Takziah untuk Ibu Kembar 3 Nad Nadzim

Sedih sangat! Baru dapat tahu berita sedih nih... kawan sekementerian dengan wife aku baru baru ni dapat kembar 3 nama FB ibu bertuah Nad Nadzim. Kami semua gembira bila dapat tahu ada lagi kembar 3 yang dilahirkan di Putrajaya nih.. kalau tak silap aku lebih kurang pertengahan bulan Jun hari tu..

Tapi Allah lebih sayangkan kembar no 2 nih.. Takziah buat Nad Nadzim dan keluarga... marilah kita sama sama doakan untuk keluarga ini supaya tabah menghadapi ujian ini dan sedekahkan Al Fatihah buat anak beliau yang tercinta.. Arwah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2011.

Aku tak tau nak cerita macam mana.. korang baca laa ayat Nad kepada wife aku... Aku pun tak sekuat dia... Allahuakbar!

"Hani, antara 3 bradik arwah sara yg plg fragile, mula2 jaundice tp x serius bwh 200, pastu blood infectn 2 jenis kuman until attack usus dia, feeding tube klua discaj muntah hijau, pastu ada improvement lps doktor bg antibiotik, baru nk gembira ank da ok pas 2hri, paru2 dia plak kena attack pnumonia plus salur drh jantung dia blm ttp lg, ms meninggal ada discaj muntah darah klua dri feeding tube dia sbb internal bleeding dlm perut dia.. Ya Allah seksa sggh hyt arwah selama hidup 26hri.. Tentu hani n suami fhm situasi i coz u guyz pn pernah alami mcm i cuma u ol sgt beruntung c triplet sume nya slmt n sihat membesar.. X pe la i redha wlpn rs mcm sprh nyawa ni pergi, i akn cuba tbh"


Mengalir air mata aku bila baca statement dia... aku tau.. aku pernah berada disituasi dia tu.. masa tu Allah yang tahu perasaan ni macam mana... selagi anak tak keluar nicu selagi tu risau hati nih... Moga Nad sekeluarga tabah dan kuat hadapi ujian nih.. InsyaAllah


p/s: terkilan tak dapat melawat Nad dan anak anak dia masa mula mula dia bersalinkan kembar hari tu... Wife aku jer yang dapat melawat dia...

Ulasan

shafa ismail berkata…
takziah untuk mereka.. wpun sya ni ibu kembar 2 je,tp dapat rasa kesedihan yg dialami beliau.. smoga anak kecik itu,menjadi bidadari di syurga....
Unknown berkata…
takziah untuk mereka..sayu ati dengar berita macam ni..susah ati memikirkan anak2 yg tengah nak membesar..
Ibu Muda 30series berkata…
sayunya baca :(
nasib baik lah ada lg 2 pengubat hati
Cik Puan Izan❤ berkata…
sedih baca statement dia... :(
Mama Kembar Tiga berkata…
Ya Allah sedihnya rasa baca ni, menitis air mata ni haa. Espcially crita nad ttg dugaan yg si kecil tu lalui, sayu membayangkan badan kecil tu terpaksa hadapi semua tu. Moga ibu bapanya tabah, kini dia bidadari syurga...
amiey lee berkata…
takziah buat kawan isteri... sayu n hiba sgt baca mesej dr nad tuh.. Allah lebih syaangkan kembar satu lagi...
takziah...sgt sedih la bila baca...nasib ada lg 2..
Tanpa Nama berkata…
salam takziah untuk kak nad n keluarga...seemoga baby dicucuri rahmat..al fatihah
Teratak Hami berkata…
Takziah ...
Memang sedih tapi ini cuma sedih di dunia.

Berikan kata2 semangat pada ibu itu yang dia patut bersyukur diberi peluang menjadi ibu kpd salah seorang penghuni syurga
Izan Ishak berkata…
takziah buat kak nad..moga mereka tabah n kuat dgn dugaan ni~
aizamia3 berkata…
takziah.. moga kak nad dan keluarga tabah menghadapi situasi ini..
Unknown berkata…
salam takziah....

sayu ayu baca statment mama kembar..
tabah ya hati mama.....

anakmu menantimu dipintu syurga..amin
Unknown berkata…
(T_T)
teringat Mohd Najmi Abdullah.
Al-Fatihah untuk beliau juge...
(T_T)
syiela berkata…
takziah.. moga mama tabah ye... anak syurga

saya pun asyik nangis masa kembar kat NICU hari tu... namun alhamdulillah kembali sihat seperti sediakala

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!