Ahad, 10 Julai 2011

Mama balik yey!!


Haa.. Semalam petang mama sampai... Huhh... Lega... Setelah hampir 4 hari menjaga Amrafahan sorang sorang dengan macam macam kejadian yang menguji kesabaran semalam petang bila tengok muka mama sampai depan pintu rumah aku rasa lega sekali..

Amrafahan bila nampak mama dorang kat muka pintu semua berlari nak peluk mama... Err.. Abah pun nak peluk.. Tapi control kacak kekeke.. Bagi anak anak peluk dulu pastu baru turn abah... Hek hek hek...

Mama ada bawa balik sata, otak otak, keropok kering dan basah, tapi aku suka makan sata sedap sungguh... Lama dah tak makan sata original from kemaman! Susah nak cari sata area sini..

Malam tadi Amrafahan tidur dengan mama, yelah lepaskan rindu dorang kat mama dorang, tiga malam tidur dengan abah.. Takpelah abah bagi chance! Huk huk huk...

InsyaAllah kalau tak hujan petang ni kami nak pergi Floria Putrajaya, dah dekat dah dengan rumah rugi lak kalau tak pergi...

Oklah nanti membebel lagi.. Nak layan customer nak beli towel nih.. Daa...


Location : Jalan Subang, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

1 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

papa
ayu dok bayangkan wajah si kembar dan abang bila mama balik

part muka papa tu sure tersenyum lebar.. hahaha


PS; wajip pi floria, snap pic cun2 ya

exabytes unlimited