Dapat anak saudara lagi! Baby Ajaib tuh!!

Wah!! Lama sungguh tak update! Huhuhu... ampun pak! Adik Abah yang tinggal kat Johor Bahru tu baru dikurniakan rezeki seorang anak lelaki, sebelum tu dah dua orang anak perempuan. Bapaknya happy laa sebab dah ada geng! hehehe.

Yang ajaibnya tentang baby nih... eerrr.. tak delah ajaib sangat, hehehe saja tajuk buat gempak! Alhamdullillah adik Abah selamat melahirkan bayi lelaki ni pada pukul 3 lebih pagi tadi di HSI. Baby nih lahir dengan berat 4 KILOgram!! secara NORMAL! pula tuh! hebatnya kuat Allah! kuatnya adik Abah nih! Sekarang ini, kedua-duanya masih di hospital. Ibunya di wad bersalin, anaknya di NICU. Masa jumpa dia bulan lepas takde nampak besar mana perut dia tuh. Yelahkan, rezeki tu dari Allah. Dia boleh beri kita dalam macam-macam bentuk yang kadang-kadang kita terlupa tu sebenarnya rezeki kita walaupun bukan datang dalam bentuk wang ringgit! :)

Moga kedua-dua ibu dan bayi ini sihat dan selamat serta dilindungi dan diberkati Allah SWT. Amin..

Tengok nih gambar yang di wasap kan ke Abah!! SEMANGAT!!!! hehehe Err... nama baby nih Abah terlupa tanya! hehehe


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!