Sabtu, 20 Julai 2013

Dugaan!

Dari malam tadi Abah masih kat hospital. Pukul 9 malam masih takde call dari Mama, pukul 10 malam pun sama. Abah tunggu sampai terlelap lelap. Pukul 12 lebih tersedar, cepat-cepat tengok hand phone takut takut terlepas panggilan dari Mama. Cek mesej cek miss call. Masih tak de. Tapi Abah tak nak ganggu Mama,  mungkin dia tengah tidur. Dalam hati, takpelah mungkin belum masanya.

Terlelap lagi! Setiap jam tersedar dan buat perkara yang sama. Masih takde panggilan dari Mama. Uihh!! Lambat laaa pula! Takkan belum lagi? Dah lebih 12 jam nih. Mak Abah cakap biasanya kalau dah sakit setiap 5 minit tu, tanda nya dah dekat. Memang Abah ajak sebelum pukul 12 malam tadi Mama akan melahirkan bayi kami. Tiba-tiba teringat, nurse ada beritahu Mama kadang kadang ada orang yang sampai 3 kali kena indius dekat 3 hari menunggu. Harap harap Mama tak macam tu. Kesian dia nak menanggung sakit.

Pukul 5.15 pagi tadi Abah tersedar lagi! Ehh nak sahur. Mama masih belum call. Takpelah cari makanan dulu. Nasib kafe hospi corner kat hospital ni buka. Dapatlah beli roti. Teringat air kopi tin yang Abah beli malam tadi ada dalam kereta. Dengan muka sememeh baru bangun tidur tu terus ke parking kereta. Takpelah sahur dalam kereta jer. Boleh dengar azan sekali. Lepas sahur Abah call Mama, Mama jawab suara penat baru bangun tidur, Mama cakap malam tadi tak sakit sangat. Lega pun ada berdebar pun ada. Lega sebab Abah tak terlepas nak teman Mama bersalin, berdebar sebab bila Mama akan bersalin.

Lepas sembang Abah pergi solat subuh kat surau hospital sini. Takde orang. Sunyi sepi. Buka pintu surau ada seorang brother tengah solat. Ok ada geng. Lepas solat Abah lepak sekejap dalam surau. Tiba - tiba terkejut dapat panggilan dari Mama. Alamak! Mama dah nak bersalin ke nih?! Kata hati Abah. Berdebar debar. Dup dap dup dap. Sekali Mama cakap doktor baru lepas cek, bukaan masih sama lagi macam malam tadi. Nanti pukul 10 pagi doktor nak cek lagi. Mama cakap Abah boleh balik dulu,  mandi mandi dulu. Jumpa Auni Auni Auni cakap doakan Mama, tapi Abah rasa macam tak sampai hati pula nak balik rumah. Sebab Mama nih bila bila masa jer boleh beranak. Tak pelah tunggu jer dulu kat sini. Kalau Mama call tak delah jauh sangat nak ke dewan bersalin nanti.

Bila menunggu kat lobi nih sejak semalam, seronok pula tengok orang dukung baby bawa balik. Tak sabar nak tunggu giliran Abah pula. Errmm hanya masa yang akan menentukan.

Moga Mama tabahkan hati kuatkan semangat! Abah dan AMRAFAHAN sayang Mama sangat sangat!

Tiada ulasan:

exabytes unlimited