Rabu, 6 Mac 2013

Cerita terbaru AMRAFAHAN 2013

Alhamdullillah dah masuk bulan 3 dah. Sejak awal tahun ni, si Kakak, Angah dan Adik dah mula tak pakai diapers lagi bila pergi ke taska. Cikgu-cikgu taska diorang dah ajar buang air kat tandas. Cuma balik rumah bila nak tidur malam jer kena pakai diapers. Pernah laa terlupa nak pakaikan diorang diapers, kalau diorang dah kencing dulu sebelum tidur, pagi esoknya InsyaAllah laa tilam tak basah. Tapi kalau tak kencing dulu, memang selamatlah tilam tu. Cumanya kalau diorang terkencing diorang akan terus sedar agaknya sebab basah dan tak selesa kot pastu sambil nangis-nangis... Yang bestnya kejut Abah jer.. tak kejut Mama pun.. huhuhu Abah pun terkulat-kulat mamai bersihkan diorang pastu sambung tidur terus...

Kalau si Abang pula biasanya ok jer tak pakai pampers, tak kencing tilam pun waktu malam, tapi kencing tilam waktu pagi bila orang lain bersiap-siap nak ke sekolah. Tapi dia sambung jer tidur.. huhuhu tu yang Mama jadi resakse gorgon tu! kekeke

Minum susu coklat pun dah tak pakai botol puting, kalau kat sekolah Mama bekalkan botol Princess yang macam botol sport tu, kalau nak minum kena tarik penutup dia. Kalau kat rumah minum susu coklat guna cawan atau gelas jer. Sebab kalau guna botol yang penutup ada 3 lubang tu nanti minum lambat jadi tak habis susunya. Kalau minum pakai cawan senang jer sekali hadap dan terus habis, tapi Abah kena cekak pinggang macam ultraman sebelah diorang minum tuh! hehehe.

Hari ni, si Kakak, Angah dan Adik demam. Pukul 3 pagi tadi Abah dah bagi Adik makan ubat, yang lagi diorang tu tak berapa panas dah. Harap-harap kat taska diorang tak demam balik. Demam nak besar agaknya. Mama pula MC, sakit belakang sebab jatuh tu masih terasa lagi.

Lepas tu, sekarang nih mulut masing-masing dah macam bertih jagung.. pot pet pot pet jer... Bercakap laa berlakon sesama sendiri laa bergaduh laa.. menyanyi laa.. haish.. memang menceriakan kami laa! Cuma Abah tak sempat nak berkongsi kat sini jer! huhuhu.. maklumlah dah tua.. mudah lupa cerita diorang kalau tak update blog cepat-cepat! haishhh...

Ikut Abah solat kat Masjid Besi Putrajaya!

3 ulasan:

Mama Kembar 3 berkata...

ish budak pompuan tiga orang nih...makin besaq makin comei, geram!

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

lahaiiii...
cantiknya anak2 dara abah ni....

Izan Ishak berkata...

dah lama tak jumpa kembar 3 abah... semuanya dah besar. tup2 nanti dah skolah pulak... cepatnya masa berlalu ye. izan doakan kak hany baik2 aje sepanjang tempoh kehamilan kali ni ye...

exabytes unlimited