Tunjuk Bon!!

Ceritanya terjadi pagi tadi. Si Kakak, Angah dan Adik tengah bersiap nak ke taska. Baru nak pakai baju masing-masing. Lebih detail lagi baru nak pakai spender masing-masing! hehehe. Kebetulan pula Abah tengah buka pintu almari dan menunduk nak ambil baju.

Kena pula masa tu menonggeng ke arah diorang yang ada atas tilam tengah sibuk nak pakai spender tu. Bila seorang Auni (hahaha abah tak ingat siapa!!) nampak Abah tengah menonggeng dia pun jerit "Eeee!! nampak bontot Abah!! Tak malu!!" Dah sudah yang lagi 2 orang Auni tu menjerit sama!! "Abah tak malu nampak bontot!!!" Ishh.. diorang nih.. mana ada Abah tunjuk bontot! Abah masa tu bukannya berbogel pun! Pakai kain pelikat lagi! Haisshhh laaa anak-anak!!

Lepas tu Abah balas laaa... "Kakak, Angah, Adik tak de bontot sendiri ke?!" Boleh pula masa tu serentak diorang pusing tunjuk bontot diorang kat Abah! Si Kakak siap selak turunkan spender nak tunjuk bontot dia kat Abah! Si Adik memang tak pakai spender lagi.. Si Angah tunjuk bontot berspender! Haishhh diorang nih!! Lepas tu terus ketawa bertiga-tiga!!! Abah jadi kompius! Nak marah ke nak ketawa! Hahahaha

Haa... biarlah nanti diorang dah besar baca post ni, biar malu sendiri! Kekeke!!!


Ulasan

Axie04 berkata…
klakar betul auni neh
Hazrina Nasir berkata…
Hihihi comel! Sentiasa ceria je baca entry blog ni :D
Mama Kembar 3 berkata…
hahaha cute cute! hehehe
UmmiAbi berkata…
Sekali diorang tunjuk bontot daa..haha. Nsb baik tak gaduh bontot saper plg comel..hehehe
aizamia3 berkata…
hehehe.. membayangkan keadaan dorang.. ;)
BUNDA a.k.a KN berkata…
bestnyer kembar tiga...cute2 pulak tu..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!