dan R&R jauh lg), diaper gak penyelamat!!
eheheheh!
axie04 berkata…
HUHUHU
LEH DI PRAKTIKKAN BILA DAH TERDESAK CAM NI
HUHUHU
FiraHamzah berkata…
hahhha, comel si abang!
nasib baik abah amik tindakan pantas ek? macam saya nak control si kembar dengan kakak masa nak meyoping barangan kat tesco pun kena buka makanan dalam tuh bagi dorang makan, baru senyap & behave. Later2 baru bayar..hehe..
Mama Kembar 3 berkata…
hahaha cute! kena ambik iktibar nih, walaupun my boys dah diaper free tapi bila pi mana mana kena gak bawak a few kot kot kecemasan camni hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!