Selamat Hari Raya Semua! Tahun ni kami beraya dengan orang baru!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
kepada semua sahabat handai, saudara mara, adik beradik, ipar duai, mak, abah, pembaca blog dan semua-semua sekali lahh tak kira kat mana korang berada atas semua salah dan silap kami pada korang semua
dari kami bertujuh!!


Terpaksa guna balik gambar tahun lepas. Tahun nih punya gambar belum ada lagi.
dan orang baru dalam keluarga kami AMR junior - Amni Musfirah Rifqah



Tahun nih, Abah dan si Abang beraya dahulu di rumah nenek kat Kota Tinggi, lepas tu raya dua ke raya ketiga balik Perak, Penang dan Kedah. Mama bersama-sama Auni Auni Auni dan Amni berpantang dan beraya di rumah Opah di Kubang Semang Bukit Mertajam. 

Sebenarnya nih dah rindu sangat kat diorang-diorang nih! Bila bercakap dalam telefon selalu si Kakak, Angah dan Adik tanya bila Abah dan Abang nak balik rumah Opah! huhuhu Sabar yer anak-anak! InsyaAllah nanti Abah sampai dengan Abang! Boleh kita beraya bersama-sama!!



Nota Kaki Abah:

Nampak gayanya nama blog dikekalkan laaa. Cuma kena tambah gambar AMR junior jer! hehehe

Ulasan

princessrayha berkata…
THniah abah thun ni beraya bertujuh..meriahnya
Miss Brenito berkata…
Yeay raya ngn bb baru. Selamat hari raya abah.. Semoga tahun ni abah bertabah drive berdua beranak jer ke utara.. Demi makwe2 cuns di sana... Kim slm kat bb baru yer abah.
Sarah Amanda berkata…
Selamat hari raya..
Orang baru tu ada saiz baju kurung tak? hahahhaha.

comei jer orangnya..kita jer yg takde baby girl lagi.
nuni berkata…
rasanya kita pernah nampak family u masa makan dekat dapur mas, masa tu auni auni auni kena chicken pox..nak tegur segan pulak rasanya..taniah..selamat hari raya!
Mama Kembar 3 berkata…
comeinya AMR junior! Selamat hari raya :-)
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
meriahnyaaa....
TAHNIAH yeee....
selamat hari rayaaaaa :)
Rai Ourkizuna berkata…
allahuakhbar.. ketinggalan keretapi..

tahniah atas kehadiran orang baru..
selamat hari raya buat abah sekeluarga.
mama maman aka yana berkata…
selamat hari raya..

meriah2 ngan org baru.. tahniah.. :)
Fadth Wan berkata…
nk bg tau...sya orang Penanti..dkt2 gn kubang semang.
pijut berkata…
Alhamdulillah..ramai anak Allah kurniakan..hehe.syukur..sronok baca pasal kembar

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!