Ada bakat ke?!

Rumah Opah ada mini studio milik Pakcik AMRAFAHAN iaitu Pak Caon a.k.a Uncle Caon. Tiap kali balik sini, si Abang suka masuk studio buatan sendiri oleh Uncle Caon nih! Si Abang suka main dram, gaya pegang stik tu dah ada siap ketuk dram stail silang tangan lagi. Mungkin ada bakat anak Abah sorang nih!

Tapi kalau nak kata ikut Abah, memang takde laa.. Hatta bakat terendam, tenggelam memang takde langsung! Kalau orang lain boleh menyanyi lagu ikut lirik, Abah bukan menyanyi laa... Abah baca lirik tu... Tersangatlahhh flatnya suara nih! Bunyi orang baca berita pun takde lagilah bunyi orang bersajak! Memang takde bakat langsung ciri-ciri keartisan dalam diri Abah nih. Kalau orang suruh nyanyi karaoke masa kenduri ke dinner ke, Abah lebih rela basuh periuk atau berendam dalam kolam dari kena menyanyi. Karaoketusfobianalisma!!! Huhuhu

Tapi kalau sebelah Mama mungkin ada kot, tapi Abah selama nih tak pernah pula berkaraoke dengan Mama. Ehhh!!! Haah ekkk!! Memang tak pernah lah! Pernah laa ajak dia berkaraoke masa awal-awal kahwin dulu, tapi dia takmo. Pastu senyap camtu jerlah. Hehehe

Si Kakak pun sama punya minat macam Abang. Tadi masa Si Abang main dram, dia pun main sekali. Rasa macam nak hantar diorang belajar main musik jer, tapi nak juga hantar diorang belajar silat ke taekwando ke, ishhh...

Macam-macam laaa nak suruh diorang belajar bila dah besar sikit nanti. Bukan apa, untuk kesenangan diorang di masa depan gak! Abah rasa korang pun macam tu jugak kan?! Punya plan macam-macam untuk anak kita nih?! Kann???!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ulasan

Lelaki Ini berkata…
Wah, bestlah kalau diorang ada minat..
Rai Ourkizuna berkata…
bagus kalau diorang ada minat.. anak SIL saya dia hantar pegi macam2 jenis kelas..kelas buat kraftangan tanah liat..balik bawak tembikar.. hahaha..weekend dia belajar main gitar..busy je diorang dgn aktiviti..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!