Friday, November 22, 2013

Kakak terjatuh!

Semalam petang, lepas ambil AMRAFAHAN balik dari sekolah, Abah bawa diorang ke Taman Permainan kat Taman Canselari, Presint Diplomatik. Hehehe taman bersejarah tempat pertama kali geng kembar bertemu dan Auni Auni Auni masuk berita Harian Metro bersama kawan-kawan kembar yang lain.

Dulu datang sini kecil jer, nak berjalan pun terkedik-kedik.. Sekarang dah boleh berlari memanjat semua! Tapi tulah bila dah boleh berlari nih, si Kakak pula tergolek tergelincir sebab terpijak tanah lumpur yang ada kat taman tu... Masa tu baru jer sampai taman. Abah tak sempat nak berangan si kakak dah datang mengadu menangis-nangis... nak ajak Abah balik sebab dia jatuh lepas tu baju seluar kaki tangan habis terpalit lumpur! Abah kata kat dia.. takpe sikit jer.. main lagi.. hehehe dia taknak... ajak juga balik nak bersihkan badan dan salin baju dia. Lepas tu Abah pancing laa dia, tunjuk tempat dia jatuh.. masa nih dah ok sikit. Lepas tu mama pun sampai, pujuk kakak lagi.. bila dah pujuk dia dah ok sikit. Yang 3 orang lagi tu toksah cerita laa.. bergembira sakan! main pusing-pusing keliling taman permainan tuh! Mama ajak kakak main panjat-panjat, dia dah lupa sakit dan kotor kat baju dia tu.. hehehe oklah tuh.. boleh terus main!!

Main sekejap jer.. sebab dah pukul 6 lebih. Nyamuk dah keluar. Habis bintat kalau terus dok situ lagi!

Kakak

Kakak dan Angah aka Kak Ngah

Kak Ngah

Kak Chik aka Adik - Adik memang rock! dia tak peduli rambut dia tutup mata! Janji dapat main!

Abang

Mama, Amni dan Kakak






2 comments:

Rizziela said...

Alahai anak dara...x suka kotor2 ek

PinKy MoMMa said...

adik mmg rocx hehehe..rambut tutup mata pun tak de hal ;)
suka tengok rambut diaorang..cantik!

exabytes unlimited