Selasa, 12 Julai 2011

Anak sahabat aku meninggal...

Dua tiga hari ni aku banyak terima khabar sedih dari orang yang aku kenali.. Hari ni aku terima berita anak sahabat baik aku berumur 4 bulan yang aku kenal sejak dari sekolah lagi meninggal dunia.. Aku kenal kedua dua ibu dan ayah bayi ni...  rupa rupa nya aku ketinggalan sebab sahabat aku ni ada cuba sms aku, tapi aku tak terima dan kisahnya ada keluar di dada akbar..

Bila aku bersembang dengan dia tadi... seperti ada yang tidak kena dengan kejadian ni.. tapi tak perlulah aku ulas kerana sahabat aku tak nak timbulkan isu tu.. cuma dia sekarang nih mempertimbangkan tindakan undang undang terhadap taska tersebut yang menjalankan perniagaan secara haram dan tidak berdaftar dengan JKM. Jika korang ada kenal peguam yang bagus disekitar Johor Bahru, harap dapat memberitahu aku supaya aku dapat sampaikan kepada sahabat aku itu..

Farid dan Zura, moga kalian tabah dan redha menghadapi dugaan ini, salam takziah dari aku sekeluarga, janganlah terlalu kecewa kerana kalian bertuah kerana ada penghuni syurga yang menunggu di sana... InsyaAllah... Al Fatihah untuk adik Muhammad Daniel Haziq Mohd. Farid

Petikan berita
Sumber: Utusan Online
Bayi mati akibat jangkitan paru-paru, bukan tersedak

08/07/2011 12:40am

KOTA TINGGI 7 Julai – Kematian bayi berusia empat bulan, Muhammad Daniel Haziq Mohd. Fariq, di sebuah taska di Taman Air Biru, Pasir Gudang semalam, berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu.

Bapa mangsa, Mohd. Fariq Mohd. Salleh, 33, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu ujian daripada Allah.

“Kami sangat terkilan dengan pihak pengurusan pusat jagaan tersebut kerana tidak bertanggungjawab memaklumkan sendiri kejadian yang menimpa anak kami," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasak, Kota Tinggi hari ini.

Namun Mohd. Fariq dan isteri, Azura Hani Hamdan, 33, dilhat begitu sedih apabila seorang lagi anak mereka, Muhammad Daniel Haikal, 4, bertanyakan tentang adiknya. - Utusan


Bayi lelaki maut tersedak susu
Sumber: Kosmo Online
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Pasir Gudang di sini semalam.

Muhammad Daniel Haziq Mohd. Farid disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah klinik swasta kira-kira 50 meter dari taska tersebut.

Seorang pengasuh yang enggan dikenali berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu disedari oleh seorang pembantu ketika mahu memandikan Muhammad Daniel yang sedang tidur selepas meminum susu.

Sementara itu, ibu mangsa, Azura Hani Hamdan, 33, mendakwa, dia mengetahui kejadian itu pada pukul 10 pagi selepas rakan-rakannya memaklumkan seorang bayi dari taska berkenaan dihantar ke klinik.

Pensyarah di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang itu kemudian mengambil keputusan pergi ke taska tersebut bagi mengetahui perkara sebenar.

3 ulasan:

forever love berkata...

innalillahi..

semoga Allah tempat baby tersebut dalam golongan org yg beriman

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

Al-Fatihah...
sabar ye kawan..
si kecil menanti korang di syurga nanti..pasti..itu janji Allah..

taska lg...kes lagi..susu lg...ah..hemmm...

Sky0ne berkata...

sebab tu la JKM ambik berat sgt ttg taska yg tak berdaftar ni..harap2nya sblum mak bapak hantar anak ke taska, semak dulu dgn JKM daerah utk dapatkan list taska mana yg berdaftar..apapun, salam takziah dari aku

exabytes unlimited