Sabtu, 6 Jun 2015

Selamat Hari Lahir Abang Aqil!

Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun umur Abang. Abah dan Mama berharap Abang jadi insan yang terbaik dan soleh dalam hidup Abang.

Hari ini takde buat apa-apa pun sambutan untuk Abang, cuma telefon Abang pagi tadi kat rumah nenek. Abah, Mama, Kakak dan Kak Ngah terjerit-jerit kat telefon menyanyi lagu Happy Birthday dan Allah Selamatkan Kamu kat Abang! Abang pun ingat hari ini birthday Abang. Abah dan Mama tumpang gembira dengar suara ceria Abang kat sana tuh!

Seminggu dah Abah tak jumpa Abang, rindu pula rasanya! Sunyi rumah nih! hehehe. Biasa Abah ke Mama jadi tarzan bila Abang dan Kak Chik, Kakak dan Kak Ngah ada sekali. hehehe. Nanti Abah amik Abang, kita sekeluarga sambut birthday Abang sama-sama yer!

Abah dan Mama doakan Abang dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, menjadi anak yang baik dan soleh, dengar cakap ibu bapa dan orang tua dan hidup menjadi insan yang berguna.

Sayang Abang sangat-sangat! Rindu Abang sangat-sangat!!

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Abang Aqil Muhammad Rayyan,
Allah selamatkan kamu!


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Abang Aqil,
Happy birthday to you!!



Tiada ulasan:

exabytes unlimited