Mengajuk cakap!

Sekarang ni auni auni auni dah pandai mengajuk cakap, dah paham kalau kita kata tak boleh atau tak payah... Siap buat muka ketat lagi kalau kita kata tak boleh... Lagi lagi si AF. Lepas tu bila dengar lagu dengar laa suara suara halus ikut bunyi lagu tu.. Biasa bunyi yang belakang jer lah... Hehehe.....

Bila kita suruh apa apa dorang dah paham, contoh suruh ambil kain, baju, remote dll.

Antara tiga orang tu sifat kekakakkan terserlah pada AN iaitu yang paling bongsu.. Ada satu hari tu aku suruh kakak kakak AN ni amik remote, masa tu AN tengah baring kat sofa minum susu, bila aku minta kat kakak dia, sorang pun tak layan aku, jadi si AN ni turun pelan pelan dari sofa pergi kat remote tu, amik dan bagi pada aku... Hehehe pandai sungguh dia...

Lepas tu ada sekali tu, aku bagi dorang makan coklat. Semua dapat laa.. Tapi coklat tu cair sikit.. Masa tengah makan tu, coklat si AN ni terjatuh kat lantai.. Jadi lantai tu comot laa dengan coklat, aku biarkan aje sambung layan tengok tv balik... Lepas tu aku nak ke dapur aku tengok si AN ni tengah pegang kain buruk yang dalam laci tempat biasa mama simpan, dia bawa kat lantai comot tu lepas tu dia lap sendiri.. Pandainya dia.. Takde orang suruh pun!

Oklah bateri tipon nak abis ni.. Aku dapat mc arini tapi tak boleh masuk rumah sebab kunci rumah wife aku bawa dia lupa nak bagi aku tadi masa aku hantar dia kursus kat bangi tadi... Hadoii.... Pukul 7 nanti baru dia balik.. Jenuh tunggu nih... Huhuhu
Published with Blogger-droid v1.7.2

Ulasan

cdah berkata…
ololo...comelnya...pndai da...nanti da bole pegi skola
aizamia3 berkata…
cute je entry ni..

kunci rumah takde.. fuh.. berpeluh nunggu..
[n a j e e b] berkata…
kak hany kusus kat INSPEN ke?

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!