Si Abang makan kaca gelas!

Pagi tadi Abah terlelap depan TV, lepas tu tiba-tiba si Abang kejut Abah, Abah! Bangun! Ada kaca! Terkejut Abah! terus bangun! Dalam mamai-mamai tu Abah ingatkan si Abang kena kaca ke apa.. Bila Abah tengok, Ada gelas kaca yang dah sompek, isshhh... bahaya ni, Abah nak bangun laa nak bersihkan kaca tu, tiba-tiba si Abang cakap dengan Abah, Abah! Abang gigit kaca tu! ehh! kenapa Abang gigit? Abang geram ke? tanya Abah. Abang anggukkan kepala! hadoihh laa anak.. Nasib laa tak luka mulut tuh!

Ermm.. bila guna gelas tu, Abah pun rasa geram macam nak gigit jer.. sebab nipis sangat! Bahaya juga kalau bagi budak-budak guna gelas macam nih! Takut depa geram dan gigit pula! Haissh... Apa pun Abah bersyukur laa takde kejadian yang buruk berlaku! Si Abang ada beritau Abah, dia ada terpijak kaca tapi tak darah.. haisshh... kalau tak jadi macam kes si Kakak laa...

Gelas yang si Abang gigit!
Hehehe... bukan makan laa.. gigit kaca jer... jangan marah aa...

Ulasan

Rai berkata…
Aduhh.. Buat panic je tajuk..seb baik tak apa apa..
Huszaini Haron berkata…
kesaspenan tajuk tu perlu.. hehehe
aizamia3 berkata…
fuh.. tarik nafas kejap.. suspen sungguh.. nasib baik takde pape..
Mama Kembar 3 berkata…
ishhh bahaya! nasib baik tak tertelan. eiii ngilu rasa

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!